Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun akhir bulan Mac pasti Sepang akan riuh dengan deruman kereta lumba Formula 1 sejak 1999. Litar lumba Sepang yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup aku. Aku pernah memandu kereta Proton Wira mengelilingi Sepang International Circuit (SIC) tapi bukan untuk berlumba saja test power. Bukan mudah memandu di litar walaupun nampak besar.
Di awal perlumbaan formula one banyak cemuhan yang diterima terutama daripada pihak pembangkang sehingga tidak banyak syarikat yang nak berkerjasama. Sekarang Formula One Sepang sudah menjadi satu nadi pembangunan industri motor di Malaysia. Alhamdulillah syarikat tempat aku berkerja telah mengambil kesempatan di permulaan formula one dengan mengambil kontrak menyediakan makanan untuk VIP, Media dan Marshal perlumbaan.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 1 28/3/2014
- Lewis Hamilton Mercedes 1:40.691 19
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.843 0.152 20
- Nico Rosberg Mercedes 1:41.028 0.337 19
- Jenson Button McLaren-Mercedes 1:41.111 0.420 20
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 1:41.274 0.583 18
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 1:41.402 0.711 15
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:41.523 0.832 9
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:41.642 0.951 19
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:41.686 0.995 23
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:41.830 1.139 2
KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 2 28/3/2014
- Nico Rosberg Mercedes 1:39.909 30
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:39.944 0.035 30
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:39.970 0.061 30
- Lewis Hamilton Mercedes 1:40.051 0.142 32
- Fernando Alonso Ferrari 1:40.103 0.194 29
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.112 0.203 34
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.276 0.367 29
- Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.628 0.719 28
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.638 0.729 35
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.691 0.782 34
[/box]
Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk perlumbaan bertaraf dunia dengan spesifikasi yang sangat tinggi. Selain daripada kualiti makanan yang paling penting adalah ketepatan jadual hidangan makanan yang tidak boleh lewat kerana akan menganggu jadual perlumbaan. Cabaran yang paling getir adalah kesesakan lalul lintas apabila litar lumba sepang dibanjiri kenderaan bukan sahaja peminat F1 dari Malaysia malah dari Singapore dan Thailand. Selain daripada itu pemeriksaan untuk masuk ke kawasan perlumbaan pun sangat ketat bukan boleh masuk sebarangan sahaja untuk mengelak perkara buruk berlaku kepada perlumba dan jentera formula one yang sangat mahal.
Menguruskan makanan dan logistik selama empat hari nampak mudah tetapi sangat mencabar. Semua pengurus, tukang masak, pembantu tukang masak, pekerja am dan pemandu bersengkang mata selagi perlumbaan belum tamat. Pernah berlaku bekalan makanan sampai lambat apalagi kami disergah oleh penganjur dan bayaran ditolak mengikut peratusan tertentu. Makan untuk perlumba dan pegawai pasukan disediakan oleh syarikat katering antarabangsa yang mendapat kontrak khas dan akan pergi kesemua litar lumba formula one sepanjang musim. Khabarnya mereka menyewa satu pesawat jumbo untuk membawa peralatan dan bahan masakan untuk perlumba dan pegawai pasukan.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 3 29/3/2014
- Nico Rosberg Mercedes 1:39.008 13
- Lewis Hamilton Mercedes 1:39.240 0.232 13
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.156 1.148 13
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:40.387 1.379 14
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.523 1.515 15
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.686 1.678 14
- Fernando Alonso Ferrari 1:40.736 1.728 14
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.781 1.773 20
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.891 1.883 20
- Sergio Perez Force India-Mercedes 1:41.029 2.021 15
KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Kelayakan 29/3/2014
- Lewis Hamilton Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431 22
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486 20
- Nico Rosberg Mercedes 1:57.183 1:59.445 2:00.050 23
- Fernando Alonso Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541 20
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:59.257 2:01.532 2:01.218 21
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712 23
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213 20
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.078 23
- Jenson Button McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053 22
[/box]
Ketika perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix sedang berlansung kami hanya mendengar deruman engine yang kuat tetapi tidak berkesempatan untuk menonton kerana sibuk menguruskan makanan. Sesekali sempat juga menjengok ke litar lumba untuk melihat perlumba mana yang bersaing panas dalam cuaca yang sangat panas tetapi yang nampak hanya kelibat kereta lumba yang dipandu sangat laju. Memang agak mustahil nak mengetahui perlumba mana yang mendahulu perlumba yang lain. Sesekali dapat juga melihat pelanggaran antara perlumba di skrin besar yang di pasang di beberapa lokasi di dalam litar.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014
- Lewis Hamilton Mercedes 56 1:40:25.974 1 25
- Nico Rosberg Mercedes 56 +17.3 secs 3 18
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 56 +24.5 secs 2 15
- Fernando Alonso Ferrari 56 +35.9 secs 4 12
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 56 +47.1 secs 7 10
- Jenson Button McLaren-Mercedes 56 +83.6 secs 10 8
- Felipe Massa Williams-Mercedes 56 +85.0 secs 13 6
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 56 +85.5 secs 18 4
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 55 +1 Lap 8 2
- Daniil Kvyat STR-Renault 55 +1 Lap 11 1
- Romain Grosjean Lotus-Renault 55 +1 Lap 15
- Kimi Räikkönen Ferrari 55 +1 Lap 6
- Kamui Kobayashi Caterham-Renault 55 +1 Lap 20
- Marcus Ericsson Caterham-Renault 54 +2 Laps 22
- Max Chilton Marussia-Ferrari 54 +2 Laps 21
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 49 Retired 5
- Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 Gearbox 12
- Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 Power unit 17
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 18 Turbo 9
- Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 Accident damage 19
- Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 Power unit 16
- Sergio Perez Force India-Mercedes 0 Gearbox 14
[/box]
Tiga tahun kami menabur keringat di Litar Lumba Sepang membantu menjayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix ketika syarikat lain tidak berani membantu. Teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki di Litar Lumba Sepang ketika itu pihak pengurusan sudah bersetuju mengambil syarikat kami untuk satu majlis. Ketika menghidangkan makanan untuk cuba rasa salah seorang pengurus SIC telah memaklumkan kepada aku big bos dia telah mengambil syarikat lain walaupun persetujuan telah diberi. Syarikat-syarikat lain yang dahulunya takut kini berlumba-lumba untuk masuk ke Litar Lumba Sepang dengan berbagai strategi walaupun dengan cara yang salah.
