Elak Jalan Raya Menjadi Lautan Pusara Tidak Bertanda

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, Malaysia digemparkan lagi dengan kemalangan ngeri di Pusat Peranginan Genting yang mengorbankan 37 nyawa dan 16 tercedera. Kemalangan bas yang terjunam lebih daripada 70 meter ke dalam gaung berlaku di laluan menurun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur berhampiran dengan Tokong Chin Swee Caves.

Senarai nama mangsa cedera di kemalangan Genting Highlands :

[box type=”shadow”]Hospital Selayang

  1. Raawnok Arefin, 14, M, Bangladesh
  2. Nur Syamimi Ja’afar, 25, F, Malaysia
  3. Nur Fathiah Ja’afar, 21, F, Malaysia
  4. Rashidah Buyah, 50, F, Bangladesh
  5. Andri Purwaidi, 25, F, Indonesia
  6. Nurul Quraitul Aini, 19, F, Malaysia
  7. Rezyan Arefin, 24, M, Bangladesh
  8. Nur Fridil Gusman, 23, M, Indonesia

Hospital Kuala Lumpur

  1. Wong Teraphong, 63, M, Thai
  2. Saidah, 19, F, Malaysia
  3. Razif, 26, M, Malaysia
  4. S.E Ali Haider son of Shyed Haider, 46, M, Bangladeshi
  5. Tan Min Shing, 26, male, Malaysia

Hospital Bentong

  1. Suryadi Budiarto, 52, M, Indonesia

Hospital Sungai Buloh

  1. Maizatul, 23, M, Malaysia
  2. Kang Byoung Kuk, 60, M, Korea[/box]

Senarai nama mangsa terkorban di kemalangan Genting Highlands :

[box type=”shadow”]

Chan Fook Choy, Chan Lai Huat, Sub Moy @ Sak Moy, Sukhviv Singh, Rafik Ali Buai Habac Chu, Sek Sooi Chan, Lee Fok Wah, Law Tiaw Meng, Law See Kee, Auther Mash, Yap Hing, Muhammad Rasid bin Jantan, Ng Ah Heng, Choo Peng Kwan, Bhuiyan Rifique Ali[/box]

Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua yang terkorban. Semuga kejadian ini akan mengingatkan kita bahawa kematian itu bila-bila masa tanpa ada notis jadi kita kenalah bersedia setiap masa dan jangan dilayan sangat masalah hidup yang hanya ujian Allah SWT.

Gambar kemalangan ngeri di Genting Highlands

kemalangan bas genting highlands

Saudara Ridhauddin Hariz, pemilik blog Profhariz.com ingin berkongsi tips mengelakkan kemalangan jalanraya supaya kita tidak menjadi salah seorang mangsa yang terkorban sebagaimana beribu pusara di lebuhraya. Semuga tips akan menjadi pedoman kepada semua pemandu.

Apabila tiba musim perayaan semua rakyat malaysia akan pulang ke kampung. Dicatatkan hampir 2 juta kenderaan yang akan menggunakan lebuh raya PLUS ketika musim perayaan. Dengan peningkatan kenderaan yang begitu tinggi maka tidak hairanlah rakyat malaysia dikejutkan dengan tragedi kemalangan maut dan menjadikan highway lautan pusara tidak bertanda. Hal ini akan menjadikan sambutan Aidilfitri daripada gembira menjadi sedih dan pilu.

Rakyat malaysia seharusnya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab ketika memandu. Selain itu rakyat malaysia harus disedarkan dengan kepentingan “hargai nyawa” diri, keluarga, anak-anak dan orang lain. Selain itu, pemandu juga perlu menghormati pemandu yang lain jangan nak ikut kepala sendiri. Pada hemat saya, sifat “selfish” di kalangan pemandu antara yang tertinggi menyumbang kepada kemalangan

Sebelum memulakan perjalanan sila rancang perjalanan dengan teliti supaya dapat memandu dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Sikap sabar dan memandu secara gopoh-gapah juga perlu dipupuk oleh pemandu dan jangan lupa bahawa sifat sabar ini sangat sinonim dengan ISLAM.

Seorang muslim dituntut untuk bersabar dalam pelbagai perkara. Mereka yang sabar akan dicintai oleh Allah S.W.T. Hal ini dibuktikan dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud;

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Tips Elak Kemalangan Jalan Raya

InshaAllah disini saya simpulkan 6 tips untuk elak kemalangan jalan raya dan inshaAllah. Jika anda patuh anda akan selamat dengan izin Allah.

