Gadget Impian Pilihan Hati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Pilihan semakin panas, persaingan semakin hebat. 103 Blogger Malaysia dan Indonesia telah terpilih menjadi peserta tetapi tidak semua yang berani menyahut cabaran. Antara gadget impian paling popular pilihan Rakan Blogger adalah iPhone 4S, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy S2 dan iPad 2. Berbagai strategi digunakan oleh peserta untuk mengumpul sebanyak mungkin markah mengikut syarat yang telah ditetapkan dan ada juga hanya berserah kepada takdir.

Joom kita ramai-ramai baca entri hebat peserta contest serta beri sokongan @ Senarai Gadget Impian.

Dalam penelitian aku, peserta tidak memaksimumkan syarat yang ditetapkan. Majoriti peserta hanya fokus kepada button FB like dan jumlah komen sahaja. Hanya sebahagian kecil sahaja yang memberi perhatian kepada button Google + 1 dan ReTweet. Tujuan dan matlamat contest agak tersasar jika kesemua button sosial tidak dimaksimumkan dalam strategi mengumpul markah untuk menjadi peserta top 10. Masih ingat dengan pesanan aku sebelum ini hadiah bukan segalanya.

Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan aku telah mengambil keputusan untuk memberi peratusan untuk setiap button. Pecahan peartusan adalah seperti di bawah :

  1. Google + 1 : 25%
  2. FB like : 25%
  3. ReTweet : 25%
  4. Jumlah komen : 25%

Tujuan format baru ini untuk memastikan setiap peserta memberi fokus yang sama kepada ke empat syarat yang telah ditetapkan untuk mengumpul markah. Semua markah akan ditukar kebentuk peratusan dengan mengambil kira dua titik perpuluhan dalam menentukan pemenang.

Ramai peserta yang tanya tentang button FB like yang yang memaparkan hanya angka 1K, 2k, 3k atau 4K sahaja tanpa nilai yang tepat. Dengan format pengiraan baru aku dah buat keputusan untuk mengambil hanya angka besar sahaja untuk FB like iaitu 1000 untuk 1K, 2000 untuk 2K, 3000 untuk 3K dan seterusnya.

Tarikh tutup contest untuk pemilihan top 10 peserta Gadget Impian ditukar kepada 11.59pm 11/12/2011.

Kepada peserta yang nak banner khas contest Gadget Impian boleh serbu @ Banner Denaihati

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti dan Serverfreak


Spread the love

170 Comments

  1. Sepatutnya denaihati kena bgtau awal2, dalam pertandingan tiada penganju yg suka2 tambah peraturan sendiri semasa ianya sedang berlangsung. Apa2pun semua kena akur.

    Tapi ada dua soalan:

    1. Kalau ada yang kantoi tipu, macam mana?
    2. Markah2 kat atas tu dalam peratus (%). Jadi macam mana nak tau dpt berapa peratus ye?

    Terima kasih 😀
    Curahan rasa Affan Ruslan @ ..Sikit Lagi, Sikit Lagi…My Profile

    1. ermm…rasanya DH ada mentionkan pasal tukar2 syarat ni kt entry tugasan tu yg penganjur berhak mengubah syarat jika perlu pada bila-bila masa untuk kebaikan perjalanan contest Gadget Impian. Syarat no 9..

      untuk persoalan no 2 tu, saya pun nak tahu jgk macam formula kiraannya…. 🙂
      Curahan rasa zie fauzi @ ..Gadget Impian | Anda Penentu Impian Ibu AlyaMy Profile

    2. dah ada dalam syarat bro penganjur boleh ubah peraturan bila2. semua orang tau ada elemen dalam contest ni yang boleh dimanipulate dengan mudah. yang bijak takkan manipulate benda tu, tapi beri tumpuan lebih pada elemen lain yang bakal diadili
      Curahan rasa ariff @ ..Hujung Tahun Dividen Pun Masuk..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!