Assalamualaikum dan salam 1dunia, entri kali ini adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi tips atau amalan yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan aktiviti atas talian menggunakan capaian internet percuma. Seringkali kita dinasihati untuk tidak melakukan perbankan atau urusan-urusan yang sensitif untuk privasi data kita apabila menggunakan perkhidmatan internet percuma yang disediakan oleh para pengusaha restoren dan seumpamanya.
Mungkin ada yang mula bertanya, tapi mengapa? Bukankah internet sama sahaja di mana-mana, bezanya hanya kelajuan setiap capaian internet tersebut dan dari mana langganan yang dibuat.
Jawapan mudahnya, kerana mereka boleh memantau trafik yang melalui peralatan dan perisian yang mungkin ditambah dalam mengawal perkhidmatan internet percuma yang diberikan. Perkara ini mungkin tidak dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang popular, tetapi jika kita menggunakan perkhidmatan internet percuma di restoren-restoren atau gerai-gerai biasa, kebarangkalian untuk mereka memantau kegiatan atas talian kita semasa menggunakan capaian internet mereka adalah tinggi. Terdapat banyak cara untuk memantau kegiatan kita ini, buat masa ini cukuplah kita mengetahui bahawa mereka boleh memantau kegiatan kita.
Selain itu, pasti ramai juga yang menggunakan capaian internet terbuka yang mungkin terdapat dalam persekitaran perumahan anda, penggunaan tanpa atau dengan kebenaran pemilik capaian internet itu juga mempunyai risiko yang hampir sama. Tambahan jika anda menggunakan capaian internet mereka tanpa kebenaran, mungkin anda merasakan anda bijak untuk mengetahui atau memecah masuk kata laluan internet yang mereka telah tetapkan, tetapi jangan lupa, mungkin pemilik capaian internet itu juga cukup bijak untuk memastikan semua trafik yang melalui capaian internet beliau akan direkod menggunakan apa juga perisian yang beliau pasang.
Semoga kita menjadi pengguna internet yang lebih berhati-hati selepas ini, cuba elakkan aktiviti yang memerlukan kita untuk memelihara data tersebut apabila menggunakan perkhidmatan internet seperti ini, kerana khuatir kita akan menjadi satu lagi mangsa penyalahgunaan internet. Terlalu banyak kebarangkalian yang boleh berlaku apabila data yang sensitif ini terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
154 Comments
setuju… kalau buat berbankan.. elakkann guna free wifi kat luar tu..
Curahan rasa KiD @ ..Adam dan Hawa Episod 33 – 36
yalah KiD, lepass ni tak nak lah pakai wifi free kalau hal transksi bank…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
luckily my gadget hard to connect to those free wifi… even log in to facebook check in also quite hard… so won’t login to my account by using free wifi.
Curahan rasa piggy697 @ ..伯公坛旁边的福建面@Hokkien Mee
menda free pon ada harganya yg perlu dibayar.
dlm konteks ni, bahaya dipecah masuk tu la harga yg perlu dibayar kalau tak bernasib baik
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Windmill Stool Oleh Kejia Liu: Bangku Unik Yang Dipintal Lapisan Kayunya
betul tu. memang bahaya guna wifi free. tak secure, sapa sapa saja boleh tgk aktiviti dalam talian. boleh curi cookies! sangat menakutkan!
Curahan rasa Kertas Warna Merah @ ..Cara Memikat hati Wanita | RM Version
usih! bahaya jugak eh…ni saya tengah guna link wifi CC sebelah rumah skrang ni…hehe..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Jana Pendapatan Dengan Stiforp
hehehe…saya pun sama. kadang2 line bband tak ok, pakai line wifi kedai kat depan tu…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
harap ler tak ada apa2 ekk…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Akan ambil perhatiaan mengenai pencerobohan oleh pihak ke 3.
Cuma apa yang dikesalkan apabila menerima pesanan ringkas yang dihantar oleh parti politik tempatan. Bagi saya ia disifatkan pencabulan data pengguna oleh pihak ke 3. Yang hairan bagaimana maklumat pengguna telco tempatan boleh berada ditangan parti politik tempatan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3
menarik info ni..
Curahan rasa Weschairs @ ..Masjid 2 Kiblat
Rasanya cara paling selamat ialah dengan membawa BB walau ke mana sahaja kita pergi dan berada.
bband pun kadang2 slow buat sakit hati…hehehe… kalau hal penting pakai bband, kalau setakat nak tgok youtube, buka fb tak per lah pakai wifi free…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
jika kita leka padah akhirnya..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Siapa samseng sebenarnya?
saya pun baru tahu sampai mcm tu sekali kesannya…lepas ni kena hati2 ler…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
wah..bahaya juga ni….
Curahan rasa boni kacak @ ..Mereka Kata Pasangan Ideal Dan Akan Murah Rezeki.
barang free memang banyak keburukkan nya….
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
memang berbahaya kalau sering login akun tertentu memakai wi-fi atau hotspot para peretas dengan mudah bisa menyerang kita bila berada dalam network yang sama
Curahan rasa Metrolisa @ ..Petikan Suluk Sukarsa Warisan Mutiara Peninggalan Leluhur yang mengandung Nilai Luhur
jenayah siber serius lagi berbahaya dari jenayah2 biasa ni, tak caya try lah terlibat dengan jenayah siber ni.
Curahan rasa jal @ ..Jumlah Bayaran Biasiswa JPA Ijazah Dalam Negara 2012
Jarang juga kalau memakai internet free seperti ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Perdarahan Hidung Mimisan
aku sering mas kalau disekolah tapi rasanya amanlah karena pemakainya semua cuma siswa aku
Curahan rasa Metrolisa @ ..Petikan Suluk Sukarsa Warisan Mutiara Peninggalan Leluhur yang mengandung Nilai Luhur
saya juga selalu kalau di tempat kerja…kalau di bilik, mau lihat ada signal ke tak….
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
sebab tu aku x galakkan diri aku guna internet percuma yang ada kt luar… bahaya sbnrya
Curahan rasa poruman @ ..Isteri gersang suami
wah…..informasi yg sangat penting untuk diketahui khususnya bagi pengguna internet….terima kasih
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Soal Bahasa Indonesia Untuk SD Semester 1 ganjil
Comments are closed.