  1. Sentiasa Berhati-Hati ketika Memandu
  2. Periksa Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan
  3. Tidak memandu secara gopoh-gapah
  4. Memandu secara berhemah
  5. Jangan terlalu gembira untuk pulang berhari raya (hilang tumpuan semasa memandu)
  6. Berhenti seketika sekiranya letih dan mengantuk

Dan jangan lupa BERDOA sebelum memulakan perjalanan dengan doa

Subhanallazi sakharalana hazawamakunna lahumuqrinin wainnailarabbina lamunqalibun

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (Surah Az-Zukhruf : 13-14)

InshaAllah. Dengan hasilnya artikel ini semoga pemandu di luar sana beringat sebelum terlambat dan senantiasalah bersederhana dalam apa jua keadaan dan jangan jadikan jalan raya medan menguji ketangkasan memandu anda. Jalan raya suatu kemudahn untuk anda sampai ke destinasi dengan selamat.


Spread the love

59 Comments

  1. Assalamualaikum….
    Info terkini dan tip yg bagus utk perjalanan dgn kenderaan tapi faktor jalanraya yg tak selamat dgn jalan yg menuruni bukit dan cursm serta berselekoh pasti byk mengundang bahaya pada penguna jalanraya.

    Kerajaan perlu memperbaiki jalan itu supaya menjadi jalan yg lebih selamat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan harus diguna-pakai.

    Buat jambatan merentasi lautan boleh dibuat, jalan terowong membelah bukit boleh buat, KLCC tertinggi boleh buat; apa salahnya guna duit rakyat yg kerajaan kutip drp hasil cukai kenapa tidak boleh buat jalan Genting Highland tu dengan lebih selamat kepada pengguna jalanraya? Fikir dan renung-renungkan….itu yg terbaik megikut pandangan saya.

    Kalau tak baiki akan ada lagi kemalangan yg tragedis akan berlaku. Tak percaya! Kita tunggu dan lihat. Bukannya ini yg pertama terjadi kemalangan jiwa berlaku di situ?
    Curahan rasa Blogger Top Star @ ..MyKad Smart ShopperMy Profile

    1. betul tu bro.. Tan sri Lim kok tay (anak mendiang Tan sri Lim Goh Tong) di senaraikan antara orang terkaya di Malaysia ni.. takkan membina sesuatu untuk kepentingan orang ramai menjadi kesulitan kot… perkara ni tak mustahil… sedangkan membuka pusat peranginan di atas gunug ganang pun tak mustahil…
      Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting HighlandsMy Profile

  2. Jika sudah tersurat oleh Allah begitu akhirnya apa lagi yang dapat kita ubah.. tetapi sebagai manusia kita perlu banyak berdoa padaNYa.. menyentuh bab kemalangan jalan raya khususnya tragedi bas jatuh Gaung di jalan Genting Highlands ini bukan lah satu perkara yang baharu.. sejak 1996 hingga kejadian semalam (22/08/2013) sudah 9 kemalangan yang melibatkan Bas.. ini saya kira kemalangan besar sahaja tidak termasuk kemalangan-kemalangan kecil..

    Angka sembilan (9) nampak kecil tapi impak dan mangsa kemalangan adalah PULUHAN malah mencecah ratusan orang termasuklah yang cedera.

    Pengalaman saya berkhidmat di kota keriangan Dunia itu banyak mengajar saya erti keselamatan jalan raya.. selain daripada TAKDIR ALLAH.. kita sebagai manusia dapat elakkan perkara ini dengan mengamalkan tip-tip seperti yang DH nyatakan di atas.. sedih dan teramat sedih bila kegembiraan berakhir dengan tragedi yang menyanyat hati bukan sahaja keluarga mangsa malah seluruh Malaysia walaupun di kalangan mangsa terdiri daripada pelbagai kerakyatan..

    Terdahulu pada tahun 1996 buat kali pertama tragedi yang menyebabkan Bas terhumban, 17 orang terbunuh termasuk 6 orang kanak-kanak ketika perjalanan pulang dari Genting Highlands selepas selesai mengadakan sambutan hari keluarga di sana. Sedih kan? kegembiraan bersama keluarga adalah untuk kali yang terakhir..

    Tak ada kuasa nak buat apa-apa lagi dalam hal ini. Saya benar-benar berharap agar pemilik tanah persendirian itu serta pihak kerajaan atau pun badan-badan berwajib mengkaji semula pembinaan dan stuktur jalan di sana.

