Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat?
Tahun 2016 menutup tirai dengan pengumuman dividen ASB yang merentap hati pelabur terutama pelabur yang melabur dengan pakej pinjaman yang disediakan oleh berbagai institusi kewangan. Viral di sosial media dengan pelbagai status negatif apabila PNB mengumumkan dividen ASB 2016 adalah 6.75 sen seunit dan bonus sebanyak 0.5 sen seunit. Abang memang kurang galakkan melabur dengan meminjam.
Bagi Abang, alhamdulillah syukur dengan rezeki ini walaupun ini adalah dividen ASB yang terendah sejak 1990, kerana pelaburan ASB adalah pendapatan jangka masa panjang. Pelaburan ASB ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tabung Haji 2016“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka ada berbagai bakul pendapatan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan ASB adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari membaca buku sifu Azizi Ali jutawan pelaburan dan dikembangankan ilmu melalui perkongsian sifu-sifu yang lain.
Sifu pelaburan Abang juga menganjar bagaimana menggunakan duit dividen ASB dan Tabung Haji dapat menambah pendapatan keluarga. Majoriti pelabur menunggu duit dividen untuk dibelanjakan terutama untuk urusan anak-anak sekolah. Sifu bisnis Abang kata cara paling bijak adalah menggunakan dividen pelaburan untuk modal bisnis dan keuntungan bisnis barulah kita belanjakan untuk keperluan keluarga atau diri sendiri.
Untuk memulakan taktik begini memang perlukan pengorbanan terutama kepada yang ada duit cukup-cukup makan. Nak berubah memang perlukan pengorbanan kalau tidak kita tetap berada pada tahap bermasalah yang sama sampai bila-bila. Kalau dividen sikit mulakan dengan bisnis yang kecil pasti lama-lama jadi besar.
Sekarang lebih mudah dengan cara bisnis online kita tidak perlu modal awal untuk membeli produk sebaliknya gunakan dividen ASB yang diperolehi untuk buat pemasaran di sosial media. Pelanggan yang tertarik dengan produk yang kita jual akan mebayar dahulu dan wang ini kita boleh gunakan untuk membeli produk yang kita jual. Ini yang dikatakan duit bekerja untuk kita, bukan kita jadi hamba duit.
Ada berbagai cara kreatif di zaman digital kepada yang sanggup belajar. Andai anda ingin belajar selok belok bisnis online dengan menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7 & 8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.
Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
bit.ly/AppsDenaihati (download ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
58 Comments
pengurusan kewangan yang bijak dan cara menggandakan kewangan sangat perlu supaya wang boleh bekerja untuk kita
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Duit Bukan Segala-galanya
Sedih dgn dividen tahun ini..harap tahun depan bertambah & tahun ne kene lebih usaha tambah income tepi
Deep. Duit bekerja untukkita. Bukan kita jadi hamba duit. Banyak lagi nak kena belajar. Terima kasih Denaihati moga terus menyampaikan ilmu.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Pengalaman Detoks Parasit Day 12
Dah lama tak masuk duit dalam ASB..
ada isu-isu berkaitan tu
Curahan rasa zool @ ..Iklan FB Ads, Berenang di Pantai Kuala Linggi, Menjejak KTM Batang Melaka
Okey lah dapat juga dividen…
Biasanya dividen asb kawan parking terus dalam tu, Munkin belum ketemu jodoh lain untuk dikembangkan Dividen ASB nya
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen kali Ke 10,11,12 Lazada “U can duit”
Alhamdulillah, seberapa dapat tetap harus disyukuri. Semoga di tahun 2017 rejekinya akan ditambah oleh Allah SWT. Amin Ya Rabb…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Ramuan Madura, Membuat Suami Tahan Lama dan Istri Tetap Rapet Alami
Dividen kalau kita tak ambil inshaa Allah pelaburan boleh menguntungkan. Tapi kalau jenis yang meminjam tu, kebanyakkan akan ambil dividen untuk cover bayaran pinjaman. Cara orang lain yang sy dengar pula, tahan 3 tahun untuk tidak ambil dividen, tahun keempat baru ambil dividen. Masing2 punya cara, inshaa Allah objektif untuk dapat financial freedom.
Curahan rasa Gambir Emas @ ..Cara Marketing Gambir Emas Cara Pakar
Tahniah dan syabas buat yang dapat hasil. Yang tak dapat, boleh cuba melabur dalam ASB juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Tak faham statement ni.. semua orang yang ada melabur dalam ASB confirm dapat hasil..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Cuma hasil yang mereka dapat pada tahun ini tidak sebanyak hasil-hasil yang mereka dapat pada tahun-tahun sebelumnya..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Buat duit secara online memang seronok. Dapat hasil jika rajin berusaha dan rajin buat kerja.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Melabur dalam ASB setiap tahun boleh makan hasil. Duit bekerja untuk kita. Seronok tu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Bagi yang melabur dalam ni. Insyallah dapat pulangannya. dapat untung, boleh lipat gandakan pelaburan yang ada.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Walaupun tahun ni kadarnya rendah. Tapi masih lagi dapat hasil. Harap tahun depan naik dari tahun ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan
Alhamdulillah syukur, walaupun rendah sikit, mudahan lebih baik tahun depan hendaknya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Entri blog Denaihati paling banyak dapat share
Untung juga melabur macam ni. Sampai masa dapat hasil.
Apa yang penting melabur kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan
setuju….
jgn jadi hamba duit..
biar duit jd hamba kita…
Curahan rasa hanz @ ..Lihat Apa Arkitek Ini Hasilkan Setelah Mengembara Solo Selama 5 Bulan
Tidak pernah jemu invest ilmu dengan keluar duit. Simpanan pula untuk masa hadapan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor Wang
Comments are closed.