Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pencinta kebesaran Allah SWT pada pagi 26/4/2013 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa dan berpeluang juga menyaksikan kehebatan Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang berbeza.
Pada awal pagi hari Jumaat 26 April 2013 nanti, Bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang bumi, lalu berlakulah gerhana bulan separa. Namun kali ini, ia akan bergerak di sempadan kawasan antara bayang-bayang umbra (gelap) dan penumbra (kurang gelap). Secara rasminya, Bulan akan masuk ke kawasan penumbra bermula pada jam 2.03 AM. Tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang sukar untuk dilihat perbezaan dengan mata pada ketika ini.
Apa yang perlu ditumpukan ialah ketika Bulan memasuki kawasan umbra, yang bermula pada jam 3.54 AM. Di sinilah kita akan dapati ia kelihatan ‘sompek’ sedikit. Kesompekan Bulan ini akan berterusan sehinggalah ia keluar dari kawasan umbra, pada jam 4.07 AM. Jika rajin, tunggulah sehingga 6.11 AM, yang masa pada saat itu, Bulan secara rasminya sudah keluar terus dari kawasan bayang-bayang penumbra.
Informasi Gerhana Bulan Separa juga boleh di baca di SINI.
Banyak aktiviti yang akan berlansung di seluruh negara sempena Gerhana Bulan Separa untuk menyegarkan ingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.
1. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00 pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.
2. CERAMAH SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA)
3. SOLAT SUNAT SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA (Solat & Khutbah gerhana)
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Dewan Solat Utama, MTMZA
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan/Kusuf di SINI.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
Nota : Kepada yang ada akaun FB dan Twitter sebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.
72 Comments
Sayang tidak sempat melihatnya tadi subuh asyik ngeblog
Curahan rasa munir ardi @ ..RIP Ustad Jefri Al Buchori
Checkout this cool voting App for GE13 Malaysian elections.
Lets keep the clean election without fraud..
http://apps.facebook.com/beatthephantoms/
bukti Allah SWT Maha Berkuasa dengan ciptaanNYa.
Curahan rasa hanafi abdullah @ ..Teknik Membaca Pantas Entri Blog
Subnallah…indah sungguh ciptaanNYA..
Curahan rasa anip @ ..How To Save Money When Traveling
hebat kuasa Allah…
klu zaman Rasulullah dulu, bila gerhana matahari/bulan, cepat2 baginda suruh para sahabat solat di masjid, takut2 kiamat akan tiba.
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cabaran menyahlampinkan anak
Pagi ini boleh disaksikan…kejadian ini. Pasti menarik dan penuh keajaiban berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog sensasi2020.com – Bukan Sekadar Sensasi
Satu fenomena yang istimewa di atas kejadian semesta alam oleh pencipta Yang Maha Berkuasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog sensasi2020.com – Bukan Sekadar Sensasi
kelihatan atau tidak ya di Indonesia
Curahan rasa metrolisa @ ..Wordless Wednesday/Clash of the Titans Bayern Munchen VS Barcelona
kelihatan cuma gak terlalu mencolok
Penasaran juga nih bang Munir
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Kiat Lulus CPNS
Bagaimana mas apa kelihatan tadi subuh
Curahan rasa munir ardi @ ..RIP Ustad Jefri Al Buchori
Banyak beribadah dan berdzikir merupakan bagian amalan yang baik di saat Gerhana Bulan
terima kasih untuk infonya. kalau tak buka blog ni, harus tak tahu -..-
Curahan rasa Lizz @ ..Siri Blogger Wanita Part 1: Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya?
agaknya banyak sangat ketinggalan kalau tak berkunjung ke sini…
Curahan rasa yangbaik @ ..Senarai Kempen CPUV April 2013
Saya juga merasa seperti itu Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ella Fitzgerald – Sang Ratu Jazz di Logo Google Hari Ini
Sehari tidak berkunjung, pasti ada info yang terlewatkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ella Fitzgerald – Sang Ratu Jazz di Logo Google Hari Ini
gerhana ini bisa dilihat di Indonesia tidak yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ella Fitzgerald – Sang Ratu Jazz di Logo Google Hari Ini
Tak pasti perbezaan nyata diantara this one dengan gerhana-gerhana lain..tapi yang pasti kita semua dituntut untuk melakukan solat sunat gerhana..
Curahan rasa raudzah @ ..Wanita Bergigi Hitam Lebih Cantik dan Sihat?
Oh menariknya..kalau ler ada teropong..
Curahan rasa weschairs @ ..LAVA KAYAKING – KAYAK MAUT
Comments are closed.