Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
kisah ini adalah kisah yang membanggakan apabila seorang Ibu muda yang telah dijemput untuk membuat design tshirt yang digunakan untuk kempen Donald Trump. Anak muda bernama Jammnah Maidin yang berasal dari negeri Melaka ini telah membuat rekaan design sejak sekian lama.
Bekerja melalui platform Upwork dan Freelancer beliau telah menjadikan kerjaya reka design ini sebagai aktiviti untuk menjana pendapatan digital dengan matawang USD.
5 design untuk kempen Donald Trump
Semasa beliau dijemput untuk membuat design kemeja-T kempen Donald Trump, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek tersebut telah menjemput Jammnah untuk menyediakan 5 design bagi tujuan tersebut. Design-design ini kemudiannya dicetak dan dijual di platform Amazon.com
Semua tugasan yang diberikan dibayar menggunakan matawang USD, ini merupakan antara potensi yang boleh kita rebut untuk menjana pendapatan tambahan mahupun pendapatan sepenuh masa. Platform digital memberikan kita peluang untuk bekerja dengan syarikat dari seluruh dunia.
Soalan sebenar, adakah kita mahukan perkara sebegini?
Menjana purata USD1600 sebulan
Sehingga hari ini, Jammnah berjaya menjana pendapatan melalui platform-platform yang tersedia ini setiap bulan. Purata pendapatan beliau adalah sekitar USD1600 sebulan tanpa perlu pergi ke syarikat-syarikat yang menempah perkhidmatan beliau.
Apa yang penting, mempunyai telefon pintar dan internet serta peralatan untuk beliau membuat design yang diperlukan oleh pelanggan.
Hasil anak Malaysia di persada dunia
Jammnah telah membuktikan bahawa hasil kerja anak Malaysia juga berdiri setaraf dengan pereka-pereka di luar sana. Ini telah dibuktikan apabila beliau dijemput untuk membuat rekaan untuk projek yang begitu besar seperti kempen Donald Trump.
Anda juga boleh melakukan perkara yang sama seperti Jammnah. Belajar bagaimana untuk menggunakan platform ini dengan daftarkan diri anda dengan program latihan eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit.
Rebut peluang untuk mendapatkan latihan percuma melalui program ini dan kemudian anda akan boleh memulakan aktiviti menjana pendapatan digital menggunakan pelbagai platform seperti yang dilakukan oleh Jammnah. Tahniah diucapkan kepada beliau, semoga terus menerus mengharumkan nama Malaysia dengan design-design yang akan terpapar di seantero dunia.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Kejayaan dalam perniagaan dalam usia muda bukan lagi suatu yang mustahil
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
57 Comments
untunglah badan…
dah lama tinggal bidang usd nie sejak eBay buat problem…
skrg nak buat eBay kena main byk akaun, tp bila payment kena hold sakit kepala nak cari modal..
Biasalah, dalam perjalanan nak mencapai kesenangan, akan dipakejkan dengan sedikit cabaran.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Artikel Tular Dapat 27 Ribu Pembaca Sehari
ramai jugak yg pandai design tshirt kreatif ni rupanya… lebih bijak kalau jual dlm usd
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Boleh buat cetakan di kedai, design boleh upah designer, ambil untung sedikit dan jual pada orang ramai.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
designer yang direjek dan tak banyak kabel boleh la jadikan platform ni sebagai resume hahaha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Teknik Fotografi Untuk Beginner Faham Aperture, ISO & Shutter Speed Sebelum Bergelar Photographer
Hebat. Terinspirasi dengan kejayaan beliau. Sekarang banyak platform untuk kita menonjolkan bakat sambil menambah pendapatan.
Curahan rasa cikpinz @ ..Misi Al Quran Braille – Kembara 3000km Bermula
Tahniah dari anak Malaysia buat puan Jammnah!
