Festival Ramadan Klang 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah harini masuk hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan, pasti ramai yang terubat rindu untuk berada dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. Marilah kita mengambil peluang untuk mengimarahkan bulan ini dengan amal ibadat dan aktiviti kerohanian yang akan memberikan faedah kepada seluruh umat dan alam.

Festival Ramadan Klang 2015

Pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 bertempat di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang, satu festival akan diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini. Lebih 100 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan barangan persediaan hari raya dan tidak ketinggalan jualan juadah berbuka puasa akan berada di festival kali ini.

Festival Ramadan Klang 2015

Pusat Pemborong GM Klang cuba membawa kelainan dengan ‘Laluan Nostalgia‘ yang berkonsepkan latar belakang perkampungan melayu dengan cahaya pelita dan lampu-lampu kerlip. ‘Laluan Nostalgia’ ini adalah satu lorong laluan yang dibina khas di tengah-tengah antara dua deretan gerai-gerai yang dihiasi dengan suasana kampung dan juga terdapat pertunjukkan permainan tradisional.

Para pengunjung yang melalui laluan tersebut pasti dapat mengembalikan nostaliga saat-saat indah sambutan Ramadhan dan Syawal suatu masa dahulu kerana dua bulan istimewa ini memang sinonim dengan kampung halaman.

Festival Ramadan Klang ini bakal menjadi aktiviti tahunan untuk Pusat Pemborong Klang. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri festival ini, info lanjut mengenai Festival Ramadan Klang di Facebook Fanpage GM Klang

Bak kata Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, “Tujuan festival ini diadakan adalah sebagai satu langkah untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan. Nama pusat pemborong GM Klang sendiri sinonim dengan pembelian barangan borong dengan tawaran harga rendah. Sehubungan dengan itu, penganjuran festival seperti ini akan memberi ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan menarik sambil mereka membeli belah”.

Mari sama-sama kita meriahkan Festival Ramadan Klang ini pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 ini. Pasti ada banyak barangan menarik yang anda boleh pilih dan dijadikan perhiasan menjelang Syawal nanti.


Spread the love

51 Comments

  1. Strategi pemasaran terbaik dari GM Klang dengan menampilkan maskot Upin & Ipin.. ChiChi & ChaCha pun ada.. pasti kanak-kanak sukakannya… Bila berjaya tawan hati anak boleh tawan hati ibu bapa sekali.. 😉
    Curahan rasa anuar @ ..BR1M Vs KOM1SENMy Profile

  2. Asslamualaikum semua jangan salah faham ini bukan spam cuma saya nak promo jadi member/blogger di Blog Gagahboro.Sesiapa yang berminat untuk mendaftar dan menulis di blog itu anda boleh klik disini .Anda sudah mudah tidak perlu daftar blog di blogspot.Tolong semua saya harap anda tidak lepaskan peluang ini tau #daftarjadiblogger #belumcubabelumtahu #dahcubataknakkeluar
    Curahan rasa faris aiman @ ..Lectures Ustaz Lukmanul Hakim about looking for night Lailatul QadarMy Profile

    1. Satu tawaran yang menarik ni.. buat masa sekarang ni saya nak rehatkan dulu aktiviti penulisan blog untuk memberi peluang kepada saya mendekatinNYA… maklumlah bulan Ramadhan cuma setahun sekali… kena gunakan masa yang ada untul khatam Al-Quran… In Shaa Allah, kalau ada masa nanti saya join..
      Curahan rasa anuar @ ..BR1M Vs KOM1SENMy Profile

    1. Yah.. masa untuk shopping raya dah tiba… tapi duit gaji belum masuk lagi… duit gaji bulan lepas dah habis bawa keluarga bercuti sempena musim cuti sekolah… huhuhu…
      Curahan rasa anuar @ ..BR1M Vs KOM1SENMy Profile

  3. Lama juga Festival Ramadhan Klang ni yer… Lebih 2 minggu diadakan… In Shaa Allah, kalau ada kelapangan masa, boleh saya bawa keluarga pergi ke sana..
    Curahan rasa Anuar @ ..BR1M Vs KOM1SENMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!