Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, minggu lepas 2 orang Team Denaihati telah hadiri majlis anjuran Lazada Malaysia yang meraikan ulang tahun pertamanya. Lazada Malaysia merupakan gedung membeli-belah secara online yang utama di Malaysia.
Sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini, Lazada Malaysia mengumumkan peraduan Giveaway Extravaganza sebagai tanda penghargaan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang memberi sokongan atas kejayaan tahun pertamanya yang hebat di pasaran Malaysia. Lazada Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dengan meluaskan pangkalan pelanggannya sebanyak 20 peratus bulan ke bulan.
Igor Pezelli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia memberi ucapan sambutan kepada tetamu
Igor Pezzilli, Chief Executive Officer Lazada Malaysia berkata, “Kami sedar bahawa Lazada Malaysia tidak akan berada di sini sebagai jenama yang berjaya jika tidak kerana sokongan yang berterusan daripada para pelanggan yang kini semakin mempercayai kami.
Oleh itu, sempena Ulang Tahun Pertama, kami telah menganjurkan Giveaway Extravaganza sebagai satu inisiatif untuk menghargai para pelanggan di Malaysia yang telah bersama kami sehingga kini. Inilah cara kami mengucapkan ‘Terima Kasih’ atas segala sokongan yang telah diberikan melalui pendekatan yang menyeronokkan.”
Lazada “Giveaway Extravaganza” – 20 Mei hingga 20 Jun 2013
“Giveaway Extravaganza” yang bermula dari 20 Mei hingga 20 Jun 2013 bakal menghadiahkan para peserta bertuah dengan barangan bernilai lebih RM120,000 termasuk hadiah utama sebuah kereta Mazda2 Hatchback.
Igor Pezelli bergambar dengan Mazda2 Hatchback – Hadiah Utama untuk Lazada “Giveaway Extravaganza”
Lazada Giveaway Extravaganza tak memerlukan borang penyertaan, hanya mensyaratkan para peserta yang berminat untuk mendaftar dengan Newsletter Lazada di laman web mereka untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah harian baucar shopping Lazada yang bernilai sehingga RM300.
Mereka yang berbelanja dari jumlah minimum RM25 berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai sehingga RM2,799 manakala peserta yang berbelanja RM50 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah utama Mazda2 Hatchback. Selain itu, pemegang BCard turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lain apabila menggunakan kad tersebut semasa tempoh peraduan.
Syoknya Raya bersama Lazada
Bagi menyambut musim perayaan tak lama lagi, Lazada Malaysia akan menambah ganjaran untuk pelanggannya melalui kempen “Syoknya Raya Bersama Lazada” yang menawarkan pelbagai produk bermutu untuk mereka yang menyambut Hari Raya. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah barangan bilik tidur, peralatan dapur, buku agama, buku masakan, fesyen serta tawaran eksklusif barangan elektronik.
Rangkaian produk Raya Lazada yang eksklusif akan mula dijual pada 1 Jun 2013 bagi membolehkan para pelanggan memilih dan menerima pembelian mereka dengan cepat tanpa perlu risau untuk menikmati kemeriahan Hari Raya nanti.
Maklumat lanjut tentang peraduan Giveaway Extravaganza dan Lazada Malaysia boleh didapati di http://www.lazada.com.my, atau ikuti laman Facebook Lazada, https://www.facebook.com/LazadaMalaysia.
32 Comments
Sangat hebat dan menarik tawaran ini..
Curahan rasa Syarih @ ..Qiamullail Perdana.
gua mahu model gadis bertudung comel..
Curahan rasa titan @ ..Kenapa mesti 5 artikel?
HEBAT GILER ADIAH…. ADA REZEKI TAK KE MANA KAN.. JOM SHOPPING DI LAZADA
Curahan rasa lin azlina @ ..Give Away Blogger 4 digit
semuanya hilang bila melihat ketampanan bro kid di sisi mazda tu….cayalah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Celoteh Kakak #11 Nak Abang?
Hadiah kereta Mazda mengujakan. Belum ada pengalaman membeli dengan Lazada.
Curahan rasa akubiomed @ ..LIVE LIFE LARGE LG’s blogger event
samalah..tp boleh kata tiap2 hari jenguk…hehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Celoteh Kakak #11 Nak Abang?
Kesempatan yang tidak boleh disia-siakan begitu saja ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Kandungan Zat Berbahaya Dalam Rokok
kalau dapat kereta tu memang best la..hehe
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Google Update : Penguin 2.0 Update
kereta rayalah kiranya =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Celoteh Kakak #11 Nak Abang?
wah seronok raya dapat baucher apalagi kalau dapat kereta baru
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara Cepat Mendapatkan Tiket Pesawat Murah dan Promo
Satu kesempatan bagus untuk mendapatkan hadiah kereta ini
Tentu akan banyak sahabat blogger yang tidak akan melepaskan kesempatan baik ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tanda Alergi Pada Anak
benar bang ferry, beraya dengan mazda2 memang cukup bergaya…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Tonton Program Astro Kasih Malaysia Cipta Rekod Dunia
jem pun pasti kurang terasa =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Celoteh Kakak #11 Nak Abang?
Mobil yang keren, luar Malaysia apa juga mendapatkan kesempatan itu! Lazada memang oke buanget!
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Liberty Reserve tidak bisa di akses (LR Tutup)
Insyaallah.. memang lumayan utk pelanggan
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #77
subscribe newslater je pun dah berpeluang menang RM300 sehari?Betul ni…kalau betul saya nak join la,
Curahan rasa PerenLee @ ..5 Penyakit Yang Tidak Dapat Disembuhkan
Hebat betul promosi yang dicetuskan oleh lazada nie.
Curahan rasa saimi @ ..Pindah Blogspot Ke Domain Names Sendiri
Boleh tahan juga Lazada ni,boleh la turut serta sekali nanti menjelang menyiapkan persiapan Hari Raya
Curahan rasa wazy @ ..Teruja Dengan Raring Ringtail
Ok, kalau sempat bolehla turut serta.. tp kebelakangan ni agak sibuk..huhuu
Betul,… Mbak MJ sediakan waktu sekejap. Siapa tahu bisa dapat kereta nantinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Festival Film Bandung 2013
Comments are closed.