Fakta, cara dan proses pembenihan awan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca berjerebu kembali menyelubungi sebahagian besar Malaysia sudah beberapa hari memasuki paras IPU 200. Keputusan pembenihan awan perlu dilakukan bagi meredakan sedikit keadaan.

Pembenihan awan ialah suatu bentuk pengolahan cuaca yang mengubah jumlah atau jenis kerpasan yang terkumpul di awan melalui penyebaran bahan tertentu di udara

Keupayaan untuk membentuk titisan awan yang lebih besar daripada molekul wap air yang sedia ada memerlukan ejen buatan, Cloud Condensation Nuclei (CCN) mempunyai ciri-ciri higroskopik yang membantu untuk menarik, menyerap dan mengekalkan wap air di atmosfera. Garam biasa atau natrium klorida adalah salah satu contoh ejen higroskopik.

Tujuan utama pembenihan awan adalah untuk meningkatkan keberkesanan proses mikrofizik awan yang terlibat dalam pembentukkan titisan air hujan daripada molekul wap air yang sedia ada. Selepas titisan awan terbentuk, ia perlu mengembangkan saiznya kira-kira satu juta kali ganda untuk menjadi titisan hujan.

Dalam usaha untuk ini berlaku, titisan awan akan melalui proses pelanggaran-tautan berganda (perlanggaran antara titisan yang berbeza saiz akan menyebabkan titisan yang lebih besar terbentuk). Proses di mana titisan awan berlanggar dan bertaut ini membebaskan haba pendam, yang seterusnya akan menggalakkan lagi proses perlanggaran dan tautan ini.

Titisan awan hanya boleh bertaut atau bergabung jika ianya mempunyai caj elektrik bertentangan; jika tidak, ia hanya akan menolak antara satu sama lain.

Apabila titisan awan semakin berkembang dan menjadi lebih berat, ia mulai jatuh menerusi awan. Titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih cepat dan pada masa yang sama mengumpul titisan yang lebih kecil semasa ianya jatuh, ini menyebabkan titisan menjadi semakin besar dengan keamatan yang lebih tinggi dan turun sebagai hujan.

Antara bahan kimia yang umum digunakan termasuklah argentum iodida, kalium iodida dan ais kering (karbon dioksida pejal). Propana cecair yang mengembang menjadi gas juga digunakan kerana kebolehan menghasilkan hablur ais pada suhu yang lebih tinggi berbanding argentum iodida. Bahan higroskopik seperti garam biasa turut semakin digemari hasil penyeleidkan yang lebih mendalam.

Bahan-bahan kimia ini disebarkan oleh pesawat atau alat khas yang terpasang di tanah (yakni, dalam bentuk bekas yang dilancarkan oleh senapang anti-pesawat atau roket) di mana bahan pembenih tersebut barangkali akan dibawa arus udara selepas dilepaskan.

Kos untuk pembenihan awan pun bukannya murah, lebih daripada RM1 juta untuk proses yang dilakukan. Sebab itulah perlu juga mendapat persetujuan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam keputusan membuat pembenihan awan.

Moga jerebu di negara kita akan beransur hilang dan cuaca seperti sediakala.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!