Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun akhir bulan Mac pasti Sepang akan riuh dengan deruman kereta lumba Formula 1 sejak 1999. Litar lumba Sepang yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup aku. Aku pernah memandu kereta Proton Wira mengelilingi Sepang International Circuit (SIC) tapi bukan untuk berlumba saja test power. Bukan mudah memandu di litar walaupun nampak besar.
Di awal perlumbaan formula one banyak cemuhan yang diterima terutama daripada pihak pembangkang sehingga tidak banyak syarikat yang nak berkerjasama. Sekarang Formula One Sepang sudah menjadi satu nadi pembangunan industri motor di Malaysia. Alhamdulillah syarikat tempat aku berkerja telah mengambil kesempatan di permulaan formula one dengan mengambil kontrak menyediakan makanan untuk VIP, Media dan Marshal perlumbaan.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 1 28/3/2014
- Lewis Hamilton Mercedes 1:40.691 19
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.843 0.152 20
- Nico Rosberg Mercedes 1:41.028 0.337 19
- Jenson Button McLaren-Mercedes 1:41.111 0.420 20
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 1:41.274 0.583 18
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 1:41.402 0.711 15
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:41.523 0.832 9
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:41.642 0.951 19
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:41.686 0.995 23
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:41.830 1.139 2
KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 2 28/3/2014
- Nico Rosberg Mercedes 1:39.909 30
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:39.944 0.035 30
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:39.970 0.061 30
- Lewis Hamilton Mercedes 1:40.051 0.142 32
- Fernando Alonso Ferrari 1:40.103 0.194 29
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.112 0.203 34
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.276 0.367 29
- Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.628 0.719 28
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.638 0.729 35
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.691 0.782 34
[/box]
Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk perlumbaan bertaraf dunia dengan spesifikasi yang sangat tinggi. Selain daripada kualiti makanan yang paling penting adalah ketepatan jadual hidangan makanan yang tidak boleh lewat kerana akan menganggu jadual perlumbaan. Cabaran yang paling getir adalah kesesakan lalul lintas apabila litar lumba sepang dibanjiri kenderaan bukan sahaja peminat F1 dari Malaysia malah dari Singapore dan Thailand. Selain daripada itu pemeriksaan untuk masuk ke kawasan perlumbaan pun sangat ketat bukan boleh masuk sebarangan sahaja untuk mengelak perkara buruk berlaku kepada perlumba dan jentera formula one yang sangat mahal.
Menguruskan makanan dan logistik selama empat hari nampak mudah tetapi sangat mencabar. Semua pengurus, tukang masak, pembantu tukang masak, pekerja am dan pemandu bersengkang mata selagi perlumbaan belum tamat. Pernah berlaku bekalan makanan sampai lambat apalagi kami disergah oleh penganjur dan bayaran ditolak mengikut peratusan tertentu. Makan untuk perlumba dan pegawai pasukan disediakan oleh syarikat katering antarabangsa yang mendapat kontrak khas dan akan pergi kesemua litar lumba formula one sepanjang musim. Khabarnya mereka menyewa satu pesawat jumbo untuk membawa peralatan dan bahan masakan untuk perlumba dan pegawai pasukan.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 3 29/3/2014
- Nico Rosberg Mercedes 1:39.008 13
- Lewis Hamilton Mercedes 1:39.240 0.232 13
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.156 1.148 13
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:40.387 1.379 14
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.523 1.515 15
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.686 1.678 14
- Fernando Alonso Ferrari 1:40.736 1.728 14
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.781 1.773 20
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.891 1.883 20
- Sergio Perez Force India-Mercedes 1:41.029 2.021 15
KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Kelayakan 29/3/2014
- Lewis Hamilton Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431 22
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486 20
- Nico Rosberg Mercedes 1:57.183 1:59.445 2:00.050 23
- Fernando Alonso Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541 20
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:59.257 2:01.532 2:01.218 21
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712 23
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213 20
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.078 23
- Jenson Button McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053 22
[/box]
Ketika perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix sedang berlansung kami hanya mendengar deruman engine yang kuat tetapi tidak berkesempatan untuk menonton kerana sibuk menguruskan makanan. Sesekali sempat juga menjengok ke litar lumba untuk melihat perlumba mana yang bersaing panas dalam cuaca yang sangat panas tetapi yang nampak hanya kelibat kereta lumba yang dipandu sangat laju. Memang agak mustahil nak mengetahui perlumba mana yang mendahulu perlumba yang lain. Sesekali dapat juga melihat pelanggaran antara perlumba di skrin besar yang di pasang di beberapa lokasi di dalam litar.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014
- Lewis Hamilton Mercedes 56 1:40:25.974 1 25
- Nico Rosberg Mercedes 56 +17.3 secs 3 18
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 56 +24.5 secs 2 15
- Fernando Alonso Ferrari 56 +35.9 secs 4 12
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 56 +47.1 secs 7 10
- Jenson Button McLaren-Mercedes 56 +83.6 secs 10 8
- Felipe Massa Williams-Mercedes 56 +85.0 secs 13 6
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 56 +85.5 secs 18 4
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 55 +1 Lap 8 2
- Daniil Kvyat STR-Renault 55 +1 Lap 11 1
- Romain Grosjean Lotus-Renault 55 +1 Lap 15
- Kimi Räikkönen Ferrari 55 +1 Lap 6
- Kamui Kobayashi Caterham-Renault 55 +1 Lap 20
- Marcus Ericsson Caterham-Renault 54 +2 Laps 22
- Max Chilton Marussia-Ferrari 54 +2 Laps 21
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 49 Retired 5
- Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 Gearbox 12
- Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 Power unit 17
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 18 Turbo 9
- Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 Accident damage 19
- Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 Power unit 16
- Sergio Perez Force India-Mercedes 0 Gearbox 14
[/box]
Tiga tahun kami menabur keringat di Litar Lumba Sepang membantu menjayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix ketika syarikat lain tidak berani membantu. Teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki di Litar Lumba Sepang ketika itu pihak pengurusan sudah bersetuju mengambil syarikat kami untuk satu majlis. Ketika menghidangkan makanan untuk cuba rasa salah seorang pengurus SIC telah memaklumkan kepada aku big bos dia telah mengambil syarikat lain walaupun persetujuan telah diberi. Syarikat-syarikat lain yang dahulunya takut kini berlumba-lumba untuk masuk ke Litar Lumba Sepang dengan berbagai strategi walaupun dengan cara yang salah.