Dunia tanpa sempadan anda boleh buat duit lebih banyak lagi dapat dalam USD lagi.
Kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kami semua untuk terus buat duit melalui bisnes online…
#YouCanDuit!
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
Tulah… cuma yang tak bestnya, kenapa semasa kempen Donuld Trumps ibu muda ni mendapat rezeki tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
ramai je yang dah menonjol dalam industri kreatif di luar..tapi depa sesenyap je..gerak secara underground..kat Flippa pun dah berapa ratus Malaysian gak dalam tu..sitepoint pun ramai juga..
Curahan rasa reezluv @ ..Terima Kasih Pak Guard!
Ramai jugak ye info yang bro tahu tentang rakyat Malaysia yang berniaga online secara senyap di luar negara..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
wow, dapat duit macam ni dari rekaan memang best, dulu pernah try, dan ya memang ada potensi buat duit
Curahan rasa eCommerce Malaysia @ ..Cara Kurangkan Sakit Ketika Malam Pertama
Wow, hebat! Walaupun bukan peminat Donald Trump, saya suka hasil karya Jammnah. Memang patut beliau terpilih. Hasilnya pun lumayan. Tahniah!
Curahan rasa Oja Samid @ ..Muda-muda Dah Osteopenia? Cegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) Sebelum Terlambat!
Platform yang bagus sebagai permulaan untuk mendapatkan ilmu tentang berurusniaga di internet.
Tahniah MDEC kerana berterusan membantu usahawan2 yang sebelum ini hanya beroperasi secara konvensional bertukar kepada berniaga tanpa sempadan menerusi internet.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
Jual beli dengan mat salleh ni best sebab mereka tak payah nak wsap bagai nak close sale.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Aksesori Percutian Musim Sejuk Penting Atau Boleh Di Lupakan
Ha Ha betul di Malaysia ni jenuh kita dah whatsapp panjang lebar berkali pun belum tentu boleh close lagi…
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
Platform sudah disediakan, hanya kembangkan bakat dan kemahiran yang ada sahaja. Tidak perlu pening-pening mahu bangunkan laman web. Guna apa yang ada.
tak sangka jual tshirt mcm ni dpt pulangan lumayan. lebih2 dalam US dollar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Betul.. Kalau baca kisah Irfan Khairi, jual map negara pun boleh jana beribu USD
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
Selain jual map, Irfan Khairi juga ada menawarkan servis design logo semasa berada di luar negara..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
rakyat america sgt obses dgn politik sekarang ni.. pandai dia cari peluang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Minyak Kelapa Dara Terbaik – D’Fera
memang hebat..
saya kagum dan tak sangka sama sekali kita boleh bersaing diperingkat antarabangsa..
terbaik la..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tahan Lama Beraksi Tanpa Kecundang
Ada hati semua jadi..
Asalkan ada bakat, In Shaa Allah ada rezeki..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Bestnya.. dapat jana pendapatan dalam USDollar melalui laman web Amazon..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Belum pernah lagi merasa buat duit secara online dalam USDollar..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Dulu pernah juga teringin nak buat side income dalam USDollar, tapi sejak akaun paypal kena hack.. terpalsa batalkan terus hasrat tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
tak pe tuan..
cuba lagi dan saya cadangkan kepada tuan supaya menjual produk kreatif di luar negara pulak.
dapat la side income dalam US
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tahan Lama Beraksi Tanpa Kecundang
kena hack? rare ni.. sangat bahaya lebih lebih lagi kalau melibatkan wang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Minyak Kelapa Dara Terbaik – D’Fera
Amazon khabarnya enjin pencari komersil yang paling banyak digunakan..Saya pun belum pernah guna Amazon lagi..
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
Samalah tu.. saya pun belum pernah guna Amazon atau membeli di Amazon..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Cuma, satu ketika pernah cuba promote affiliate Amazon.. tapi belum ada hasil yang menyebelahi saya..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Comments are closed.