Gerhana Bulan Berdarah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kita menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah bermula jam 7 pm sehingga 9.33 pm yang berlaku pada 8/10/2014. Menyaksikan satu lagi tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir alam semesta menimbulkan rasa kerdilnya diri kita sebagai hamba Nya.

Fenomena gerhana bulan selalu dikaitan dengan berbagai misteri alam sehinggalah kejadian bencana alam. Banyak kejadian aneh dan bencana alam yang sudah berlaku pada gerhana bulan yang sebelum ini. Adakah ianya hanya suatu kebetulan atau suatu petanda hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Sebagai hamba-Nya kita mesti yakin segala kejadian adalah bukti kekuasaan ALLAH bukan jin atau syaitan seperti mitos tertentu.

IMG_0884-0.PNG

Seorang teman yang berada di Mekah telah mengirim whatsapp :

“9.33 pm waktu Malaysia bersamaan 4.33 pm waktu Mekah tamatnya gerhana bulan di Malaysia. Pada jam 4.30 pm ni tadi guruh sangat kuat. Adakah ada apa-apa yg akan blaku? Wallahua’lam!”

Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari memang ada disebut dalam Al Quran sebagai tanda kebesaran ALLAH. Umat Islam disunatkan untuk solat sunat kusuf setiap kali berlaku gerhana bulan dan matahari sebagai tanda ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila kita renung bulan dan matahari di langit pasti terasa terlalu kerdil diri ibarat debu-debu berterbangan yang tidak akan dilihat sesiapa melainkan ALLAH. Manusia yang lupa pada Tuhan tidak pernah akan merasa diri mereka kerdil tetapi sentiasa memaparkan keegoan, kesombongan dan keangkuhan.

IMG_0886-1.PNG

IMG_0887-1.PNG

Adakah fenomena gerhana bulan berdarah tanda bahawa dunia ini sudah terlalu tua?

IMG_0885-1.PNG

Dan adakah ia sebagai peringatan Allah kepada kita tentang akhir zaman?


Spread the love

442 Comments

  1. Takutnya…dunia dah akhir zaman. Amal ibadah belum cukup sempurna untuk meletakkan diri dlm syurga Nya. Tapi taknak masuk neraka 🙁

    Bila bercakap pasal dunia akhir zaman, dunia dah tua, serious rasa takut.
    Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALEMy Profile

  2. KISAH SUKSES Ida Yati : lolos PNS guru lingkungan PEMDA medan

    Assalamu Alaikum wr-wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda, Bahwa dulunya saya ini cuma seorang Honorer di sekolah dasar sumatra, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 30 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah,namun teman saya memberikan no tlp Bpk JOKO SUTRISNO Selaku petinggi di BKN pusat yang di kenalnya di jakarta dan juga mengurusnya jadi PNS, saya pun coba menghubungi beliau dan beliau menyuruh saya mengirim Berkas saya melalui Email, alhamdulillah No Nip dan SK saya akhirnya keluar, Jadi apapun keadaan anda skarang jangan pernah putus asa dan terus berusaha, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasih jalan, itu adalah kisa nyata dari saya, jika anda ingin seperti saya Hubungi saja Bpk Drs JOKO SUTRISNO SH,Msi Atau >>KLIK DISINI<< Siapatau Beliau Masih Bisah Bantu.

    1. Sy tak tengok pun gerhana bulan ni. Iskkkk…tgh buat apa entah time berlaku gerhana bulan ni. Tapi seingat sy dulu masa sy sekolah rendah pernah terjadi gerhana bulan ni. Time tu sy ada kelas tambahan malam kat sekolah. Semua pakat naik ke bangunan sekolah paling atas untuk tengok bulan. Cantik gila.
      Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALEMy Profile

  3. Assalamualaykum,
    Semua perkara dan rentetan peristiwa tentang akhir zaman telah diceritakan pada umat islam dalam banyak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w..Bergantung pada penilaian individu yang melihat keajaiban ini dan yang pasti Allah swt is sending an urgent message to all of us,which is BERTAUBAT segera sebelum matahari keluar dari barat.
    Curahan rasa Dr Salwa @ ..5 TANDA AMARAN PENYAKIT DIABETES JENIS KEDUA ( II )My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!