Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :
Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.
Bahagian Header
1. Logo/banner yang besar (5/5)
Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.
Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).
2. Search bar (4/5)
4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.
3. Subscribe (3/5)
3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.
Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.
Bahagian Content/Entri
4. Social share button (4/5)
4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.
Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.
5. Related Post (3/5)
3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.
Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.
Sidebar
6. Social Connect (5/5)
blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..
Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.
Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.
7. Popular Post (5/5)
Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.
8. Archive & Category (4/5)
Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).
Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.
9. Ads (5/5)
Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.
Rekabentuk Keseluruhan
10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)
Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:
- Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
- Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna
250 Comments
ternyata blog den semakin kacak dan bergaya..hahaha terima kasih DenaiHati.
Curahan rasa Man @ ..Hukum Korek Hidung Semasa Berpuasa
Emm banyak lagi yang perlu aku kemaskini dengan blog aku ni..haiya..entri berguna ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Lepas Sahur – Update Blog, Solat, Tidur
Wah masih banyak yang belum terpasang pada blog saya. Maklumlah saya pemula jadi masih perlu banyak belajar
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
Elemen2 ini memang saya fikir penting keberadaanya dalam sebuah blog, banyak yang menilai blog dari sebuah tampilan awal dan fasilitas yang dimilikinya
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
Tips yang sangat berguna…insya Allah sedikit-sedikit dilakukan…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Denmark vs Jerman
Sedikit demi sedikit lama2 jadi banyak kang dan dengan sendirinya akan mencukupi jumlah elemen2 seperti di atas
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
Tip yang berguna.. TQ 🙂
satu perkongsian yang sungguh bermakna buat saya yang masih baru. tq
Curahan rasa sohoque @ ..Proton Preve, Betul Ke Tak Berkualiti?
macam mana nak tukar search box yg asal kepada google? dah cuba tapi tak jadi..
Curahan rasa zhazmi @ ..Iklan Nuffnang Tidak Ganggu Kelajuan Blog
Search google disediakan tersendiri oleh pemiliknya saya pernah pasang search versi google tapi lupa dimana penyedianya 😀
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
Kalau lebih gampang cari saja di google pasti banyak orang yang post mengenai itu.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
T.kasih atas artikel ini. Setuju dengan bab header besar tu. Perasan juga kat blog serius headernyer menarik minat pembaca blog spt sy dan suami sy. Tertarik utk baca. Elemen-elemen spt yg disebutkan, memang penting dlm sesebuah blog/website.
entri yang menarik dari ariffshah.. akan dipraktikkan.. 🙂 tq
Curahan rasa Farish Ishak @ ..Lelaki Kacak vs Lelaki Beriman
kenapa macam tak pernah baca
Curahan rasa azura @ ..Fakta tentang Izara Aishah
Tq 2 ariff.info yg amt berguna.
Curahan rasa budakserius @ ..Gambar Sari Yanti Pakai Baju Tidur
Wow keren informasinya many thank DH
Curahan rasa asyiqin @ ..3 Kali Perlindungan Pru Multiple Crisis Cover
info yang bagus…berarti blog saya harus dirombak besar-besaran….
Curahan rasa Dadan @ ..KIAT ESEMKA DIMINATI PEJABAT
Sementara sekarang mencuba mereka bentuk blog saya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
Wah pada bongkar rumah nech ceritanya, kalo saya masih seneng dengan yang simpel2 kang 🙂
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
MEmang patut kita adjust blog kita based on tips atau pun apa yang blog2 power ni buat…praktik kan dan check out hasilnya gitu.
Curahan rasa Cyza @ ..I’m Having Headache with All This Chemical Formulas
Comments are closed.