Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :
Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.
Bahagian Header
1. Logo/banner yang besar (5/5)
Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.
Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).
2. Search bar (4/5)
4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.
3. Subscribe (3/5)
3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.
Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.
Bahagian Content/Entri
4. Social share button (4/5)
4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.
Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.
5. Related Post (3/5)
3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.
Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.
Sidebar
6. Social Connect (5/5)
blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..
Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.
Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.
7. Popular Post (5/5)
Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.
8. Archive & Category (4/5)
Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).
Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.
9. Ads (5/5)
Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.
Rekabentuk Keseluruhan
10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)
Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:
- Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
- Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna
250 Comments
social connect tu ada versi lain juga, menarik. leh cek blogginglife[dot]my untuk pasang 1
Curahan rasa EddyGeek @ ..Pastikan Perisian Dipasang Adalah Versi Terkini Dengan Patch My PC
thanks bro
Curahan rasa Kazen @ ..Where should you post your status ?
nice….
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Qurban yang dilupakan
btul tu…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
Ya betul, itu yang popular digunakan,
info yg bagus..tq
Curahan rasa kizMyself @ ..Keputusan Anugerah Skrin 2011
jom kitew praktikkan…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
nak buat header berimage la..
Curahan rasa zack @ ..Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS) – 1
wah macam ner tu????
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
wakakaka..perasan pown..oneiric disitu..haha
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..4 Langkah Install Microsoft Office 2007 Di Ubuntu 11.10
aku still pening. cepat sikit..
peh terbaiklah….
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
search tu memang best. tapi blog baru xle nak pasang lagi, sbb google lambat index. nanti leh ajar aku ye.
Curahan rasa EddyGeek @ ..Aplikasi Android Berbayar Yang Boleh Didapati Secara Percuma Di GetJar
Makaseh banyak atas tutorial bernas ini
kayaknya relate post juga sangat penting untuk menambah bouncerate kita.
Harus dipraktikkan benda tu dekat blog masing-masing lepas ni
Curahan rasa Steward John @ ..Contest Gadget Impian Denaihati
Dapatlah mencari idea bagaimana nak mencantikkan blog kita yang layu tak bermaya dgn tersiarnya info begini. 10 u buat Ariffshah.com yg sentiasa menjadi tetamu Denaihati dan memberi tip-tip yg berguna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang
Yela..terima kasih kerana memberi ilmu.. 🙂
Curahan rasa jebeng otai @ ..Government Transformation Programme
mekasih….
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
Ha jom ramai2 cantikkan blog.. saya pun terfikir nak ubah theme tu
Curahan rasa Steward John @ ..Contest Gadget Impian Denaihati
Saya mengubah themes malah loadingnya tambah lambat…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
selalu jugak melawat blog media serius tu..
memang serius…hahaha
Curahan rasa IsuPanas @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda Secara Online | Sekolah Menengah dan Rendah
tahu xpew…blog die mantap..
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
betul! content is still the king! layout tak semestinya soo professional! sekarang sudah ada trend untuk subsucribe bukan lagi macam dulu kena jenguk-jenguk baru tahu content semasa!
Curahan rasa khairul @ ..Seksualiti Merdeka tidak merdeka.
ariff guna plugin ape eh untuk social connect tue? nampak kemas jer, dahlee ade fb, g+, ngan twitter skali gus…
Curahan rasa samanosuke_04 @ ..Palestin Diterima Sebagai Ahli ke-195 UNESCO!!
buat sendiri. Insya allah akan keluarkan tutorial buat tu untuk WordPress & Blogger
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Tukar Daripada Aku Kepada Saya?
Ditunggu tutorialnya Bro..
xsbar nie…..:D
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
nice
Curahan rasa azrijohan @ ..HASRULHASSAN.COM – Kejayaan Manis Blog Saya
Comments are closed.