Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :
Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.
Bahagian Header
1. Logo/banner yang besar (5/5)
Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.
Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).
2. Search bar (4/5)
4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.
3. Subscribe (3/5)
3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.
Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.
Bahagian Content/Entri
4. Social share button (4/5)
4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.
Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.
5. Related Post (3/5)
3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.
Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.
Sidebar
6. Social Connect (5/5)
blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..
Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.
Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.
7. Popular Post (5/5)
Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.
8. Archive & Category (4/5)
Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).
Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.
9. Ads (5/5)
Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.
Rekabentuk Keseluruhan
10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)
Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:
- Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
- Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna
250 Comments
info berguna..kena praktik.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..novel Konserto Terakhir akan menggantikan novel Interlok
baru nak buat header. selama ni guna text header je
Curahan rasa Amirez @ ..Fenomena Oley MatLuthfi90
Salam kenal,
Bagus sekali infonya.. Sangat membantu bagi blogger newbie macam saya..
Thanks…
Curahan rasa Uzumaki Lovers @ ..Membuat Link Atau Teks Dengan Efek Marquee
Salam..
Terima kasih banyak-banyak atas analisa ini. Cukup berguna sekali buat saya~
Curahan rasa Mr.PiNGu @ ..Data dalam i-Phone Hilang setelah Update Version terbaru
nk tukar header besar2 la lepas ni
Curahan rasa muazfaris @ ..[segmen] Jom Tambah Follower
wah mantapp tips nya…
menambah wawasan lagi buat blogger newbi seperti saya…
Curahan rasa waloetz @ ..FOTO DIEGO MICHIELS MESRA DENGAN BANYAK CEWEK
owhh,,itu ya yang sering digunakan oleh blog populer malaysia,,kalo boleh nih gan,,minta daftar list blog nya yang dofollow,,hehehe
makasih
Info yg baik untuk tingkatkn blog masing2.. tq boh
Guna template premium, alexa pro, comment luv premium dll yg berbayar banyak kelebihannya
Curahan rasa penadigital @ ..Parking Percuma Untuk Pemilik Kereta Hybrid
Sebelum content, tajuk juga mesti gempak
Curahan rasa penadigital @ ..Gambar Stadium Bolasepak Piala Dunia 2022 Di Qatar Menakjubkan
layout lama kene tukar dah nih~ hahahaha
Curahan rasa sjiehan @ ..Gunung Berapi Dalam Laut
Header besar2 tu yg susah sikit … hahaha
Curahan rasa sjiehan @ ..Gunung Berapi Dalam Laut
bab wat header besar dan lawa ni..adeh~
ada yg free ??
Curahan rasa wansiti @ ..Baca semua email serentak!!
part header tu masih gagal lagi.. masih dengan header teks.. adess..
Curahan rasa Izwan @ ..Don’t Lose Your Domain!
yg plg penting content kan….
Curahan rasa syamila @ ..Contest : Gadget Impian Saya
iya setuju, widget hanya pelengkap dan buatlah pengunjung merasa nyaman ketika berkunjung ..
Curahan rasa waloetz @ ..FORUM DOFOLLOW
Comments are closed.