Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Sempena Gerhana Bulan Penumbra, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra pada 28 November 2012 jam 9:00 p.m. hingga 11:00 p.m. bertempat di Planetarium Negara. Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Pencerapan Planet Musytari, taklimat Gerhana Bulan dan trivia astronomi juga akan dibuka kepada awam.
In shaa allah tepat jam 4.49 pm waktu Malaysia, 4 Jun 2012 akan ada gerhana Bulan pertama tahun 2012 ini. Pada waktu gerhana Matahari 20 Mei 2012, posisi bulan tepat berada diantara Matahari dan Bumi. Dan pada gerhana Bulan Separa, posisi Bumi berada di tengah antara Matahari dan Bulan dan di permukaan Bulan akan terlihat bayangan Bumi yang akan menutupi sedikit demi sedikit bagian Bulan.
Tidak perlu menggunakan pelindung mata jika kita ingin menyaksikan gerhana Bulan Separa, sebab tidak berbahaya seperti saat gerhana Matahari dan jika kita menggunakan teleskop untuk melihat gerhana, maka akan menjadi lebih menarik. Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 dapat dilihat oleh mereka yang berada di sekitar Pasifik, Utara dan Selatan Amerika. Gerhana Bulan Separa dijangka bermula pada jam 4.49 pm, maksima pada jam 7.03 pm dan tamat pada jam 9.17 pm waktu Malaysia.
Pada tahun 2011 dua fenomena gerhana bulan iaitu gerhana bulan penuh pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm dan kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
Mengikut sumber, JAKIM akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib. Kepada pembaca yang terlupa cara Solat Sunat Khusuf sila baca entri lama denaihati di cara solat sunat Khusuf.
Pada 6 Jun 2012 pun akan berlaku fenomena Transit Planet Zuhrah fenomena yang agak unik kerana hanya berlaku 7 kali sejak zaman Galileo dan terakhir berlaku pada tahun 2004. Kalau terlepas kali ini kita kena tunggu 105 tahun lagi iaitu pada tahun 2117 untuk fenomena yang akan datang. Kepada yang nak tahu apa itu fenomena Transit PLanet Zuhrah dan cara selamat untuk menyaksikan joom klik entri Fenomena Transit Planet Zurah oleh Kulanzsalleh.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Anda juga boleh menyaksikan live event proses terjadinya gerhana di sini.
Boleh juga lihat banyak lagi gambar gerhana bulan separa di blog PR4 Forblogger.net. dan Fatamorgana.
Nota : Kepada rakan yang ada merakam gambar gerhana bulan separa sila kirimkan melalui email untuk kita kongsikan kepada semua pembaca. Kepada yang ada akaun FB sila klik FB Share untuk disebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.
228 Comments
Almiqhty the allah..
Subhanallah…indahnya kejadian alam..tu pun manusia asyik jadi perosak je..
bulan tak nampak malam tadi di Daerah saya
Ditempat saya agak mendung, tapi sempat mengabadikan melalui foto yang saya posting disini http://amriawan.blogspot.com/2012/06/foto-keindahan-gerhana-bulan.html
saya dah tengok fotonya di blog Bang Iwan
di indo tak ad tadi …
x sempat nak tengok tadi
klo di kota ane ga kelihatan ,,,abis mendung sih gan…
Tahun sudah beberapa kali fenomena alam telah berlaku. Ia telah menunjukkan kebesaran Allah SWT.
Kebesaran alamnya.. saya jarang tengok gerhana ni
Cuacanya mendung saja, awan pula sederhana hitam/kelabu tapi tak hujan, angin pula seperti sepoi-sepoi.
mendung sehingga gerhana bulannya tidak terlihat
kapan lagi ada gerhana bulan kembali yah
“Fenomena gerhana bulan berikutnya baru bisa disaksikan oleh masyarakat Indonesia pada 15 April 2014,” kata Ketua Program Studi Astronomi Institut Teknologi Bandung Taufiq Hidayat
wah masih lama lagi bisa melihat fenomena gerhana bulan
Moga kita masih diberi kesempatan untuk menyaksikan.
Gimana dengan gempa semalam di tempat Kang dadan…?
Saya lihat pemberitaan di TV, penduduk semua berlarian keluar.
bukan nasib la kalau tak dapat tgok…
Siapa yang bisa menyangsikan gerhana bulan tadi malam
wahh saya benar2 terkejut ,, ternyata ada gempa di sertai gerhana
🙁
memang tadi pas gerhana ada gempa pulakah
Iya betul,…. gempa pasti dirasakan betul di tempat Kang dadan
Apalagi di tempat itu masih trauma dengan Gempa beberapa tahun lalu.
bener Bang gempa terasa di tempat saya
pada waktu gempa saya sedang berada di mesjid
semua pada keluar rumah dan histeris, karena trauma…
padahal pusat gempa berada di Sukabumi, bukan di Tasikmalaya, namun karena 6,1 SR, getarannya sangat terasa di tempat saya
Iya Kang… saya lihat juga beritanya semalam.
Keadaan petang tadi lain macam saja, tak sangka pula gerhana bulan.
Cuacanya tidak mendukung
iya sob tadi malam langit berawan
Ditempat saya juga berawan , tapi sempat mengambil foto momen penting ini.
Gerhana bulan tetap datang, ini menandakan kebesaran Allah Taala,
whaaa rugila tak tengok..tak perasan rupa langit dan bulan malam tadi huhu
Sama berarti dengan saya
nampak bulan macam kelam jer tadi.Tak perasan lak gerhana.subhanallah.
Comments are closed.