Resipi hubungan lebih bahagia berpanjangan, ‘Forget and Forgive’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apabila terlibat dalam satu hubungan, tentu kita mahukan ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin serta ke hari tua. Malah hubungan tersebut tentulah perlu membahagiakan diri juga. Kalau tak bahagia, siapa yang mahu lama-lama bukan?

Akan tetapi agak sukar sebenarnya nak satu hubungan itu berkekalan malah nak sentiasa bahagia. Sudah tentu akan ada pertengkaran, salah faham serta bermasam muka. Itu lumrah dalam hubungan, akan tetapi kalau terlalu ikutkan emosi, serta ego nanti anda sendiri yang mendapat kesannya.

Ada perkara yang paling penting dalam hubungan sebenarnya, nak-nak lagi jika anda ingin bahagia dan hubungan itu lebih utuh iaitu dengan mengamalkan forget dan forgive. Kebanyakan pasangan lupa untuk terapkan perkara ini dalam hubungan, malah lebih sukar untuk memaafkan serta mengungkit masalah dalam hubungan.

Pelbagai perkara yang kita tentu tahu mampu kuatkan hubungan, antaranya adalah kejujuran, kesetiaan, kasih sayang, bertolak ansur, rasa tanggungjawab dan macam-macam lagi. Akan tetapi, bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan pasangan itu akan membuatkan hubungan lebih berjalan lancar, serta membahagiakan kedua-duanya.

Apabila pasangan membuat silap dalam hubungan yang melukakan hati, namun mendapat kemaafan dari kita ini akan membuatkan lebih kuat berjuang antara satu sama lain.

Ini kerana, kemaafan dari seorang yang kita kasihi itu akan menggalakkan kedua-dua pasangan untuk lebih memahami pada masa akan datang.

Akan tetapi, kemaafkan sahaja tidak mencukupi jika kita tidak cuba untuk melupakan kesalahan tersebut. Di mana, kemaafan dan melupakan kesilapan pasangan itu akan membuat lebih positif dan berani untuk meneruskan hubungan bersama pasangan berbanding anda memaafkan tetapi tidak melupakan.

Maka, lupakanlah…

Kita akan lebih mudah untuk mengungkit kembali kesilapan yang lepas serta akan mengeruhkan kembali hubungan yang sepatutnya telah jernih.

Perlu diingatkan juga, bukan hanya memberi kemaafan itu membuatkan hubungan kekal dan bahagia, tetapi meminta maaf juga mampu membuat hubungan yang kekal dan bahagia. Mana tidaknya, dengar sahaja kata maaf tentu akan membuat pasangan terasa sejuk hati.

Kesilapan dan kesalahan itu akan mematangkan hubungan, malah memaafkan dan melupakan akan membuatkan hubungan lebih kekal dan membahagiakan.

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!