Dunia seni Malaysia hanya di kepala lutut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia seni Malaysia terkejut dengan kata-kata sinis mantan artis yang berhijrah kehidupan Bob Lokman menyatakan dunia seni tanah air hanya seperti di kepala lutut.

Aku bukan orang yang paling layak nak bagi komen seban bukan artis juga bukan tok guru. Syukur Allah bagi hidayah kepada Bob Lokman untuk berhijrah kehidupan dan beliau memilih Parti PAS sebagai platform perjuangan dakwahnya. Sebenarnya ramai lagi artis lain yang sudah berhijrah kehidupan tetapi kerana mereka tidak memilih platform parti politik jadi tak ramai yang tahu.

Aku ada juga beberapa kali berkongsi rasa dengan beberapa rakan yang menjadi penyokong kuat parti PAS mengapa harus menggunakan pendekatan keras sedang Islam suka kesederhanaan. Nabi SAW itu adalah contoh akhlak terbaik dan berjaya mengembangkan Islam dengan kesabaran yang tinggi.

Penyokong tegar PAS pasti tidak akan lari kemana tetapi yang perlu diajak dengan hikmah adalah mereka di luar parti tetapi dengan menggunakan bahasa yang keras dalam ceramah sudah pasti ianya akan hanya dapat menarik segelintir sahaja. Ini jelas terbukti apabila perjuangan berpuluh tahun masih begitu dan perubahan cara perlu dibuat.

Cara keras itu mungkin dibawa oleh Bob Lokman yang akhirnya menyentuh hati orang seni yang memangnya sensitif. Kesannya negatif dan tidak memotivasi insan lain untuk berhijrah dan itulah sebenarnya berlaku dalam dunia yang nyata. Mungkinkah suatu hari nanti Bob Lokman juga akan menjadi seperti beberapa artis yang dahulu dipuji dengan suara yang lunak ketika menyampaikan ceramah PAS tapi kini dipinggir begitu sahaja.

Begitulah rentak tari politik sehari dipuji esok mungkin dipinggir. Sehari kita berkawan rapat esok mungkin musuh ketat.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

68 Comments

    1. Bila menjadi manusia yang popular dan pemimpin pasti setiap kata mereka memberi pengaruh kpd masyarakat berbeza seperti kita orang biasa. pertuturan orang popular n pemimpin perlu berhati2 walaupun pendapat peribadi.

      1. Di Indonesia artis join macam parti mengikut aliran perjuangan mereka dan ramai yg menang dalam pilihanraya kerana populariti mereka.

      1. Ia seumpama kita berusaha untuk menarik orang yg tidak pernah sembahyang atau ke masjid…jangan kita mengutuk,mengata atau memulau mereka2 ini..sebaliknya kita kena semakin rapat,berkawan dan berlembut dalam memberi nasihat, insyaallah lama kelamaan hati yang keras akan menjadi lembut dan dengan perlahan-lahan mereka akan berubah dan semakin rajin menunaikan sembahyang 5 waktu juga menjejakkan kaki ke rumah Allah ini.

  1. tak semua la yg slalu gunakan cara kasar nak tarik orang. tapi bak kata pepatah, sebab nila setitik rosak susu sebelanga, tu yg orang luar anggap semuanya sama je… kan..
    Curahan rasa Fariq @ ..Minum Arak Adalah Perkara BiasaMy Profile

  2. Sebelum berdakwah, kena penuhkan dulu 3 ilmu yang paling utama iaitu ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Berdakwah adalah untuk menyampaikan 3 ilmu ini dan bukan berdakwah dengan memperkecil-kecilkan orang lain, bercerita tentang keburukan orang lain. Itu bukan dakwah namanya tetapi dikatakan mengumpat dan mengeji orang secara terang-terangan. Dalam kes Bob Lokman ini, biarlah Allah taala sahaja yang menentukan. Pada saya, berdakwah tidak semestinya dengan menyertai PAS. Apa yang penting, kita perlu kukuhkan hati dan pegangan kita dengan 3 ilmu yang utama ini untuk mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

    Renung-renungkan….

  3. Luahan Bob itu rasanya ‘direct’ dari dalam dirinya. Mungkin kerana baru dalam penghijrahan membuat dia sebegitu. Ada sedikit ‘over excited’ di sana. Itu kenyataan ikhlas dari dia. Terpulang juga pada kita yang mendengar untuk menilai. Ada juga semacam putus rasa pada dunia seni dalam kenyataan beliau yang sebegitu. Rasanya bukan hanya kerana politik semata-mata. Cuma beliau memilih jalan luahan melalui parti PAS. Apa pun hanya Allah yang dapat menilai keikhlasan seseorang. Niat baik membawa natijah baik.

    1. Setuju juga dengan pandangan ini cuma kalau dibuat dengan hikmah insyallah pendakwah boleh menarik lebih ramai utk berhijrah dgn izin Allah. Yg dgn hikmah pun ramai pendakwah yg dikutuk ini pulak dgn lontaran yg keras. Matlamat sama mungkin cara berbeza cuma cara terbaik adalah cara yg telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

      1. Ya benar. Islam agama sejahtera penuh hikmah. Kenang sahaja Rasulullah dgn wanita yang kuat memusuhinya. Meletak duri di jalanan, melempar najis dan pelbagai. Namun Rasulullah menyuap makanan dikala dia terlantar sakit. Lantas kalimah syahadah pun terucap….Berdiri bulu roma dgn dakwah sebegini.

    1. Anak Muda Melayu kena berani tegur apa yg salah memuji apa yg betul tak kira siapa. Tengok orang Cina majoriti tak fanatik berani berubah sekali di sana sekali di sini yg utama kepentingan kaum diutamakan.

        1. Menegur apa yg salah memuji apa yg betul tak semestinya perlu masuk politik tapi hanya perlu pemikiran kritis.

            1. Pemikiran kritis yg akan menghasilkan pemikiran inovatif. Pemikiran kritiis bukan maksud pemikiran yg hanya nak mengkritik je.

  4. Sehari kita berkawan rapat esok mungkin musuh ketat. –>: bukan di dunia artis. dunia realiti juga boleh jadi begini 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!