[box type=”shadow”]Dapatkan tiket Formula 1 Sepang 2014 secara online @ Tiket Formula One [/box]
Itulah kali terakhir aku menjejaki kaki di Litar Lumba Sepang. Tahun lepas sempat aku menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Singapore. Agaknya apa KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 yang berlansung pada 28 – 30/3/2014. Mungkinkah dua pasukan Malaysia Petronas-Mercedes dan Caterham-Renault mampu bersaing untuk menaiki podium SIC. Pernahkan rakan blogger menonton Formula 1 secara live di litar?
Gambar Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix
TERKINI FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 @ Twitter
98 Comments
tak pernah masuk lagi litar sepang ni..
tengok tv je adalah..
Curahan rasa zool @ ..Pemilik Toyota Vios buang Yasin
Saya pun belum berkesempatan jejakkan kaki di litar sepang ni
Curahan rasa wazy @ ..GPS Tracker Malaysia Review
harap2 team petronas merc bleh naik podium ptg nie 🙂
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
tak pernah jejak kaki di Litar Sepang lagi..
tak pernah merasa ke sana
Curahan rasa Zuan @ ..Standing In The Eyes of The World
dah beberapa kali orang nak sedekah tikel F1 tapi sebab memang tak minat, tak pernah terima. huhuhu
Curahan rasa Lizz @ ..Daging Dendeng Homemade
untunglah tapi sayang tak ambik, dengar bunyi engine live F1 memang mengujakanlah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kenangan Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014
Saya baca entri ni dari awal hingga akhir tanpa tertinggal pun. Pengalaman yg sangat2 mahal…
Tertarik sy dgn syarikat yg mencantas rezqi syarikat Tn. Hj. Amir tu. Lumrah dah… cantas mencantas rezqi 1 pkr biasa tak kira di pihak mn sekalipun. Anggap shj tiada rezqi. Skrg kehidupan sebagai blogger lebih baikkan?
Kerajaan & pembangkang saling memerlukn utk memajukn negara. Ada sebab knp pembangkang membangkang sesuatu perkara. Ada pro n kontra di ke dua2 pihak. Yg pasti sy mmg belum pernah ke litar F1. Tahniah krn pernah menjejak kaki ke sn.
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..ENTRI HILANG
Belum rezeki lagi nak tonton f1 ni. huhuhu
Curahan rasa profhariz @ ..Diet Atkins : Peringkat 1 Induction
minat gak tgk F1 nih tapi tiket mahal sangat….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Tips dan Panduan Temuduga – Interview TMR&D
tak pernah ke sana lagi kalau dapat mahu gembira tidak terkata yang penting dapat dengar deruman enjinnya
Curahan rasa suri @ ..Andai Itu Takdirnya
Menarik pengalaman tuan DH sebagai penyedia makanan untuk perhelatan F1 di Sepang. Sayangnya saya tak suka F1, kalau Motogp suka.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pengumuman Penerimaan Taruna Akmil TNI 2014
apa yeop baca dalam entri kali ini, setiap pengalaman mesti ada pahit dan manis.
yeop ada terbaca dalam satu buku, “sesiapa yang menutup rezeki orang lain, Allah akan menutup rezeki mereka”
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Tukar Tayar Bila Dah Botak!
Seronok membaca pengalaman tuan Denaihati menyediakan makanan untuk event dunia yang berlangsung di litar formula 1 Sepang… Tak patut betul company yang main kotor semata-mata nak mendapatkan keuntungan…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 38)
Dalam bisnis memang biasa macam tu cuma terkilan masa mula-mula ketika bersusah-susah tak nak pulak dia nak join tapi bila sambutan dah hebat baru berebut-rebut nak ambik peluang dengan apa cara sekali pun. Apa pun pengalaman penguruskan makanan untuk formula 1 Sepang memang banyak.
Curahan rasa denaihati @ ..Kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk Blogger
Comments are closed.