Assalamualaikum dan salam 1dunia, entri kali ini adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi tips atau amalan yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan aktiviti atas talian menggunakan capaian internet percuma. Seringkali kita dinasihati untuk tidak melakukan perbankan atau urusan-urusan yang sensitif untuk privasi data kita apabila menggunakan perkhidmatan internet percuma yang disediakan oleh para pengusaha restoren dan seumpamanya.
Mungkin ada yang mula bertanya, tapi mengapa? Bukankah internet sama sahaja di mana-mana, bezanya hanya kelajuan setiap capaian internet tersebut dan dari mana langganan yang dibuat.
Jawapan mudahnya, kerana mereka boleh memantau trafik yang melalui peralatan dan perisian yang mungkin ditambah dalam mengawal perkhidmatan internet percuma yang diberikan. Perkara ini mungkin tidak dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang popular, tetapi jika kita menggunakan perkhidmatan internet percuma di restoren-restoren atau gerai-gerai biasa, kebarangkalian untuk mereka memantau kegiatan atas talian kita semasa menggunakan capaian internet mereka adalah tinggi. Terdapat banyak cara untuk memantau kegiatan kita ini, buat masa ini cukuplah kita mengetahui bahawa mereka boleh memantau kegiatan kita.
Selain itu, pasti ramai juga yang menggunakan capaian internet terbuka yang mungkin terdapat dalam persekitaran perumahan anda, penggunaan tanpa atau dengan kebenaran pemilik capaian internet itu juga mempunyai risiko yang hampir sama. Tambahan jika anda menggunakan capaian internet mereka tanpa kebenaran, mungkin anda merasakan anda bijak untuk mengetahui atau memecah masuk kata laluan internet yang mereka telah tetapkan, tetapi jangan lupa, mungkin pemilik capaian internet itu juga cukup bijak untuk memastikan semua trafik yang melalui capaian internet beliau akan direkod menggunakan apa juga perisian yang beliau pasang.
Semoga kita menjadi pengguna internet yang lebih berhati-hati selepas ini, cuba elakkan aktiviti yang memerlukan kita untuk memelihara data tersebut apabila menggunakan perkhidmatan internet seperti ini, kerana khuatir kita akan menjadi satu lagi mangsa penyalahgunaan internet. Terlalu banyak kebarangkalian yang boleh berlaku apabila data yang sensitif ini terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
154 Comments
Janji kena hati-hati bila guna free WiFi. Sebolehnya elakkan transaksi bank, kad kredit, PayPal. Kalau terpaksa, gunalah password manager atau at least onscreen keyboard.
Curahan rasa GreenLava @ ..Giveaway: Win a 14-day Subscription to Depositphotos
lepas ni saya akan hati2 bila guna wifi free…menakutkan sekali….
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
Wahh info yang menarik…takut juga nak masuk pakai line orang kan..kot tuan punya badan tahu apa yang sedang kita lakukan..Hehe..biasanya kalau pakai wireless internet, sy letakkan security..biasanya security pada mac adress dan cara biasa security pada key..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Tip Semasa Di Tinggalkan Oleh Isteri
ramai yang pakai wifi free sbab nak jimat, nak sambung sendiri pun mahal. kalau pake bband pun ada limid. emmmm….
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Percuma tetapi penuh dengan perangkap.. Berhati-hatilah..
Curahan rasa anif @ ..Alhamdulillah Saya Sudah Selamat Kembali Ke Tanah Air!
hm.. saya nak tau camne nak tau org guna wifi kita..
Curahan rasa zool @ ..Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan badminton Terbuka Denmark 2012
Cara paling mudah, boleh buka router management, dan tengok wireless client yang connected. biasanya akan tulis dalam bentuk MAC address, so pergi kat DHCP list untuk check further info.
Kalau kat umah memang ada 1 jer device, mudah nak check, maksudnya kalau ada device berlebihan tu, orang lainlah tu. Tapi kalau ada banyak devices, just buat check list mana device yang bukan dari rumah.
Harap membantu. 🙂
Curahan rasa Eizil @ ..Sifat marah dalam kehidupan
kekadang kita ingat kita dah bijak dan berjaya menceroboh rumah seseorang.. sedangkan kita tak tahu yang pemilik rumah tu lagi 1000 kali bijak dari kita.. mungkin kita berjaya masuk kerumah orang yang kita ceroboh tu.. tapi belum tentu lagi kita akan berjaya keluar dengan aman dan tenang dari rumah tersebut.. sekadar peringatan untuk diri sendiri juga..
P/S : aku pun pernah nakal juga hack wifi ni.. tapi tu dulu sebelum insaf 🙂
Curahan rasa Myvitrd @ ..Berjinak-Jinak Dengan Unit Trust Public Mutual
hehehe…tak dapat ler nak curi line kalau tuan punya pandai….
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
info sgt berguna …
Curahan rasa Razifredz @ ..Kalam Hikmah 2
setuju dengan Eizil, talian diluar org boleh pasang alat perakam dan sebaginya sebab itu internet mereka, bahaya tuh
Curahan rasa Juan @ ..Ada Apa Dengan Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet Penang
Saya nak kongsi satu tips semasa guna free wifi.
Kalau boleh, gunakan browser Chrome atau Firefox dan pastikan kamu guna Incognito mode.
Selepas tu, dapatkan proxy software macam HotSpot Shield untuk mengelakkan tracking dari Wifi peers. Proxy ini membolehkan kamu untuk “hide” IP address komputer kamu.
Sebenarnya incognito mode hanya tidak menyimpan data di komputer tersebut, tetapi sebarang traffic masih boleh dipintas.
Keselamatan penggunakan Wifi ni bukan semata-mata untuk hide ip address, tetapi masalah utama adalah apabila orang boleh sniff semua aktiviti kita, terutama apabila trafik tu terpaksa melalui modem atau router empunya network tersebut.
Curahan rasa Eizil @ ..Sifat marah dalam kehidupan
jadi, kena lebih berhati-hati la lepas nih. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Kenapa awak suka tulis blog?
yalah…banyak sangat keburukannya….
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Dibunuh Dengan Kejam
Jarang aku guna internet free nih….kalau time makan mmg fokus pd makan jerr…x toleh dh pasai internet…hehehe
Curahan rasa yas @ ..TAHNIAH ZULFAHMI…PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA
kadang kala terlalu jimat sesuatu, yang ruginya lebih..
Curahan rasa hisham @ ..Blog Untuk Yang Minat Gadget | Sertc.blogspot.com
sekarang ni terdapat pelbagai pakej broadband yang cukup murah dan laju untuk kita langgan..jadi tak perlulah bergantung kepada WIFI percuma seperti itu..
Curahan rasa Syarih @ ..Turun kan Paras Kolesterol Anda Tanpa Ubat Kolesterol.
oh..tak terfikir pulak perkara macam ni..terima kasih berkongsi maklumat. Selepas ini perlu lebih berjaga – jaga jika menggunakan perkhidmatan internet percuma.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 42: Nasib telefon awam
boleh beri software apa yg sesuai utk menangai masalah sebegini 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Samsung dan Google Hasilkan Samsung Chromebook Untuk Saingi MacBook Air
terimakasih dengan adanya artike berikut ini saya mendapat pengetahuan baru yang sangat bermanfaat,,,,,,,,,,,
Curahan rasa Radit Aditya Rahman @ ..Pantangan Penyakit Sinusitis
Comments are closed.