    Perkara seperti ini boleh di elakkan cuma terpulang kepada “NAK DENGAN TAK NAK JE” maaf kalau saya keterlaluan. kenapa saya kemalangan seumpama ini dapat di elakkan dan setidak-tidaknya dapat di kurangkan?

    Sebelum ada perhentian Bas di pucak Genting Highlands kesemua Bas-Bas pengangkutan awan ataupun Bas persiaran akan mengambil penumpang di Perhentian Bas di Goh Tong Jaya dan turun serta naik ke puncak Genting menggunakan Perkhidmatan kereta kabel (Genting Skyway). Oleh yang demikian POTENSI BAS MENURUNI JALAN BERLIKU DARI PUNCAK GENTING DAPAT DI KURANGKAN. Bukankah itu di namakan LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN? saya tidak menyalahi syarikat perkhidmatan Bas kerana mereka berbuat demikian bukan atas dasar keuntungan semata-mata tetapi demi keselesaan perkhidmatan untuk pelanggan tapi fikirkan juga faktor-faktor keselamatan orang ramai dengan pegangan pada pepatah ;

    MALANG TIDAK BERBAU…
    BERJAGA-JAGA SEBELUM KENA..

    Di SilenceBlogz ada saya tuliskan Kronologi tragedi Bas Jatuh Gaung dari 1996 – 2013.. apa yang menyedihkan antara mereka termasuklah kanak-kanak…

    Nak menitik air mata tulis komen ni… macam manalah kalau kemalangan ini melibatkan SUAMI / ISTERI / ANAK-ANAK / MAK / AYAH / SAUDARA MARA KITA??

    Ya Allah…………. hanya Allah je yang tahu.. memanglah ajal maut itu di tangan Allah… tai kita sebagai manusia perlu bijak untuk membuat pilihan dengan memikirkan apa risiko dan kesan dengan apa yang kita buat… dan sebab itu jugalah saya berhenti dari berkhidmat di sana…

    Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini serta Takziah kepada keluarga mangsa…

    (betulkan jika saya salah..)
    Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting HighlandsMy Profile

    1. Sangat setuju aoa yg bro utarakan….bina dan perbaiki struktur jalanraya di situ…Mana lebih penting jambatan P.Pinang ke 2 atau baiki jln Genting Highland. Di mana pakar2 dlm pembinaan jalan? Kaji di situ apa yg patut diubahsuai struktur jalannya?

      1. sekurang-kurangnya bina penghadang benteng cerun bukit yang kalis hentakan pun dah memadai… cara ni juga dapat elak bas atas kenderaan lain tehumban lagi… nasiblah bas tu besar kan… kalaulah kereta atau motor yang kecil ni tehumban ke gaung tu macam mana lah agaknya???? ada ke orang tahu ada kemalangan kat situ??? jawabnya tinggal tulang pun orang tak tau ada kemalangan… nak-nak lagi kalau 2-3 pagi ..jalan situ lengan tak ada org pun lalu.. cuaca pulak berkabus…

        nauzubillah mizalik…

    1. Selalunya kemalangan bas memang tragis dan kira macam adat bagi setiap tahun.

      Semoga tahun-tahun akan datang tidak berlaku lagi

    1. Kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Jika kita berdoa memohon perlindungan daripada Allah mustahil Allah tak lindungkan kita ya?

  3. saya yg mmg sedia fobia dengan jalan raya semakin fobia bila dengar kisah2 mcm ni… takziah dan Al-Fatihah kepada yyg terkorban…

      1. Saya merupakan pelanggan tetap bas ekspress. Sudah tiga tahun.

        Melaka – Penang
        Melaka – KL
        Melaka – JB

        Sedikit tips bagi yang mahu naik bas ekspress adalah pilih syarikat bas yang benar-benar layak dan berhemah. Pada saya adalah syarikat bas

        KPB
        KKKL
        SUPER NICE

        Ini antara syarikat yang saya yakin selamat dan selesa. InshaAllah dengan izin Allah
        Curahan rasa profhariz @ ..MyKad Smart Shopper – Daftar, Diskaun, Point, TebusMy Profile

  4. Di Indonesia sendiri kecelakaan yang baru saja terjadi adalah kecelakaan bus Giri Indah di Cisarua Bogor yang menurut berita terakhir menewaskan sebanyak 19 korban jiwa.
    Memang keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab seluruh pemakai jalan tersebut. Dan semoga dengan hal ini menjadi pembelajaran kepada kita semuanya untuk selalu berhati-hati di jalan raya.
    Curahan rasa Ferry @ ..Efek Samping KemoterapiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!