Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa hari ini, kisah beg yang berjenama dan berharga menjadi viral di Malaysia khususnya dan juga di serata dunia. Rata-rata mungkin ramai yang baru mengetahui jenama beg tersebut dan ada juga yang tidak pernah mengetahuinya.
Hermes International S.A., Hermès adalah pengeluar barang mewah mewah fesyen Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1837. Ia mengkhususkan dalam bidang kulit, aksesori gaya hidup, perabot rumah, minyak wangi, perhiasan, jam tangan dan beberapa lagi. Pengasasnya adalah Thierry Hermès yang dilahirkan di Krefeld, Jerman, bapanya orang Perancis dan ibunya orang Jerman.
Pada awal 1980-an, penyanyi pelakon Jane Birkin bertemu dengan Ketua Eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas ketika mereka duduk bersebelahan di pesawat. Dan dari situlah inspirasi oleh keperluan Jane Birkin untuk menghasilkan beg tangan yang kini menjadi jenama yang hebat.
Apa yang membuatkan Birkin hebat?
Beg Birkin dijual dalam pelbagai saiz. Setiap satu boleh dibuat dengan pesanan dengan warna, dan lekapan perkakasan yang dipilih pelanggan yang berbeza. Lain pilihan individu lain aksesorinya, seperti berlian dan jenis kulit.
Beg ini juga terdapat dalam pelbagai kulit seperti anak lembu dan burung unta.Antara yang paling mahal yang digunakan untuk adalah daripada kulit buaya air masin. Setiap beg dipenuhi dengan kulit, warna dalaman yang sepadan dengan luaran. Dan harga untuk beg Birkin bergantung kepada jenis kulit, warna, lekapan perkakasan dan saiz.
Saiznya sekitar dari 25, 30, 35, hingga 40 sentimeter, dengan ‘beg travel’ 50- dan 55-sentimeter. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, coklat, emas, biru laut, hijau zaitun, oren, merah jambu, biru, merah, dan putih.
Harga Beg Hermes Birkin
Hermès membenarkan harga mereka dengan kombinasi faktor seperti sejarah, reputasi, eksklusif, bahan eksotik dan jarang berlaku (rare). Untuk membina jenama, perlulah dengan cara yang betul dan tidak semua syarikat yang meletakkan harga tinggi pada produk mereka berjaya.
Harga Beg Hermes Birkin juga dipengaruhi oleh beberapa kriteria seperti :
Reputasi jenama dan sejarah: syarikat itu ditubuhkan 180 tahun yang lalu, dan ia telah berjaya membina reputasi yang kukuh dan tulen untuk dirinya sendiri;
Hasil kraft – beg buatan tangan yang dihasilkan oleh ahli seni.
Eksklusif – beg yang jarang dan unik yang tidak semua orang yang mempunyai wang mampu.
Harga – yang menjadikan Birkin status kekayaan untuk orang.
Ramai juga selebriti dan golongan berada di luar negara yang memakai beg Hermes Birkin ini. Contohnya David Beckham yang membelikan Victoria beg Ostrich leather Birkin yang berharga lebih USD150,000.
Antara beg Hermes Birkin yang paling mahal di dunia adalah:
- Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag – RM670,000
- Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag – RM803,000
- Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – RM877,000
- Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – RM1.5 juta
- Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka – RM5.53 juta
Beg Hermes Birkin yang paling mahal direkodkan adalah yang direka oleh pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka. Beg tangan Hermes Birkin ini adalah yang paling mahal di dunia dengan harga RM5.53 juta. Beg tangan tersebut diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2,000 butir berlian di bahagian luarannya dan disempurnakan dengan batu 8 karat.
Hermes adalah satu jenama unggul. Birkin adalah seperti ‘anak’ yang lahir dari Hermes. Ada juga beg jenis lain seperti Hermes Kelly yang mempunyai satu tangkai pemegang berbanding Hermes Birkin. Reputasi jenama bukanlah sesuatu yang kita peroleh semalaman, dan melainkan jika anda menggunakan bahan-bahan berkualiti yang jarang berlaku yang tidak ada orang lain.
Cara Membeli Beg Hermes Birkin
Membeli beg hermes Birkin sukar malah boleh dikatakan mustahil untuk orang-orang biasa seperti kita. Kalau kita bukan level Kim Kardashian, Victoria Beckham, Lady Gaga atau isteri Raja-Raja Arab maka jangan bermimpilah untuk membelinya meskipun kita berduit. Siti Norhaliza pun belum tentu dapat membeli beg Birkin ini.
