Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Sempena Gerhana Bulan Penumbra, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra pada 28 November 2012 jam 9:00 p.m. hingga 11:00 p.m. bertempat di Planetarium Negara. Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Pencerapan Planet Musytari, taklimat Gerhana Bulan dan trivia astronomi juga akan dibuka kepada awam.
In shaa allah tepat jam 4.49 pm waktu Malaysia, 4 Jun 2012 akan ada gerhana Bulan pertama tahun 2012 ini. Pada waktu gerhana Matahari 20 Mei 2012, posisi bulan tepat berada diantara Matahari dan Bumi. Dan pada gerhana Bulan Separa, posisi Bumi berada di tengah antara Matahari dan Bulan dan di permukaan Bulan akan terlihat bayangan Bumi yang akan menutupi sedikit demi sedikit bagian Bulan.
Tidak perlu menggunakan pelindung mata jika kita ingin menyaksikan gerhana Bulan Separa, sebab tidak berbahaya seperti saat gerhana Matahari dan jika kita menggunakan teleskop untuk melihat gerhana, maka akan menjadi lebih menarik. Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 dapat dilihat oleh mereka yang berada di sekitar Pasifik, Utara dan Selatan Amerika. Gerhana Bulan Separa dijangka bermula pada jam 4.49 pm, maksima pada jam 7.03 pm dan tamat pada jam 9.17 pm waktu Malaysia.
Pada tahun 2011 dua fenomena gerhana bulan iaitu gerhana bulan penuh pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm dan kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
Mengikut sumber, JAKIM akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib. Kepada pembaca yang terlupa cara Solat Sunat Khusuf sila baca entri lama denaihati di cara solat sunat Khusuf.
Pada 6 Jun 2012 pun akan berlaku fenomena Transit Planet Zuhrah fenomena yang agak unik kerana hanya berlaku 7 kali sejak zaman Galileo dan terakhir berlaku pada tahun 2004. Kalau terlepas kali ini kita kena tunggu 105 tahun lagi iaitu pada tahun 2117 untuk fenomena yang akan datang. Kepada yang nak tahu apa itu fenomena Transit PLanet Zuhrah dan cara selamat untuk menyaksikan joom klik entri Fenomena Transit Planet Zurah oleh Kulanzsalleh.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Anda juga boleh menyaksikan live event proses terjadinya gerhana di sini.
Boleh juga lihat banyak lagi gambar gerhana bulan separa di blog PR4 Forblogger.net. dan Fatamorgana.
Nota : Kepada rakan yang ada merakam gambar gerhana bulan separa sila kirimkan melalui email untuk kita kongsikan kepada semua pembaca. Kepada yang ada akaun FB sila klik FB Share untuk disebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.
228 Comments
bukti kebesaran kuasa Allah s.w.t..betapa indah dan uniknya..
Salah satu tanda Kebesaran dan keMahaKuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
saya tak dapat lihat gerhana tadi.. masih dalam bangunan bekerja. sayangnyaa
aku nak tengok time 6 jun tu.macam best jer 🙂
betul tu.. tak perasan pula fenomena itu sebelum ini
Gerhana menandakan kebesaran Allah swt.
Kebesaran Allah yang ditunjukkan kepada hamba-hambaNya..
Benar sekali sahabat
tadi ada gempa… apakah efek dari gerhana bulan yang sedang berlangsung ???
Kalau mengikut kejadian gerhana tahun 2011 dan 2010 sememangnya sering berlaku gempa setelah atau sebelum gerhana.
Curahan rasa denaihati @ ..Kucing siapa suka
kalau di tempat kang dadan terjadi peristiwa gempa semalam.
Terima kasih atas maklumat ni.
bgus la infografik tu..mmg snang faham.. 🙂
betul kan? kalau penerangan saja, pasti kita berlainan imaginasi..
salam.
Wah ada gerhana bulan yach…ini adalah salah satu tanda kebesaran ALLAH yang diperlihatkan kepada umat manusia di bumi.
ALLAH selalu memperlihatkan tanda2 kebesaranNYA dengan cara2 yang sungguh mengagumkan.
kalau berpeluang melihat gerhana bulan ini.. pasti lebih indah
Semoga menambah keimanan kita sahabat aamiin
wah, sayang di sini tadi mendung, semoga sahabat di tempat lain bisa melihat gerhana bulan ya..
sama sahabat, disini pun masih hujan jadi tak bisa melihatnya..
adakah antara rakan blogger yang sempat melihatnya?
Saya tidak melihatnya sahabat
Mendung ternyata tadi
Sekarang Gerhana Bulan dah bermula…
Tapi saya tak bisa tengok, cuaca disini lagi hujan…
Iya betul kang di kota saya lagi hujan dan mendung jadi rasanya tidak memungkinkan
aduuhh… bang dadan dan mas gie pu tak bisa lihatnya ya
Saya sempat mengabadikan, meskipun tidak sempurna
Soalnya kamera yang saya gunakan adalah yang murahan…
Hadis DH coretkan menyatakan segalanya. Persolan-nya, Allah s.w.t selalu mengingatkan umatnya, tetapi sejauh mana kita mengingati kepada-Nya. Renung2 kan dan selamat beramal.
Assalamualaikum…Allah SWT maha mengetahui..terima kasih dgn infonya
Maha mengetahui lagi maha besar dengan segala kuasaNYA
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh dan Allah Maha Besar
Jom tengok gerhana 😛
alamak…terlambat tahu ler…
Saya malahan tidak bisa melihatnya
insyallah akan cuba tunggu nanti.. semuanya yang berlaku atas kekuasaan Allah S.W.T
dapat tgok tak?
baru sekali dapat tengok gerhana secara live
kesempatan untuk tengok kedua kalinya bro..
ada ambil gambar ker?
Comments are closed.