Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 35 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Piala Dunia 2014 pasukan pilihan abang adalah German berjaya masuk final dan menang menewaskan Argentina 1 – 0. Untuk World Cup 2018 di Russia Abang masih memilih German sebagai pasukan utama dan kedua pasukan France. Kenapa Abang memilih dua pasukan ini, sudah tentu kerana ada pemain Arsenal yang merupakan kelab bola sepak feberet sepanjang zaman. Nampaknya badi sebagai Juara Piala Dunia yang tersingkir awal berjangkit kepada German apabila tidak layak kepusingan kalah mati. Juara sebelum ini Sepanyol 2010, Itali 2006 dan Brazil 2002 juga mengalami nasib yang sama terkeluar dipusingan kumpulan pada piala dunia selepas menjadi juara.
Croatia kali pertama layak final Piala Dunia
World Cup 2018 kali pertama Croatia layak ke final. Sebuah negara kecil yang hanya ada 4 juta penduduk tetapi mempunyai jiwa besar dalam dunia bola sepak. Ramai pemain-pemain Croatia bermain di pasukan besar seperti Real Madrid, Barcelona, Jeventus dan Tottenham. Walaupun bukan pasukan feberet tetapi dari sepak mula Abang sudah merasakan aura kuat pasukan Croatia yang bermain secara berpasukan. Pemain tengah Modric mengemudi pasukan Croatia dengan baik sehingga ada pengulas sukan yang menyamakan beliau dengan konduktor orkestra yang mengawal setiap perlawanan sehingga pihak lawan terpaksa mengikut rentak.
Croatia layak ke final world cup 2018 dengan jalan yang sukar iaitu menewaskan England 2 – 1 di peringkat separuh akhir pada masa tambahan oleh jaringan Mario Mandzukic. Pada peringkat suku akhir Croatia menewaskan tuan rumah Russia dengan sepakan penalti 4 – 3 setelah seri 2 – 2 pada masa tambahan.
Senarai pemain Croatia untuk perlawan final menentang France
Penjaga Gol : Danijel Subasic
Pertahanan : Sime Vrsaljko, Dejan Levron, Domagoj Vida, Ivan Strinic
Tengah : Ivan Perisic, Ivan Rakitic, Ante Rebic, Marcelo Brozovic, Luka Modric
Penyerang : Mario Mandzukic
Perancis Mengejar Kejuaran kedua Piala Dunia
Perancis mengejar kejuaran Piala Dunia kali kedua selepas berjaya menjulang kali pertama pada tahun 1998 dan tewas final kepada Italy pada tahun 2006. Kali ini pasukan perancis adalah feberet kerana dibarisi pemain super star dunia antaranya Pogba, Mbappe, Kante, Giroud, Umiti, Matuidi, Griezmann, Varane dan Lloris. Mbappe dijangja bakal menjadi pemain termahal dunia pasa usi awal 20 an. Harapan memang besar untuk menjulang piala dunia 2018 yang paling penting mereka perlu mengikat kaki Modric dan Rakitic supaya tidak mengawal permainan. Harapan penyokong perancis pasti setiap pemain berada pada tahap terbaik dan jangan sesekali over confident.
France layak ke final world cup 2018 setelah menewaskan pasukan under dog yang hebat Belgium 1 – 0 di peringkat separuh akhir. Pada peringkat suku akhir France menewaskan pasukan Uruguay 2 – 0 dan para peringkat kalah mati France menewaskan Argentina 4 – 3.
