Dunia sudah di akhir zaman?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Beribu orang masih hilang tidak dapat dikesan manakala bagunan dan kemudahan awam hancur bagaikan terkena ledakan bom atom hirosima.

Bencana yang lebih menakutkan dunia pasca gempa bumi dan tsunami Jepun adalah kesan radiasi nuklear. Diberitakan kesan radiasi nuklear dari negara timur ini boleh dibawa angin ke barat menyerang benua Amerika. Jika ini belaku pasti akan membawa bencana dunia yang maha hebat.

Ketika Jepun sedang berusaha keras menguruskan masalah kemusnahan tsunami dan radiasi nuklear negara Arab pula sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku di tanah Arab adalah kebangkitan puak Syiah menentang Sunni. Pergolakan Syiah vs Sunni akan mencetuskan peperangan besar antara Islam yang akan menambah gelora dunia.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kemusnahan negara timur, radiasi nuklear yang sedang bergerak ke barat dan demonstrasi di tanah Arab, mungkinkah ini tanda akhir zaman sebagaimana yang telah tercatat dalam banyak buku-buku hadis.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

106 Comments

    1. Tidak mustahil Allah akan menguji dgn ujian yg besar apabila umat Islam terus sombong tak mahu bersatu dan merasai yg satu lebih hebat dari yang lain.

    1. Justeru itu bagaimana sibuk kita dengan dunia jangan terlupa kepada Allah sekurang2nya 2jam sehari kita peruntukan masa utk dekat dengan Nya

      1. susah nak cakap soal ni, bila buat bw rata-rata saya dapati blog yang cerita pasal artis, hiburan dan lawak-lawak dan yang sewaktu dengannya akan mendapat pengunjung yang sangat tinggi.

        tulah gambarannya…kita makin jauh dengan Allah
        Curahan rasa PenaDigital @ ..Rugikah jika menyimpan emasMy Profile

        1. orang melayu kata solat sunat, maknanya solat2 yang mengiringi solat fardhu 5 waktu (rawatib).

          1. 2 rakaat sebelum solat subuh
          2. 2 rakaat sebelum solat zuhur
          3. 4 rakaat selepas solat zuhur
          4. 2 rakaat sebelum solat asar
          5. 2 rakaat selepas solat maghrib
          6. 2 rakaat selbelum solat isyak
          7. 2 rakaat selepas solat isyak
          (mungkin ada perbezaat bilangan rakaat bagi sesetengah waktu)

          lain2 solat sunah (sunat)
          solat hajat
          solat istiqharah
          solat dhuha
          solat musafir
          solat jenazah
          solat gerhana matahari / bulan
          solat tasbih
          solat tahajud
          solat witir
          solat tarawih
          solat wuduk

          ini antara yang saya ingat jika ada lagi bolehlah tambah.
          Curahan rasa PenaDigital @ ..Rugikah jika menyimpan emasMy Profile

      1. setuju. mesej2 kecil sehinga mesej2 besar Allah dah sampaikan pada kita. bertindak lah sebelum lambat. dunia kita semakin tua.

  1. Benar kitab suci AL Quran telah membayangkan bencana bergelora pada penghujung zaman.Hidup harus diteruskan,hanya kita jangan leka dan lalai agar mendapat rahmat ALLAH dengan banyak2 mengingatiNYA.Manalah tahu,kita diselamat dunia dan akhirat.
    sama sama kita melakukan kebaikan demi bekalan di tempat yang kekal abadi.

  2. bumi dah semakin tua sebenarnya. nabi pernah bersabda, akan berlaku gegaran di timur, kemudian bergerak ke barat dan akhir sekali gegaran tersebut terjadi di negara2 arab. mungkin gegaran di timur itu sudah terjadi, tapi gegaran di barat tu adalah metafora bagi debu radiasi ni dan di dunia arab ni adalah gegaran pergolakan revolusi. wallahualam…
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Korang Sanggup Tinggal Dalam Tangki Air Aku Sanggup!My Profile

    1. Perubahan cuaca semakin terasa ada maulana berkata bahawa dunia sedang bergerak ke barat dan klimaks nya apabila matahari terbit dari barat tu lah tanda besar kiamat akan berlaku

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!