Ia bukan sekadar bawa duit sebeg, ambil dan bawa balik tetapi perlu melalui berbagai-bagai tapisan. Untuk membelinya, mesti ada introducer dari kalangan pemakai Birkin juga yang namanya sudah tersenarai dalam senarai khas. Pelanggan harus order terlebih dahulu dan berada dalam waiting list.
Untuk masuk di dalam waiting list itu pun tidak mudah kerana pihak syarikat akan melihat pada track record belian sebelumnya, reputasi diri kita dan mengikut list ranking order di mana beg akan siap sehingga mencecah selama 6 bulan sehingga 6 tahun. Menariknya, meskipun begitu susah untuk membeli Birkin ini, tiada lagi outlet Birkin yang ditutup kerana permintaannya sangat tinggi.
Bagi yang mampu membelinya, pasti ia menjadikan Hermes Birkin satu pelaburan yang berbaloi.
95 Comments
Pelbagai kulit seperti anak lembu dan burung unta untuk membuat beg berjenama mewah dan esklusif
Rata-rata mungkin ramai yang baru mengetahui jenama beg Hermes ni tetapi ada juga yang tidak pernah mengetahuinya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
apa jadi dengan penemuan bag bag mewah seperti Hermes Birkin ni ye. Tak kuar lagi kan keputusan siasatan kes ni?
Harganya yang boleh membeli banyak buah rumah ni menjadikan Birkin status kekayaan untuk orang yang mampu memilikinya
Eksklusif kerana jenama ni menghasilkan beg yang jarang dan unik yang tidak semua orang yang mempunyai wang mampu untuk memilikinya.
Daripada kulit buaya air masin pun boleh dibuat beg dan harganya mencecah beratu-ratus ribu. Padanlah ramai orang kaya yang nak pakai jenama ni
Wahhhhh, harga beg Birkin bergantung kepada jenis kulit, warna, lekapan perkakasan dan saiz rupanya.
Ohrupa-rupanya pertemuan pelakon Jane Birkin bertemu dengan Ketua Eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan di pesawat menjadi inspirasi kepada terhasilnya jenama beg viral ni.
Harganya pun fuh! Tak apa lah, rakyat marhaen mcm CN ni pakai carlo rino pun dah rasa puas! Hahahaha
Harganya memang tak masuk akal bagi orang orang biasa siapa kita semua. Apa lah yang best sgt
Kalu di tengok kan pada harga memang terkejut kan. Tapi Kak Ros cakap, tengok pada nilai pelaburan hehe
berkin hermes dan bijan mendapat perhatian dunia sekarang ni. hebat betul penangan rampasan beg beg ini di kediaman bekas perdana menteri
satu dunia nak tahu mana datang beg beg mewah dengan harga ratusan ringgit tu. Betulkah hadiah drp vip lain?
Bukan calang-calang orang yang boleh membeli atau memiliki beg Hermes Birkin ini.
Tengokkan harga tu, super VVIP je mampu beli kot. Tapi kalu aku ada duit sebnayak VVP pon, macam tak berbaloi je beli handbag mahal mahl ni
Salam Ramadan dan Selamat hari raya maaf zahir batin.. Mahalnya harga beg hermes birkin ni.. baik beli rumah
Dasyat betul penangan beg tangan seorang wanita.
Ianya boleh menyebabkan jantung seorang lelaki berhenti seketika.
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Kunci Bahagia
Bukan jantung orang lelaki je berhenti, jantung orang perempuan pun boleh berhenti sekali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin Dengan Simpanan ASB
hahaha jantung perempuan lak kenapa boleh berhenti gk bro? Sebab terlalu excited ye
hahaha dahsyat sangat tu bro. Sebelum jantung terhenti, tak yah layan permintaan perempuan utk beli beg sebegitu mahal haha
haha kalau jantung org lelaki terhenti, sapa yg nak bayarkan beg tangan si wanita itu? hahah
Wah ternyata penyanyi yang satu ini sudah hadir di era tahun 1980-an ya, keren betu batur tahu aku
Curahan rasa Muhamad Ilyas @ ..Cara Membuat Keylogger Sederhana Menggunakan Notepad (Script Gratis)
hahaha penyanyi yang mana tu. Penah dengar dia menyanyi tak? Boleh jadi mimpi ngeri haha
siapakah penyanyi tu. Adakah anda peminat penyanyi tu? Atau pun merindui penyanyi itu?
Comments are closed.