FOREX bakal digempur

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya aku kenapa tak terlibat dengan jual beli matawang atau FOREX. Aku tahu FOREX ini adalah salah satu cabang pelaburan yang boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda. Trader yang pandai bermain FOREX boleh membuat keuntungan diluar budaya keuntungan pelaburan yang biasa orang biasa fikirkan. Kita biasa dengan keuntungan 10% setahun jika lebih maka dikatakan skim cepat kaya seperti kisah lebai 200juta Ustaz Harun yang bawa duit melalui syarikat Dina Group Sdn Bhd. FOREX juga seperti Bursa Saham jika pandai bermain pasti boleh membawa keuntungan beratus kali ganda.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Aku memang tahu FOREX boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda tetapi tidak pernah ada minat nak buat atas banyak sebab. Aku memang tidak mahir bermain dengan jual beli FOREX yang sangat sensitif turun naiknya yang telah mengakibat ramai teman-teman kehilangan ratusan ribu ringgit. Mengikut hukum syarak perniagaan FOREX adalah HARUS tapi yang jadi masalah pemain dan broker FOREX lebih suka menaja investor baru yang kurang faham dengan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa menerangkan risiko tinggi yang menunggu mereka. Terdapat juga broker FOREX yang mencipta platform internet sendiri daripada menggunakan platform online yang diiktiraf di peringkat antrabangsa dan akhirnya tidak dapat diuruskan dan menanggung kerugian atau dengan segaja melarikan wang pelabur.

Pak cik kayo pak cik kayo

Tak apa lah kalau ada yang kata bodoh aku kerana tak ikut serta dalam jual beli FOREX kerana aku lebih suka dengan pelaburan ekuiti, harta tanah, venture capital dan pelaburan pertanian serta sedikit pelaburan gold yang risikonya lebih terurus. Semua pelaburan pasti ada risikonya samada kecil atau besar tak menentu. Rasanya selepas ini pasti akan ada masalah dengan urus niaga FOREX yang sememangnya dilarang di Malaysia.

Petikan dari Harian Metro : “Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet. Penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex. Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa. “Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan. “Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” . Melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak. Namun  ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik. “Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,”


Spread the love

76 Comments

  1. forex dan seangkatan denganya ni dah banyak dibincangkan di web zaharudin.net. Studi dulu sebelum join. barulah berkat hidup..:)

  2. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman suatu ketika dulu,

    Suatu masa dulu, saya pernah apply kerja dengan sebuah syarikat forex di ibunegara sebagai Admin Executive. Ingatkan buat kerja-kerja pentadbiran dalam ofis. 2 hari lepas interview, syarikat tu tlefon saya dan bagitau yang temuduga saya berjaya dan saya diterima bekerja. First time lapor diri, cuma sesi suai kenal dan penerangan tentang syarikat. Dia cerita tentang forex dan waktu itu saya memang blur pasal forex ni. Saya kena training 2 minggu kat kompeni tu. Diorang ajar segala selok belok pasal dunia forex. Apa itu pip, waktu bila sesuai buat urusniaga forex, risiko, halal dan haram forex ni dan macam-macam lagi. Habis tempoh 2 minggu, ada sesi ujian bertulis plak untuk uji tahap pemahaman tentang apa yang telah diajar. Alhamdulillah, lulus. Rasa seronok sebab lulus dan beranggapan saya boleh bekerja di syarikat tu. Masuk hari Isnin, Bos besar panggil dan buat taklimat ringkas. Ingatkan nak bagi tugas, tapi rupa-rupanya dia citer kena buat marketing dan cari orang yang boleh keluarkan modal untuk invest dalam forex ni. Kecewa sungguh waktu tu. Janji nak bagi gaji RM2500 tu sebenarnya boleh dapat bila dah ada investor yang park modal dalam forex. Tiap2 bulan boleh dapat RM2.5k dan ++. Pagi tu breefing, petang lepas lunch terus aku cabut. Kontrak pun aku tak sains sebab rasa ditipu hidup-hidup.

    *Pesanan dari penaja: jangan cepat percaya dengan iklan Admin Executive dengan tawaran gaji RM2.5k dalam surat khabar. Kaji dan siasat dulu.
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Darul Shifa- cara perubatan secara IslamMy Profile

    1. ermmm…terbaik bro perkongsian ni…terima kasih

      hampir sama dgn apa yg pernah aku interview dulu…tulis admin exe…tp bila dlm sesi penerangan…terus timbul bab2 forex dan marketing…mintak aku datang esok utk lapor diri…akhirnya, aku bye2 jerlah…
      Curahan rasa hafizmd @ ..Botak…tak perlu kata apa-apa…My Profile

  3. salam…

    ya..rasanya pelaburan2 yang melibatkan hartanah, gold, unit amanah nih lebih terurus risikonya…

    bagi aku forex nih untuk orang yang bermodal besar jer…lagi satu orang main forex nih kna alert sepanjang masa…klu setakat nak main forex secara part time…susah ler skit….

    itu pendapat dari aku….
    Curahan rasa zainal @ ..Produk Kesihatan Yang Membahayakan KesihatanMy Profile

    1. Setuju tu FOREX lebih bagus utk modal besar n mesti ada ilmu trade sendiri atau cari trader yg super bagus n ada pengalaman jgn yg baru2 pasti lesap lah jawapnya.

  4. morning…isu yg menarik utk dibincangkan. sebelum ni sy pernah bkawan dgn seseorang yg sgt aktif dengan forex, mempunyai kerja yg bgus dlm kerajaan tp berhenti sbb terlalu gila dgn forex. awalnya memang untung beratus ribu tapi tersilap langkah semua pelaburan rugi.dan dia suka mencari pelabur baru yang tak tahu apa2 pasal forex. sejak rugi besar dia pun menyepikan diri dan sekarang memang xpernah jumpa lagi.tak tahu apa perkembangan forex dia skrg.
    Curahan rasa munna @ ..Hari Susu SeduniaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!