Gangguan Bekalan Air

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau mengikut informasi di blog Yanmieonline gangguan bekalan air di KL dan Selangor yang akan dihadapi oleh lebih 1juta penduduk akan berlaku pada 14/3/12. Khabarnya banyak kawasan di Petaling, Klang dan Kuala Lumpur akan terjejas kalau nak tahu kawasan yang terjejas boleh baca di entri “Gangguan Bekalan Air“. Kalau ikut senarai itu syukur kawasan kami memang tidak terlibat sebabnya susah kalau tak ada bekalan air melebih 6 jam. Boleh tengok jadual Gangguan Bekalan Air berjadual di website Syabas.

Gambar Banjir Lembah Klang – Sumber Google

Belum pun sampai tarikh 14/3/12 paip dah tak keluar air. Sudah dua malam berturut-turut air tidak keluar tapi syukurlah siang hari ada air walaupun tidak sekuat mana. Siasat punya siasat rupanya air kena catu kerana lumpur yang masuk ke pusat pengumpulan air akibat banjir yang melanda Lembah Kelang sehingga ada seorang remaja yang terkorban kerana tertimbus tanah runtuh. Warga Kuala Lumpur terperangkap berjam-jam dalam kesesakan jalanraya akibat banjir dan terowong smart yang ditutup. Sekarang dah ada sistem yang kita boleh semak secara online status bencana alam. Di masa depan bolehlah semak di website banjir dan bencana alam online supaya tidak lagi terperangkap dalam kesesakan teruk.

20120310-105111.jpg
Lori bekalan air bersih depan rumah

Alhamdulillah lori bekalan air pun ada datang membantu penduduk yang tidak menyimpan air yang banyak. Teringat pulak kisah Nabi SAW bahawa ALLAH SWT akan bertanya apa yang manusia lakukan dengan setiap nikmat yang dikurniakan walaupun segelas air putih. Air ini terasa berharga apabila tiada tetapi kalau dah banyak kita buang begitu sahaja. Jadi janganlah membazir kerana membazir adalah sifat syaitan.


Spread the love

114 Comments

  1. sebenarnya di mana-manapun masalah gangguan bekalan air ini sentiasa berlaku.Apa pun kita bersyukur kerana kerajaan kita sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah seperti ini daripada terus membelenggu rakyat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!