Gerhana Bulan Berdarah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kita menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah bermula jam 7 pm sehingga 9.33 pm yang berlaku pada 8/10/2014. Menyaksikan satu lagi tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir alam semesta menimbulkan rasa kerdilnya diri kita sebagai hamba Nya.

Fenomena gerhana bulan selalu dikaitan dengan berbagai misteri alam sehinggalah kejadian bencana alam. Banyak kejadian aneh dan bencana alam yang sudah berlaku pada gerhana bulan yang sebelum ini. Adakah ianya hanya suatu kebetulan atau suatu petanda hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Sebagai hamba-Nya kita mesti yakin segala kejadian adalah bukti kekuasaan ALLAH bukan jin atau syaitan seperti mitos tertentu.

IMG_0884-0.PNG

Seorang teman yang berada di Mekah telah mengirim whatsapp :

“9.33 pm waktu Malaysia bersamaan 4.33 pm waktu Mekah tamatnya gerhana bulan di Malaysia. Pada jam 4.30 pm ni tadi guruh sangat kuat. Adakah ada apa-apa yg akan blaku? Wallahua’lam!”

Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari memang ada disebut dalam Al Quran sebagai tanda kebesaran ALLAH. Umat Islam disunatkan untuk solat sunat kusuf setiap kali berlaku gerhana bulan dan matahari sebagai tanda ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila kita renung bulan dan matahari di langit pasti terasa terlalu kerdil diri ibarat debu-debu berterbangan yang tidak akan dilihat sesiapa melainkan ALLAH. Manusia yang lupa pada Tuhan tidak pernah akan merasa diri mereka kerdil tetapi sentiasa memaparkan keegoan, kesombongan dan keangkuhan.

IMG_0886-1.PNG

IMG_0887-1.PNG

Adakah fenomena gerhana bulan berdarah tanda bahawa dunia ini sudah terlalu tua?

IMG_0885-1.PNG

Dan adakah ia sebagai peringatan Allah kepada kita tentang akhir zaman?


Spread the love

442 Comments

  1. Kuasa Allah SWT…setiap yg terjadi pasti ada sebabnya..kenapa ada gerhana bulan, gerhana matahari, mesti ada sebabnya. Sebab nk tunjuk kekuasaan Allah. So, manusia jgn riak dan takabur terhadap kelebihan diri sendiri.
    Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: HantaranMy Profile

  2. apakah anda percaya bahawa jika terdapat kejadian gerhana bulan ada terdengar orang beremosi ?pelik jugakan,.bagi saya sukar nak percaya mitos begini dan tentang Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari memang ada disebut dalam Al Quran sebagai tanda kebesaran ALLAH.
    Curahan rasa ohpilihanku @ ..Kelebihan Surah Al IkhlasMy Profile

  3. Dunia sudah tua…manusia pulak sudah berada di penghujung akhir zaman…kita lihat sajalah, bnyk kejadian pelik berlaku…manusia sesame manusia tidak sebulu/bergaduh/membunuh, kejadian bencana alam kerap berlaku, kita manusia akhir zaman siap sedia lah…adakah ilmu dan iman penuh di dada sebelum menghadap sang Pencipta…
    Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..What Inside My Pouch?My Profile

        1. Aah..setiap bencana atau ujian yg terjadi kat kita selalunya akan buat kita sedar dan mula back to basic. Kadang2 rasa diri beruntung andai diuji. Itu tanda diri disayangi oleh Allah. Dia tak mahu kita terus leka.
          Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALEMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!