Assalamualaikum dan salam 1dunia, entri kali ini adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi tips atau amalan yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan aktiviti atas talian menggunakan capaian internet percuma. Seringkali kita dinasihati untuk tidak melakukan perbankan atau urusan-urusan yang sensitif untuk privasi data kita apabila menggunakan perkhidmatan internet percuma yang disediakan oleh para pengusaha restoren dan seumpamanya.
Mungkin ada yang mula bertanya, tapi mengapa? Bukankah internet sama sahaja di mana-mana, bezanya hanya kelajuan setiap capaian internet tersebut dan dari mana langganan yang dibuat.
Jawapan mudahnya, kerana mereka boleh memantau trafik yang melalui peralatan dan perisian yang mungkin ditambah dalam mengawal perkhidmatan internet percuma yang diberikan. Perkara ini mungkin tidak dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang popular, tetapi jika kita menggunakan perkhidmatan internet percuma di restoren-restoren atau gerai-gerai biasa, kebarangkalian untuk mereka memantau kegiatan atas talian kita semasa menggunakan capaian internet mereka adalah tinggi. Terdapat banyak cara untuk memantau kegiatan kita ini, buat masa ini cukuplah kita mengetahui bahawa mereka boleh memantau kegiatan kita.
Selain itu, pasti ramai juga yang menggunakan capaian internet terbuka yang mungkin terdapat dalam persekitaran perumahan anda, penggunaan tanpa atau dengan kebenaran pemilik capaian internet itu juga mempunyai risiko yang hampir sama. Tambahan jika anda menggunakan capaian internet mereka tanpa kebenaran, mungkin anda merasakan anda bijak untuk mengetahui atau memecah masuk kata laluan internet yang mereka telah tetapkan, tetapi jangan lupa, mungkin pemilik capaian internet itu juga cukup bijak untuk memastikan semua trafik yang melalui capaian internet beliau akan direkod menggunakan apa juga perisian yang beliau pasang.
Semoga kita menjadi pengguna internet yang lebih berhati-hati selepas ini, cuba elakkan aktiviti yang memerlukan kita untuk memelihara data tersebut apabila menggunakan perkhidmatan internet seperti ini, kerana khuatir kita akan menjadi satu lagi mangsa penyalahgunaan internet. Terlalu banyak kebarangkalian yang boleh berlaku apabila data yang sensitif ini terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
154 Comments
Awas.. Danger.. Bahaya tanpa kita sedari.. Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni perlu lebih berhati2 sebelum menggunakan perkhidmatan internet percuma…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Homestay Di Batu Gajah Perak
info yang bguna. tentu ramai yang tak sedar tentang kburukkan mengunakan wifi free termasuk lah saya…
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
Oh ini kerja senang je ni. Guna smartphone pun dah boleh buat. 🙂
Curahan rasa shraqs @ ..Kies Tidak Memaparkan Samsung Apps Store
wahh..nice sharing bro..bahaya betul..mujur sy pakai broadband..hehe
Saya jarang juga menggunakan free internet ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Jantung Tidak Sehat
buat masa kini memang tak pernah lagi guna perkhidmatan internet percuma kat luar cam restoran dan sebagainya tu..tapi info ni memang berguna untuk peringatan masa hadapan..
Curahan rasa pipoq @ ..Ligat
pringgatan yang bguna buat kita semua…
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
Info yang menarik @denaihati.. ^_^
Curahan rasa agus sidik @ ..Pantangan Penyakit Herpes
Internet ada baik buruknya, kena bertanya sebelum publish apa2 artikel atau sebarang perkara yang mungkin memudaratkan kita
Curahan rasa Lawrence Vision @ ..Live streaming Apple iPad Mini Event
betul tu.sama..aku pun kekadang terbuat macam tu
Curahan rasa azwan @ ..Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 Yang Hebat
biasalah..benda yang free ni banyak keburukkan berbanding kebaikannya. banyak contoh..fikir sendiri je lah
Curahan rasa azwan @ ..Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 Yang Hebat
Sebab tu aku tak pernah guna internet free…kecuali download..hihiih
Curahan rasa Hanif @ ..Hanif Idrus Dilanggar
kalau download pake bband memang susah lah, terpaksa pake wifi free jek…
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
Info yang menarik @denaihati.. ^_^
Salah satu reason kes pecah masuk akaun E-Mel, Facebook….. mungkin akaun perbankan juga..
Curahan rasa AminJohar.com @ ..Pakar Blogwalking
berhati2 sajalah….saya juga tak tahu sebelum ni…
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
internet banyak kegunaannya.
Curahan rasa nextandy™ @ ..Cara Menginstal Windows Melalui flashdisk Menggunakan PowerISO
kalau guna wifi free ni selalunya untuk check facebook kejap2 je..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Kerana Aku Seorang Ibu
kalau saya lebih banyak download video dari youtube…fb memang on je….
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
makna kalau guna wifi percuma kat tempat kerja ‘boss’ boleh tahu ‘aktiviti’ internet kita time kerja… satu teknik boss dapat ‘menapis’ pekerja yg malas atau rajin ke? seolah2 melanggar hak privasi pekerja je??
Curahan rasa aimaniman @ ..Sakitnya Melahirkan Hanya 20
hehehe…pringgatan buat para pkerja juga ekk…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
Salam, setuju! sekarang banyak modem yang boleh memecah masuk kod laluan WIFI dijual dipasaran.. tapi tak bermakna mereka bijak.. sebab mungkin mereka diawasi oleh pemilik talian.. waspadalah!
Curahan rasa fandyzblog @ ..Sebab-sebab Pening Kepala
betul tu…bos saya pun ada beli pakai hack password wifi. harga pun mereka jual serendah rm80 jer…
Curahan rasa Nana @ ..‘Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang’
Comments are closed.