Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pencinta kebesaran Allah SWT pada pagi 26/4/2013 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa dan berpeluang juga menyaksikan kehebatan Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang berbeza.
Pada awal pagi hari Jumaat 26 April 2013 nanti, Bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang bumi, lalu berlakulah gerhana bulan separa. Namun kali ini, ia akan bergerak di sempadan kawasan antara bayang-bayang umbra (gelap) dan penumbra (kurang gelap). Secara rasminya, Bulan akan masuk ke kawasan penumbra bermula pada jam 2.03 AM. Tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang sukar untuk dilihat perbezaan dengan mata pada ketika ini.
Apa yang perlu ditumpukan ialah ketika Bulan memasuki kawasan umbra, yang bermula pada jam 3.54 AM. Di sinilah kita akan dapati ia kelihatan ‘sompek’ sedikit. Kesompekan Bulan ini akan berterusan sehinggalah ia keluar dari kawasan umbra, pada jam 4.07 AM. Jika rajin, tunggulah sehingga 6.11 AM, yang masa pada saat itu, Bulan secara rasminya sudah keluar terus dari kawasan bayang-bayang penumbra.
Informasi Gerhana Bulan Separa juga boleh di baca di SINI.
Banyak aktiviti yang akan berlansung di seluruh negara sempena Gerhana Bulan Separa untuk menyegarkan ingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.
1. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00 pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.
2. CERAMAH SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA)
3. SOLAT SUNAT SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA (Solat & Khutbah gerhana)
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Dewan Solat Utama, MTMZA
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan/Kusuf di SINI.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
Nota : Kepada yang ada akaun FB dan Twitter sebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.
72 Comments
o…macamtu..kalau gerhana bulan tu boleh tengok satu Malaysia tanpa telescope kan best…
Curahan rasa PerenLee @ ..Cara Buat Debit Card BSN
Pemandangan sangat indah semalam, tenang melihat ciptaan Illahi 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Cara kekalkan kelajuan laptop
Segala puji bagi Allah .. yg mentadbir langit dan bumi
Curahan rasa spudin @ ..Singaporean Ini Berjaya Buat Suit Iron Man
Allahuakbar, Allah Maha Besar. moga semua yg mengikuti ceramah tersebut dpt manfaatnya
Curahan rasa sha @ ..Selamat kembali berblogging
patutlah malam tadi gelap semacam je..
Curahan rasa hafiz @ ..Tazkirah Jumaat 7
tak sempat nak bangun…
Curahan rasa hafiz @ ..Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My
Salah satu dari tanda kebesaran Allah adalah adanya gerhana bulan ini
Curahan rasa Ferry @ ..Adab Islami Menjenguk Orang Sakit
tengok dari rumah jela. tupon kalau nampak.hehe
Curahan rasa arelan @ ..oTaNJouBi oMeDeTou
cuaca agak tidak mengizinkan.
tak sempat tengok gerhana.. tertidur awal pulak..
Curahan rasa Anarm @ ..Kempen Peti Ais Mitsubishi L4 Grande Undian Diperlukan
Terima kasih tuan DH berkongsi info menarik ttg kebesaran kuasa Allah. Sama2 kita berfikir dan menghadami kebesaran Allah. Allahuakbar!
p.s. tak dapat tgk sbb awan tebal mendung pagi tadi..uhuhu
Curahan rasa hafizmd @ ..Lelaki Super Mesti Solat Jumaat!
Di tempat kami cuaca gak mendukung..
Curahan rasa Pratama Metalindo @ ..Jual Kabel
begitu juga di tempat ambe
Curahan rasa hafizmd @ ..Lelaki Super Mesti Solat Jumaat!
Tak sempat melihatnya dini hari tadi
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Sikap Percaya Diri
Apa juga bisa terlihat di beberapa bagian wilayah negara atau hanya bisa terlihat di malaysia yah
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Sikap Percaya Diri
alamak..terlupa awal pagi tadi, padahal bangun 4.30 dah…ruginya
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Tidur Seorang Pemikir
Jika sempat, pasti dapat tgk sekeping dua gerhana bulan di blog cikgu =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Lelaki Super Mesti Solat Jumaat!
Gerhana Bulan dan matahari adalah bukti kebesaran Tuhan…
Curahan rasa hybrid car @ ..Take A Look At Most Of These Tips For Purchasing A Completely New Car
Comments are closed.