GO-KL City bus ganti khidmat Teksi Kuala Lumpur yang buruk

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pemandu Teksi Kuala Lumpur mengamuk dengan khidmat bas dalam bandar GO-KL City. Perkhidmatan bas dalam bandar GO-KL City telah dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak pada 31/8/12 sempena sambutan Merdeka 55.

GO-KL City bas

GO-KL City adalah khidmat bas percuma untuk warga Kuala Lumpur dan pelancong untuk beberapa jajaran antaranya KLCC-Bukit Bintang-KLCC dan Jalan Sultan Muhamad-Bukit Bintang-Jalan Sulan Muhamad. Peringkat pertama lebih 15 bas disediakan untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 10,000 – 20,000 pengguna. Waktu beroperasi GO-KL City pada jam 6.00 am sehingga 11.00 pm dan dilengkapi dengan kemudahan WiFi.

Jajaran GO-KL City bas

Khidmat bas GO-KL City telah menaikan kemarahan Pemandu Teksi Kuala Lumpur kerana katanya telah menjejas sumber pendapatan mereka.

Pengalaman aku kembara di merata dunia, secara peribadi memang tidak dapat nafikan perkhidmatan Teksi Kuala Lumpur antara yang terburuk di dunia. Jangan nak banding khidmat Teksi di Kota London dan Paris … kalau nak banding dengan khidmat teksi di Jakarta dan Bangkok pun khidmat teksi Kuala Lumpur dah kalah teruk.

Teksi London

Aku sendiri dah banyak kali melalui pengalaman ngeri dengan khidmat teksi Kuala Lumpur yang suka-suka nak ambik dan tolak pelanggan ikut kehendak mereka. Itu belum lagi melihat bagaimana pemandu teksi menolak menghantar pelancong ke tempat tujuan mereka dengan berbagai alasan. Itu belum lagi yang menipu tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran yang mahal. Hati memang panas terutama bila dah terlambat nak pergi seminar atau meeting tapi teksi tak nak hantar.

Ada yang kata hanya kerana nila setitik rosak susu sebelangga tapi betul ke hanya segelintir pemandu teksi Kuala Lumpur yang macam tu. Pernah sekali aku menunggu teksi di depan lobi hotel .. hanya dapat khimat teksi setelah ditolak oleh lima pemandu teksi dengan berbagai alasan.

Teksi Kuala Lumpur

Itu belum cerita lagi teksi yang buruk dan tidak kemas seperti tak layak sebagai sebuah teksi.

Pelanggan perlukan khidmat teksi 5 star bukan berbagai alasan. Kalau nak bagi alasan baik duduk rumah tak payah bawa teksi … memalukan Malaysia sahaja.

Mungkin Rakan Blogger boleh kongsikan kisah naik teksi di Kuala Lumpur.


Spread the love

122 Comments

  1. Tapi kalau dibanding dgn negara Eropah, memanglah jauh ketinggalan, sbb negara mereka dah maju, pendapatan dia org tinggi, teksi diselenggara dgn elok/baik, pusat pelancongan terkenal, rakyat kita pula pendapatan sederhana, tapi yg tak berkenan adalah sikap mereka saja.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!My Profile

  2. macam2 masalah yg melibatkan pemandu teksi ni.. tapi kita kena jugak tengok..diorang tu sebenarnya tersepit.. bukan nak back up pemandu teksi..tapi pada saya pemandu teksi turut teraniaya sebenarnya..

  3. Selalu alasannya; jln jamm, laluan kurang penumpang nanti balik xde penumpang. Kalau destinasi dekat diorg bagi alasan teksi x lalu kawasan tu:P

    cheers!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!