[box type=”shadow”]Dapatkan tiket Formula 1 Sepang 2014 secara online @ Tiket Formula One [/box]
Itulah kali terakhir aku menjejaki kaki di Litar Lumba Sepang. Tahun lepas sempat aku menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Singapore. Agaknya apa KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 yang berlansung pada 28 – 30/3/2014. Mungkinkah dua pasukan Malaysia Petronas-Mercedes dan Caterham-Renault mampu bersaing untuk menaiki podium SIC. Pernahkan rakan blogger menonton Formula 1 secara live di litar?
Gambar Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix
TERKINI FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 @ Twitter
98 Comments
pernah dulu terlibat dengan katering Petronas Cup..lumba motosikal…
memang kerja amat mencabar kerana menyediakan makanan untuk orang berduit..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Permohonan Myhome
perghh.. dah lamanya tak ke litar Sepang..
Curahan rasa Syuhada Baharudin @ ..Dari Blogspot Ke WordPress
Memang betul tu.. Kalau tgk depan2 memang x nampak kereta tu.. Laju wei…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Rahsia rezeki melimpah melalui solat dhuha
Bentulan…. ada 1 lagi pasukan Malaysia yang menyertai F1 iaitu Lotus Renault di mana Proton mendapat hak ke atas jenama Lotus
Curahan rasa Bro Framestone @ ..April Fool Awal Sehari
Yg ni terlupa lah terima kasih ingatkan. Bila team F1 nak guna servis blogger ni.
Formula 1 memang salah satu daripada sukan permotoran yang sangat mencabar…
Bagaimana pun saya amat gemar menyaksikan perlumbaan F1,lagi-lagi bila menonton secara live…
Penah juga berangan untuk menjadi racer..hehe
Sejak Alex Yoong berhenti dari arena F1 ni, saya dah stop layan F1. F1 ni saya rasa dah makin kurang serinya semenjak ketiadaan Alex Yoong. Hahaha
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Satu hari nanti saya nak pg tengok juga F1 ni.. Nak rasa adrenalin rush tu.. Hehe..
p/s: Bestnya dapat drive kat litar..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Mengenal Pasti Ovulasi; Cara Mudah Untuk Hamil
ambik lah peluang tengok LIVE kat Sepang merasa pengalaman yang berbeza memang best. lain kali kalau dah tak buat kat Malaysia memang tak de peluang nak pergi.
Curahan rasa denaihati @ ..MH370 semuga damai mu di sana
memang tak pernah pergi pun tengok formula 1 ini..
Curahan rasa ema @ ..Ketupat Sotong
petang tadi..dah setat jem dari kul 12 lagi..
Curahan rasa titan @ ..Jika serius nak buat duit dengan blog..
memang patutlah susah nak uruskan formula 1 ni….grand kot….bertaraf dunia…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Perkara Perlu Buat Lepas Tukar Tema Blog
pernah skali tgk live kat sic..tp cam tgk kt TV lg best, dpt baring2..hehehe
Curahan rasa JMR @ ..Hari minggu, masa untuk Dayyan Harith
pergi litar nak tengok race memang kurang best tapi yang best dapat rasa suasana karnival yg meriah tu. dapat juga tengo gelagat macam2 orang. kalau kaki foto memang ada macam2 boleh snap.
Curahan rasa denaihati @ ..Tips jumpa bakal madu
Petanda baik buat team Petronas Mercedes… Moga-moga kali ni boleh jadi juara keseluruhan…
Curahan rasa Ismail N @ ..Please LIKE Him
belajar automotif, kerja dalam bidang yang sama. tapi utk F1, bila difikir-fikir balik serius saya tak minat langsung sukan permotoran ni. Tak tahu kenapa. Cuma bila depan tv saya boleh layan, nak pergi duduk kat litar sana tu mintak maaf banyak-banyak la. Tak dapat pape. sebab sekali kereta tu lalu depan mata tak sampai sesaat pun. Serius tak puas. lagi pulak tak sanggup nk pekakkan telinga.
Dan pasal cantas mencantas, memang tak patut la. Dah janji, tapi boleh pulak terminate camtu je.. pengajaran bermakna ni.
Curahan rasa babycomel @ ..Kesedaran Bermula Hidupkan Untuk Memberi
salam
huhuhu tengok dalam TV jekk
tak pernah ke F1 sepang
Curahan rasa az Man @ ..Kartini
Peminat pergi litar bukan sekadar nak tengok race je tetapi merasai suasana karnival yang memang lain daripada yang lain. Pengalaman pergi ramai-ramai menonton F1 tu memang best.
Curahan rasa denaihati @ ..Kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk Blogger
ada dengar blogger tapi tiket percuma tak dah lama punya cerita 🙂
Curahan rasa suri @ ..Cara Mengelakkan Kucing Membuang Hajat ìê¸ìê¸
aku memang pergi tiap tahun, ingat kali ni taknak pergi tapi ada orang dah ajak..duduk kat grandstand, kalau tak pakai headphone tutup telinga, bole pekak tu haha
Comments are closed.