Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pencinta kebesaran Allah SWT pada pagi 26/4/2013 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa dan berpeluang juga menyaksikan kehebatan Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang berbeza.
Pada awal pagi hari Jumaat 26 April 2013 nanti, Bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang bumi, lalu berlakulah gerhana bulan separa. Namun kali ini, ia akan bergerak di sempadan kawasan antara bayang-bayang umbra (gelap) dan penumbra (kurang gelap). Secara rasminya, Bulan akan masuk ke kawasan penumbra bermula pada jam 2.03 AM. Tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang sukar untuk dilihat perbezaan dengan mata pada ketika ini.
Apa yang perlu ditumpukan ialah ketika Bulan memasuki kawasan umbra, yang bermula pada jam 3.54 AM. Di sinilah kita akan dapati ia kelihatan ‘sompek’ sedikit. Kesompekan Bulan ini akan berterusan sehinggalah ia keluar dari kawasan umbra, pada jam 4.07 AM. Jika rajin, tunggulah sehingga 6.11 AM, yang masa pada saat itu, Bulan secara rasminya sudah keluar terus dari kawasan bayang-bayang penumbra.
Informasi Gerhana Bulan Separa juga boleh di baca di SINI.
Banyak aktiviti yang akan berlansung di seluruh negara sempena Gerhana Bulan Separa untuk menyegarkan ingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.
1. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00 pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.
2. CERAMAH SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA)
3. SOLAT SUNAT SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA (Solat & Khutbah gerhana)
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Dewan Solat Utama, MTMZA
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan/Kusuf di SINI.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
Nota : Kepada yang ada akaun FB dan Twitter sebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.
72 Comments
Besok pagi berarti gerhananya bulan nih
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Sikap Percaya Diri
Bagi yang belum pernah menyaksikan akan gerhana bulan inilah kesempatannya untuk melihatnya
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Sikap Percaya Diri
KY belum berkesempatan melihat gerhana bulan..
Curahan rasa KY @ ..Awakk!! Kenapa Awak Buat Saya Menangis Setiap Hari?
Gerhana bulan merupakan Kuasa Alloh SWT..
Ohh tak tahu pasal ni Tuan .. terima kasih kerana menulis entri ini …. terima kasih banyak2. Semoga ilmu tuan bertambah lagi
Curahan rasa Panduan Blogger Blogspot @ ..5 Kesilapan Awal Dilakukan Blogger Blogspot Ketika Bina Blog
malam jumaat.. ANGKASA pun boleh masuk ke sana.. terbaik..!
Curahan rasa KiD @ ..Ulama’ tidak boleh jadi Umarak?
teringin nak tengok betul2 depan mata.. kalau kata tengok tu, tak pernah nmpk..entah tak reti tengok agknye..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Pertahankan Diri
tqvm bro DH.
pada pagi Jumaat yang mulia.. 🙂
Curahan rasa tips @ ..Kambing Berhias Wordless Wednesday k31
dapat tgk dgn mata kasar x ye?
Curahan rasa syu90 @ ..Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My
subhanallah
Besok berarti ini ya
semoga besok bisa bangun jam segitu
Ingatkan bulan ape td. Rupanya gerhana betul… MasyaAllah, tanda kebesaran Allah. Jgn lupa solat sunat gerhana dan dgr khutbah yer
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI JOHOR (download softcopy .pub untuk .jpeg)
terima kasih info tersebut DH
Curahan rasa fyna @ ..Belajar Bahasa Isyarat Tangan Untuk Huruf Dengan Mudah
tak pernah lagi melihat gerhana bulan separa secara live…
dapat juga pahala sunat bagi mereka yang melakukan solat sunat khusuf….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Daftar Seminar Buat Duit Dengan Blog
Nak kena berjaga malam kalau nak tengok gerhana bulan.. 2.04am tu rasanya boleh lagi.. Lepas tu mesti mata pun dah ngantok..
Curahan rasa Anarm @ ..Kempen Peti Ais Mitsubishi L4 Grande Undian Diperlukan
selalu terlepas nak melihat peristiwa ni.untuk tahun ni pukul 3 pagi.Mungkin lagi payah..
Curahan rasa afif @ ..Sebelum Dan Selepas Pilihan Raya
Satu peluang untuk melihat kebesaran Allah SWT yang tidak patut kita lepaskan..juga dengan aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah yang telah diaturkan bersempena dengan kejadian alam ini..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Last Call For Menang RM100
Comments are closed.