Festival Ramadan Klang 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah harini masuk hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan, pasti ramai yang terubat rindu untuk berada dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. Marilah kita mengambil peluang untuk mengimarahkan bulan ini dengan amal ibadat dan aktiviti kerohanian yang akan memberikan faedah kepada seluruh umat dan alam.

Festival Ramadan Klang 2015

Pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 bertempat di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang, satu festival akan diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini. Lebih 100 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan barangan persediaan hari raya dan tidak ketinggalan jualan juadah berbuka puasa akan berada di festival kali ini.

Festival Ramadan Klang 2015

Pusat Pemborong GM Klang cuba membawa kelainan dengan ‘Laluan Nostalgia‘ yang berkonsepkan latar belakang perkampungan melayu dengan cahaya pelita dan lampu-lampu kerlip. ‘Laluan Nostalgia’ ini adalah satu lorong laluan yang dibina khas di tengah-tengah antara dua deretan gerai-gerai yang dihiasi dengan suasana kampung dan juga terdapat pertunjukkan permainan tradisional.

Para pengunjung yang melalui laluan tersebut pasti dapat mengembalikan nostaliga saat-saat indah sambutan Ramadhan dan Syawal suatu masa dahulu kerana dua bulan istimewa ini memang sinonim dengan kampung halaman.

Festival Ramadan Klang ini bakal menjadi aktiviti tahunan untuk Pusat Pemborong Klang. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri festival ini, info lanjut mengenai Festival Ramadan Klang di Facebook Fanpage GM Klang

Bak kata Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, “Tujuan festival ini diadakan adalah sebagai satu langkah untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan. Nama pusat pemborong GM Klang sendiri sinonim dengan pembelian barangan borong dengan tawaran harga rendah. Sehubungan dengan itu, penganjuran festival seperti ini akan memberi ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan menarik sambil mereka membeli belah”.

Mari sama-sama kita meriahkan Festival Ramadan Klang ini pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 ini. Pasti ada banyak barangan menarik yang anda boleh pilih dan dijadikan perhiasan menjelang Syawal nanti.

51 Comments

  1. As-Salam Semua

    Satu tawaran festival yang menarik dan bersesuaian bagi mereka yang ingin berjimat kerana GM Klang menawarkan harga borong.

    Pada dasarnya, bila sebut harga borong, ia bermaksud anda perlu membeli dalam quantity yang agak besar.

    Seperkara lagi, sekiranya senarai barang-barang dan potongan harga yang akan diberikan dinyatakan, ia akan dapat banyak membantu pelanggan membuat perancangan kewangan dengan lebih teratur.
    Curahan rasa Asia Biz @ ..Cheap Flights To Perth, Gold Coast, Sydney And Melbourne Australia June 2015My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!