Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kita menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah bermula jam 7 pm sehingga 9.33 pm yang berlaku pada 8/10/2014. Menyaksikan satu lagi tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir alam semesta menimbulkan rasa kerdilnya diri kita sebagai hamba Nya.
Fenomena gerhana bulan selalu dikaitan dengan berbagai misteri alam sehinggalah kejadian bencana alam. Banyak kejadian aneh dan bencana alam yang sudah berlaku pada gerhana bulan yang sebelum ini. Adakah ianya hanya suatu kebetulan atau suatu petanda hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Sebagai hamba-Nya kita mesti yakin segala kejadian adalah bukti kekuasaan ALLAH bukan jin atau syaitan seperti mitos tertentu.
Seorang teman yang berada di Mekah telah mengirim whatsapp :
“9.33 pm waktu Malaysia bersamaan 4.33 pm waktu Mekah tamatnya gerhana bulan di Malaysia. Pada jam 4.30 pm ni tadi guruh sangat kuat. Adakah ada apa-apa yg akan blaku? Wallahua’lam!”
Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari memang ada disebut dalam Al Quran sebagai tanda kebesaran ALLAH. Umat Islam disunatkan untuk solat sunat kusuf setiap kali berlaku gerhana bulan dan matahari sebagai tanda ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila kita renung bulan dan matahari di langit pasti terasa terlalu kerdil diri ibarat debu-debu berterbangan yang tidak akan dilihat sesiapa melainkan ALLAH. Manusia yang lupa pada Tuhan tidak pernah akan merasa diri mereka kerdil tetapi sentiasa memaparkan keegoan, kesombongan dan keangkuhan.
Adakah fenomena gerhana bulan berdarah tanda bahawa dunia ini sudah terlalu tua?
Dan adakah ia sebagai peringatan Allah kepada kita tentang akhir zaman?
442 Comments
subhanallah mmg fenomena yang menarik. tapi sebenarnya matahari merah dan besar boleh kita tengok di Putrajaya. tp saya lupa lah time bila. esp awal pagi sblm dia bersinar terang. mmg cantik. akan try amik gmbr pulak utk tunjuk bukti 🙂
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Maksudnya mmg setiap hari ada ke matahari besar tu kat putrajaya?
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Tak setiap hari, tapi rumah saya pulak terlindung bukit belah matahari naik, kalau drive kat kawasan strategik, nampaklah.. 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Ooo ye ke. Menarik. Macam cantik je petang2 area situ. Best la awak tinggal area situ.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
baru cerita pasal bulan jika cerita hal dalam laut apa ada dalam tanah pada tubuh baudan semua ada sebab yang tertentu ia wujudkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
Semua ni tanda kehebatan Allah, dengan melihat kejadian alam, makin tunduk kita pada-Nya, kalau kita lihat dengan mata hati
Curahan rasa myliferia @ ..7 Jenis Supplement Utama Untuk Kesihatan Saraf
setiap kejadian yang berlaku akan ada sebab-sebab tertentunya.bersyukur dan berusahalah dalam kehidupan kian singkat ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
Gerhana bulan bukan satu peristiwa pelik. Sudah banyak kali berlaku fenomena ni.cuam manusia zaman sekarang tak boleh tengok femomena pelik berlaku.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Masa kecil-kecil dulu, memang jarang berlaku gerhana, kebelakangan ini yang kerapnya berlaku gerhana bulan dan matahari.
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Bila terjadinya gerhana, kita disunatkan untuk solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Sy tak pernah buat solat sunat gerhana ni. Lepas ni inshaAllah akan lebih alert untuk gerhana2 yg akan datang.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Fenomena gerhana bulan berdarah terjadi disebabkan pembiasaan cahaya oleh atmosfera bumi.
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Itu teori dari segi sains la kan…berpunca dari biasan cahaya atmosfera bumi.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
dalam quran ada barisan ayat menciptakan bulan, bintang dan alam pendek kata semua kisha menarik ada terkandung dalamnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
sangat cantik dan sukar untuk gambarkan dengan kata-kata. salah satu bukti kebesaran Allah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
Pernah lihat gerhana bulan sebelum ini, memang sangat teruja menunggu bulan dilitupi dengan bayang bumi
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
kenapa ia panggil aatu sebut sebagai gerhana bulan berdarah. ya tahu warna merah tapi tahu juga bagaimanalah agaknya ia terhasil merah
Curahan rasa cahayacinta @ ..Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut Harum
kalau macam ni perlu rujuk ahli kaji bintang, baru kita tahu bagaimana fenomena menariknya boleh berlaku
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Gerhana bulan dihalang daripada menerima Cahaya Matahari kerana bayang bayang bumi
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
solat sunat kusuf ada sebahagian tempat kawasan ipoh melakukannya. kita rumah pun masih boleh buat juga
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Gerhana bulan berlaku apabila Bulan-Bumi-Matahari tersusun pada garisan lurus…Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Ooo yeke macam tu? Subhanallah..baru tahu fakta ni. Betapa besar kuasa Dia.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
lukisan alam sering memahami kedendak Allah..salah satu nikmat yang kita sebagai hambanya dapat melihat sambil menitip kesyukuran
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
suka melihat keindahan alam.sering melihat awan langit serakan warna awan sungguh cantik macam sebuah lukisan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Manis Hanya Sementara
mungkin guruh bergema tanda Allah beri peringatan kepada kita barangkali melipat-gandakan usaha amal kepadaNYA.WAHUALAM
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
teman yang mengirimkan gambar gerhana bulan berdarah sungguh indah. bukan mudah nak lihat dari jarak dekat ya.dapat jauh jadilah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
Comments are closed.