Assalamualaikum dan salam 1dunia, entri kali ini adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi tips atau amalan yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan aktiviti atas talian menggunakan capaian internet percuma. Seringkali kita dinasihati untuk tidak melakukan perbankan atau urusan-urusan yang sensitif untuk privasi data kita apabila menggunakan perkhidmatan internet percuma yang disediakan oleh para pengusaha restoren dan seumpamanya.
Mungkin ada yang mula bertanya, tapi mengapa? Bukankah internet sama sahaja di mana-mana, bezanya hanya kelajuan setiap capaian internet tersebut dan dari mana langganan yang dibuat.
Jawapan mudahnya, kerana mereka boleh memantau trafik yang melalui peralatan dan perisian yang mungkin ditambah dalam mengawal perkhidmatan internet percuma yang diberikan. Perkara ini mungkin tidak dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang popular, tetapi jika kita menggunakan perkhidmatan internet percuma di restoren-restoren atau gerai-gerai biasa, kebarangkalian untuk mereka memantau kegiatan atas talian kita semasa menggunakan capaian internet mereka adalah tinggi. Terdapat banyak cara untuk memantau kegiatan kita ini, buat masa ini cukuplah kita mengetahui bahawa mereka boleh memantau kegiatan kita.
Selain itu, pasti ramai juga yang menggunakan capaian internet terbuka yang mungkin terdapat dalam persekitaran perumahan anda, penggunaan tanpa atau dengan kebenaran pemilik capaian internet itu juga mempunyai risiko yang hampir sama. Tambahan jika anda menggunakan capaian internet mereka tanpa kebenaran, mungkin anda merasakan anda bijak untuk mengetahui atau memecah masuk kata laluan internet yang mereka telah tetapkan, tetapi jangan lupa, mungkin pemilik capaian internet itu juga cukup bijak untuk memastikan semua trafik yang melalui capaian internet beliau akan direkod menggunakan apa juga perisian yang beliau pasang.
Semoga kita menjadi pengguna internet yang lebih berhati-hati selepas ini, cuba elakkan aktiviti yang memerlukan kita untuk memelihara data tersebut apabila menggunakan perkhidmatan internet seperti ini, kerana khuatir kita akan menjadi satu lagi mangsa penyalahgunaan internet. Terlalu banyak kebarangkalian yang boleh berlaku apabila data yang sensitif ini terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
154 Comments
ooo iya ker? saya baru tahu..tq dgn info ini…
Di tempat saya masih kurang yang menyediakan perkhidmatan internet percuma
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Liga Champions : Barcelona Vs Celtic
Saya hanya guna modem USB dengan laju yang sangat terbatas.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Liga Champions : Barcelona Vs Celtic
kalau kat tempat saya, kbanyakkannya restoran yang myediakan wifi free…hotel juga ada…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai
kalau pake bband, smpai limid dia…slow ler…nak buka fb pun slow…
Curahan rasa Nana @ ..Perangkap Kasanova Licik
Assalam..
Kadang2 kita rasa seronok bila dapat guna free tapi lebih banyak buruknya..
Curahan rasa iza @ ..Crochet Vest
betul tu…seronok bila tengok youtube pun lancar jer kan…download pun senang jer…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai
kalau saya nak download barang, memang saya pakai wifi free…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Perangkap Kasanova Licik
Memang kita harus melindungi akan dampak negatif dari free hotspot ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Makanan Sehat Penurun Kolesterol
memang kita harus selalu hati-hati. tidak hanya yang free..
thanks sudah mengingatkan.. 🙂
Curahan rasa Hybrid car @ ..Electric Hybrid Vehicles
Hati2 untuk menggunakan internet di Warung Internet. Rawan pencurian password
Kadang-kadang kita lupa sebab terlalu ghairah nak dapatkan internet percuma. Sampaikan ada yang sanggup gunakan device tertentu untuk hack password wifi jiran sebelah. Risiko macam ni la yang perlu kita tahu. Jangan sampai kita didenda diakhirnya. Sedap-sedap guna wifi orang, tetiba habis semua data dalam komputer, password bank, password fb dan sebagainya orang ambil. Jangan pandang rendah dengan keupayaan orang.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Pengalaman buat part time degree di SPACE UTM -Part 1
menakutkan juga bila d pikir2kan keburukkannya…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai
Ooo ye ke…saya ada dengar hal sebegini boleh berlaku diinternet cafe jer…username dan password kita diaorang boleh godam..tak tahu pulak free wifi pun boleh juga ya…bahaya sungguh…kadang-kadang kebijaksanaan selalu disalah guna 🙂
Curahan rasa Akmaomar @ ..Produk Atau Perkhidmatan Dari Eizil Network
Tidak selamanya menggunakan layanan internet percuma menyenangkan, ada hal yang perlu pula kita waspadai
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit Malaria
Apalagi bila menyangkut hal-hal pribadi yang bisa dilacak dan juga diketahui bila menggunakan layanan free internet ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit Malaria
kalau pakai VPN kat open WiFi selamat tak agaknya?
Curahan rasa Amirez @ ..Impian 3 Tahun Akan Datang
Terima kasih Tuan Eizil.. 🙂
Curahan rasa donnyien @ ..Risiko kerja shift malam
kena berhati2 la bila guna tenet free ni kan. hmmm..thanks for the info
info yang amat bguna untuk kita semua…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
info yang amat bguna…ramai juga yang tidak tahu perkara seperti ini….
Curahan rasa Nana @ ..Budak Dibunuh Kerana Ejek ‘Gila’
Setuju 100%,kalau buat urusan secara perbankan atas talian memang tak selamat guna wifi percuma
Curahan rasa wazy @ ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 5
bahaya jugak ekk… lepass ni tak nak lah pakai wifi free kalau buat urusan perbankan…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
Comments are closed.