Senarai pemain France untuk perlawan final menentang Croatia
Penjaga Gol : Hugo Lloris
Pertahanan : Raphael Varane, Lucas Hernandez, Benjamin Pavard, Samuel Umtiti
Tengah : Blaise Matuidi, Paul Pogba, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, N’Golo Kante
Penyerang : Giroud
Senarai Juara Piala Dunia
- 1930 : Uruguay (Uruguay 4 – 2 Argentina)
- 1934 : Itali (Itali 2 – 1 Czechoslovakia)
- 1938 : Itali (Itali 4 – 2 Hungary)
- 1950 : Uruguay (Uruguay 4 – 2 Brazil)
- 1954 : German (German 3 – 2 Hungary)
- 1958 : Brazil (brazil 5 – 2 Sweden)
- 1962 : Brazil (Brazil 3 – 1 Czechoslovakia)
- 1966 : England (England 4 – 2 German)
- 1970 : Brazil (Brazil 4 – 1 Itali)
- 1974 : German (German 2 – 1 Belanda)
- 1978 : Argentina (Argentina 3 – 1 Belanda)
- 1982 : Itali (Itali 3 – 1 German)
- 1986 : Argentina (Argentina 3 – 2 German)
- 1990 : German (German 1 – 0 Argentina)
- 1994 : Brazil (Brazil 3 – 2 Itali)
- 1998 : Perancis (Perancis 3 – 0 Brazil)
- 2002 : Brazil (Brazil 2 – 0 German)
- 2006 : Itali (Itali 1 – 1 (5 – 3) Perancis)
- 2010 : Sepanyol (Sepanyol 1 – 0 Belanda)
- 2014 : German (German 1 – 0 Argentina)
- 2018 : Perancis (Perancis 4 – 2 Croatia)
Keputusan Final Piala Dunia 2018
Tahniah kepada Perancis yang telah berjaya menjulang piala dunia untuk kali kedua setelah menewaskan Croatia 4 – 2. Gol kemenangan perancis hasil jaringan Mario Mandzukic (gol sendiri), Antoine Griezmann (penalti), Paul Pogba dan Kylian Mbappe. Manakal gol Croatia dijaringkan oleh Ivan Percic dan Mario Mandzukic.
Tahniah Perancis jadi juara juga Croatia yang ada dalam hati ramai peminat bola sepak dunia.
37 Comments
Happy nya jadi rakyat france. Entah bila la kita boleh masuk worl cup. Paling hampir masa kita lawan singapore tu
Baru perasan. Tarikh artikel ini diterbitkan adalah pd tarikh birtday sayaa. Hehe
Apa yang dapat saya simpulkan dalam piala Dunia 2018…. Inilah bola… Disebabkan bola tu bulat ada bermacam-macam kebarangkalian boleh berlaku..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Apa yg pasti bola ini boleh menyatukan semua. Tgk bola ramai ramai sambil bersorak
Selepas Argentina kecundang sokong pula Croatia… Nampak Croatia macam boleh pergi jauh… Rupanya masih jauh kemampuan mereka jika nak dibandingkan dengan kesebelasan utama France… Pemain-pemain muda yang cukup bertenaga..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Mula mula sy sanka croatia yg akan menang piala. Tapi ia berpihak kpd negara jirannya pulak
Semua pasukan pilihan saya dalam WorlCup 2018 kali ini kecundang. Mula-mula sokong Argentina… Tapi larian Messi serba tak menjadi… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Hehe. Tahun ni mrupakan tahun yg malang buat team hebat spt argentina. Awal awal lagi dh kalah
Tahniah France di atas kejayaan memenangi piala Dunia 2018… Memang terbukti barisan kesebelasan utama France pada kali ini bukan biasa-biasa..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Luar biasa mereka kali ni. Tapi ramai betul yg jangka Croatia akan menang sbb mereka memulakan saingan dengan baik
Akhirnya Croatia dapat juga ke final. Teringat jersi pertama yang dibeli sewaktu zaman persekolahan dulu adalah Croatia. Apa pun World Cup 2018 dah berlalu dan tahniah kepada France.
mesti jadi kenangan jersi tu. apa pun, pasukan-pasukan bolasepak seluruh dunia sudah merancang untuk piala 4, 8, 12, 16 tahun lagi
Wah. Minat croatia rupanya. Team ini jarang diperkatakan. Ramai yg sokong argentina dan spain
Luka Modric tetap terbaik! Walaupun kalah di final tetap menang di hari peminat😊
Curahan rasa Yoy @ ..Remaja 17 Tahun Bakal Menjadi Gadis Pertama di Marikh!
Piala dunia sudah meninggalkan kita…
yang ada cuma kenangan yang bakal dikenang pada masa yang akan datang..
moga kita panjang umur dan bertemu lagi dalam piala dunia tahun 2022
Mereka sudah umum ke siapa tuan rumah utk edisi akan dtg? Katanya ada yg rasuah. Betul ke
Piala Dunia 2018 menyaksikan pasukan yang dibintangi oleh jagoan bola sepak tumpas di saat awal permainan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat
Banyao kan team gergasi kalah awal. Yg bertaruh tu mesti frust gila.
dalam masa terdekat ini France jadi trending ..
mana taknya pasukan France telah menjuarai Piala Dunia…
bukan selalu..
empat tahun sekali la jawapnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cari Pasangan Hidup Untuk Pergi Honeymoon
Tahniah tim FRance, tahniah penyokong France.. seronok tengok kawan-kawan update berbackgroundkan Eiffel Tower..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Berkawan Dengan Binatang di Farm In The City.
Comments are closed.