Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, Malaysia digemparkan lagi dengan kemalangan ngeri di Pusat Peranginan Genting yang mengorbankan 37 nyawa dan 16 tercedera. Kemalangan bas yang terjunam lebih daripada 70 meter ke dalam gaung berlaku di laluan menurun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur berhampiran dengan Tokong Chin Swee Caves.
Senarai nama mangsa cedera di kemalangan Genting Highlands :
[box type=”shadow”]Hospital Selayang
- Raawnok Arefin, 14, M, Bangladesh
- Nur Syamimi Ja’afar, 25, F, Malaysia
- Nur Fathiah Ja’afar, 21, F, Malaysia
- Rashidah Buyah, 50, F, Bangladesh
- Andri Purwaidi, 25, F, Indonesia
- Nurul Quraitul Aini, 19, F, Malaysia
- Rezyan Arefin, 24, M, Bangladesh
- Nur Fridil Gusman, 23, M, Indonesia
Hospital Kuala Lumpur
- Wong Teraphong, 63, M, Thai
- Saidah, 19, F, Malaysia
- Razif, 26, M, Malaysia
- S.E Ali Haider son of Shyed Haider, 46, M, Bangladeshi
- Tan Min Shing, 26, male, Malaysia
Hospital Bentong
- Suryadi Budiarto, 52, M, Indonesia
Hospital Sungai Buloh
- Maizatul, 23, M, Malaysia
- Kang Byoung Kuk, 60, M, Korea[/box]
Senarai nama mangsa terkorban di kemalangan Genting Highlands :
[box type=”shadow”]
Chan Fook Choy, Chan Lai Huat, Sub Moy @ Sak Moy, Sukhviv Singh, Rafik Ali Buai Habac Chu, Sek Sooi Chan, Lee Fok Wah, Law Tiaw Meng, Law See Kee, Auther Mash, Yap Hing, Muhammad Rasid bin Jantan, Ng Ah Heng, Choo Peng Kwan, Bhuiyan Rifique Ali[/box]
Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua yang terkorban. Semuga kejadian ini akan mengingatkan kita bahawa kematian itu bila-bila masa tanpa ada notis jadi kita kenalah bersedia setiap masa dan jangan dilayan sangat masalah hidup yang hanya ujian Allah SWT.
Gambar kemalangan ngeri di Genting Highlands
Saudara Ridhauddin Hariz, pemilik blog Profhariz.com ingin berkongsi tips mengelakkan kemalangan jalanraya supaya kita tidak menjadi salah seorang mangsa yang terkorban sebagaimana beribu pusara di lebuhraya. Semuga tips akan menjadi pedoman kepada semua pemandu.
Apabila tiba musim perayaan semua rakyat malaysia akan pulang ke kampung. Dicatatkan hampir 2 juta kenderaan yang akan menggunakan lebuh raya PLUS ketika musim perayaan. Dengan peningkatan kenderaan yang begitu tinggi maka tidak hairanlah rakyat malaysia dikejutkan dengan tragedi kemalangan maut dan menjadikan highway lautan pusara tidak bertanda. Hal ini akan menjadikan sambutan Aidilfitri daripada gembira menjadi sedih dan pilu.
Rakyat malaysia seharusnya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab ketika memandu. Selain itu rakyat malaysia harus disedarkan dengan kepentingan “hargai nyawa” diri, keluarga, anak-anak dan orang lain. Selain itu, pemandu juga perlu menghormati pemandu yang lain jangan nak ikut kepala sendiri. Pada hemat saya, sifat “selfish” di kalangan pemandu antara yang tertinggi menyumbang kepada kemalangan
Sebelum memulakan perjalanan sila rancang perjalanan dengan teliti supaya dapat memandu dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Sikap sabar dan memandu secara gopoh-gapah juga perlu dipupuk oleh pemandu dan jangan lupa bahawa sifat sabar ini sangat sinonim dengan ISLAM.
Seorang muslim dituntut untuk bersabar dalam pelbagai perkara. Mereka yang sabar akan dicintai oleh Allah S.W.T. Hal ini dibuktikan dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud;
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
Tips Elak Kemalangan Jalan Raya
InshaAllah disini saya simpulkan 6 tips untuk elak kemalangan jalan raya dan inshaAllah. Jika anda patuh anda akan selamat dengan izin Allah.
