Faraid Dalam Islam, WAJIB Ambil Tahu

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering kita dengar, wujudnya pertelingkahan sesama adik-beradik dan kaum kerabat lain apabila berlakunya kematian. Ini ada kaitannya dengan perebutan harta peninggalan si mati. Sebab itu dalam Islam wujudnya Faraid.

Faraid dalam Islam. Apa itu Faraid? Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain)

Baca : Resipi hubungan lebih bahagia berpanjangan, ‘Forget and Forgive’

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
  2. Barang kemas (emas, perak dll);
  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
  4. Tanah, kebun, ladang dll;
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan sistem Faraid ni, risau akan berlaku masalah seperti memakan harta anak yatim, memakan harta saudara-mara, memakan harta Baitumal.

Tidak semua layak menerima harta pusaka si mati. Allah telah menetapkan bahawa hanya 25 golongan sahaja yang berhak meneriam harta pusaka si mati (jika ada diantaranya yang masih hidup).

Perlu jelas juga, adik-beradik si mati hanya layak menerima bahagian Faraid jika si mati tidak mempunyai anak lelaki.

Kadar Asas Pembahagian Faraid

Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.

Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.

Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Baca : Isteri membebel tanda sayang, kalau diam kena hati hati…

Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.

Jangan lengah-lengahkan waktu untuk buat wasiat. Kita tidak tahu bila ajal kita jadi sebaiknya siapkan wasiat awal-awal supaya tak berlaku pertelingkahan antara keluarga sehingga menyiksa isteri/suami dan anak-anak kelak kerana ada ahli keluarga lain yang berebutkan harta kita.

Wallahua’lam. Selamat beramal dan share 🙂


Spread the love

2 Comments

  1. Orang islam wajib ambik tahu mngenai Faraid ni supaya tak jadi permusuhan antara satu sama lain dalam ahli keluarga .

    Kadang2 demi harta sanggup bermusuhan selama bertahun2 , x brcakap , x brtegur sapa dgn ahli keluarga .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!