- Sentiasa Berhati-Hati ketika Memandu
- Periksa Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan
- Tidak memandu secara gopoh-gapah
- Memandu secara berhemah
- Jangan terlalu gembira untuk pulang berhari raya (hilang tumpuan semasa memandu)
- Berhenti seketika sekiranya letih dan mengantuk
Dan jangan lupa BERDOA sebelum memulakan perjalanan dengan doa
“Subhanallazi sakharalana hazawamakunna lahumuqrinin wainnailarabbina lamunqalibun”
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (Surah Az-Zukhruf : 13-14)
InshaAllah. Dengan hasilnya artikel ini semoga pemandu di luar sana beringat sebelum terlambat dan senantiasalah bersederhana dalam apa jua keadaan dan jangan jadikan jalan raya medan menguji ketangkasan memandu anda. Jalan raya suatu kemudahn untuk anda sampai ke destinasi dengan selamat.
No related posts.
59 Comments
jadilah dfirimusendiri agan heheee
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
turut berduka cita . menjadikan pelajaran bagi pengemudi lainnya agar lebih hati-hati dalam berkendara
semoga ga kejadian lagi yang seperti ini 🙁
yang luka ringan cepat sembuh dan banyak bersyukur 🙂
semoga yang kena musibah ini diterima disisi Allah amin ya rab 🙂
Semoga tidak terjadi lagi, bagi mereka yang ditinggalkan tetap tabah, dan bagi korban luka cepat sembuh.
Dan yang meninggal mendapat tempat di sisi Allah, Aamiin!
Curahan rasa aura ide @ ..Jadikan Cinta sebagai Motivasi Penuh Makna
salah siapa?
baru je baca dari mynewshub..
Curahan rasa Norfanil @ ..Salah Siapa? Pemandu Bas atau Penjual Tiket?
Jalannya sangat curam dan bertebing, sedikit lengah bisa meregang nyawa seperti itu
Turut berduka pada semua korban, semoga arwah beserta amalan ibadah mereka diterima oleh Allah Taala
Curahan rasa Rina @ ..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress
so .. dont drink arak and drive..
“jgn ingat orang tersayang sangat-sangat nnt berangan pon blh exciden..
“dont korek idung and drive… nnt asyik… bahaya… ekekeke
Curahan rasa silence blogz @ ..Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands
berhati-hati dijalan raya ek..
Curahan rasa titan @ ..My Dream Honeymoon Destination with Bali Honeymoon Package..
dan kena berhati-hati juga kalau nampak pemandu yang kurang berhati-hati, merempit semacam je…
Curahan rasa Denaihati @ ..Blog Yang Mudah Dikenali Berbanding Yang Lain
Jangan pandu ikut suka hati. Saya minta jauh dari semua ini..
Curahan rasa daddydee @ ..Bangunkan Blog Tanpa Ilmu SEO
Hish mintaklah dijauhkan musibah ini…amin
selepas raya dikejutkan dgn kemalangan jiwa ini..takziah pada keluarga mangsa
Curahan rasa ema @ ..Panggilan serentak
Ya Allah.. itu gambar bas yang melibatkan sepupu saya sendiri.. dia cedera parah dan sampai sekarang ni masih trauma…
terima kasih atas peringatan yang dikongsikan..
Curahan rasa rozita @ ..Drama pagi ini..
semoga sepupu cepat sembuh. yang mana satu sepupu cik rozita ni…
Curahan rasa Denaihati @ ..Blog Yang Mudah Dikenali Berbanding Yang Lain
maksud saya gambar kedua..kemalangan yg terjadi pd thn 2010..
Terima kasih diatas perkongsian ini…
Kita harus memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yg baik…
terutamanya brek.. kita kena pastikan ia sentiasa mencengkam.. tiada kebocoran..
dan sentiasa berada dalam keadaan yang fit semasa memandu (tidak mengantuk dan letih).
Curahan rasa AmiRini @ ..Meeting at Lobby Hotel
tips yang bole dijadikan panduan bersama-sama.
Curahan rasa fyna @ ..Koleksi Mutiara Kata Islam : Allah Kekasih Sejati
Banyak kemalangan yang melibatkan bas kebelakangan ni, dan jangan bila terjadi baru nak ‘mencari’ tetapi perkara begini kena teruskan supaya tak akan berulang lagi kejadian sebegini yang mungkin akan meragut lebih nyawa pada masa depan
Curahan rasa Myra Jay @ ..21 September 2013
Comments are closed.