Di sebalik Kisah Beg Hermès Birkin

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari ini, kisah beg yang berjenama dan berharga menjadi viral di Malaysia khususnya dan juga di serata dunia. Rata-rata mungkin ramai yang baru mengetahui jenama beg tersebut dan ada juga yang tidak pernah mengetahuinya.

Hermes International S.A., Hermès adalah pengeluar barang mewah mewah fesyen Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1837. Ia mengkhususkan dalam bidang kulit, aksesori gaya hidup, perabot rumah, minyak wangi, perhiasan, jam tangan dan beberapa lagi. Pengasasnya adalah Thierry Hermès yang dilahirkan di Krefeld, Jerman, bapanya orang Perancis dan ibunya orang Jerman.

Pada awal 1980-an, penyanyi pelakon Jane Birkin bertemu dengan Ketua Eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas ketika mereka duduk bersebelahan di pesawat. Dan dari situlah inspirasi oleh keperluan Jane Birkin untuk menghasilkan beg tangan yang kini menjadi jenama yang hebat.

Apa yang membuatkan Birkin hebat?

Beg Birkin dijual dalam pelbagai saiz. Setiap satu boleh dibuat dengan pesanan dengan warna, dan lekapan perkakasan yang dipilih pelanggan yang berbeza. Lain pilihan individu lain aksesorinya, seperti berlian dan jenis kulit.

Beg ini juga terdapat dalam pelbagai kulit seperti anak lembu dan burung unta.Antara yang paling mahal yang digunakan untuk adalah daripada kulit buaya air masin. Setiap beg dipenuhi dengan kulit, warna dalaman yang sepadan dengan luaran. Dan harga untuk beg Birkin bergantung kepada jenis kulit, warna, lekapan perkakasan dan saiz.

Saiznya sekitar dari 25, 30, 35, hingga 40 sentimeter, dengan ‘beg travel’ 50- dan 55-sentimeter. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, coklat, emas, biru laut, hijau zaitun, oren, merah jambu, biru, merah, dan putih.

Harga Beg Hermes Birkin

Hermès membenarkan harga mereka dengan kombinasi faktor seperti sejarah, reputasi, eksklusif, bahan eksotik dan jarang berlaku (rare). Untuk membina jenama, perlulah dengan cara yang betul dan tidak semua syarikat yang meletakkan harga tinggi pada produk mereka berjaya.

Harga Beg Hermes Birkin juga dipengaruhi oleh beberapa kriteria seperti :

Reputasi jenama dan sejarah: syarikat itu ditubuhkan 180 tahun yang lalu, dan ia telah berjaya membina reputasi yang kukuh dan tulen untuk dirinya sendiri;
Hasil kraft – beg buatan tangan yang dihasilkan oleh ahli seni.
Eksklusif – beg yang jarang dan unik yang tidak semua orang yang mempunyai wang mampu.
Harga – yang menjadikan Birkin status kekayaan untuk orang.

Ramai juga selebriti dan golongan berada di luar negara yang memakai beg Hermes Birkin ini. Contohnya David Beckham yang membelikan  Victoria beg Ostrich leather Birkin yang berharga lebih USD150,000.

Antara beg Hermes Birkin yang paling mahal di dunia adalah:

  • Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag – RM670,000
  • Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag – RM803,000
  • Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – RM877,000
  • Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – RM1.5 juta
  • Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka – RM5.53 juta

Beg Hermes Birkin yang paling mahal direkodkan adalah yang direka oleh pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka. Beg tangan Hermes Birkin ini adalah yang paling mahal di dunia dengan harga RM5.53 juta. Beg tangan tersebut diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2,000 butir berlian di bahagian luarannya dan disempurnakan dengan batu 8 karat.

 

Hermes adalah satu jenama unggul. Birkin adalah seperti ‘anak’ yang lahir dari Hermes. Ada juga beg jenis lain seperti Hermes Kelly yang mempunyai satu tangkai pemegang berbanding Hermes Birkin. Reputasi jenama bukanlah sesuatu yang kita peroleh semalaman, dan melainkan jika anda menggunakan bahan-bahan berkualiti yang jarang berlaku yang tidak ada orang lain.

Cara Membeli Beg Hermes Birkin

Membeli beg hermes Birkin sukar malah boleh dikatakan mustahil untuk orang-orang biasa seperti kita. Kalau kita bukan level Kim Kardashian, Victoria Beckham, Lady Gaga  atau isteri Raja-Raja Arab maka jangan bermimpilah untuk membelinya meskipun kita berduit. Siti Norhaliza pun belum tentu dapat membeli beg Birkin ini.

Ia bukan sekadar bawa duit sebeg, ambil dan bawa balik tetapi perlu melalui berbagai-bagai tapisan. Untuk membelinya, mesti ada introducer dari kalangan pemakai Birkin juga yang namanya sudah tersenarai dalam senarai khas. Pelanggan harus order terlebih dahulu dan berada dalam waiting list.

Untuk masuk di dalam waiting list itu pun tidak mudah kerana pihak syarikat akan melihat pada track record belian sebelumnya, reputasi diri kita dan mengikut list ranking order di mana beg akan siap sehingga mencecah selama 6 bulan sehingga 6 tahun. Menariknya, meskipun begitu susah untuk membeli Birkin ini, tiada lagi outlet Birkin yang ditutup kerana permintaannya sangat tinggi.

Bagi yang mampu membelinya, pasti ia menjadikan Hermes Birkin satu pelaburan yang berbaloi.


Spread the love

95 Comments

  1. Harga beg menyebabkan saya ternganga seketika..

    itulah prestij dan lambang orang kaya..

    fungsi asas beg sebegitu sama sahaja dengan beg yang kita beli pasar malam iaitu untuk menyimpan dan mengangkut barang..

    cuma dari segi nilai kemegahan sahaja yang jauh berbeza.

    kalau dapat beli satu ada rasa megah tak dengan kehendakan dunia..

    apa-apapun moga-moga kita menjadi kaya yang tidak membazir tetapi membina jambatan pahala paling panjang ke akhirat.

    Palestin,Rohinga,Kemboja dan banyak lagi negara yang rakyatnnya masih perlu duit untuk membeli makanan..
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita Ketika Solat Tarawih Betul Betul BerlakuMy Profile

    1. Fungsi memang beg ni sama, mungkin feel atau rasa perasaan semasa membimbit beg berharga ratusan RM ni lain?..

    1. Yup. Tang waiting list tu yg ramai tak tahu. Jadi tu sbb beg ni rare dan memang second hand value pun lagi tinggi dari yg baru.

      Tapi respek juga kat orang kaya yg ada beg ni sepah2 kat rumah. Takde nak snap tayang kat IG kan? Kita ni, baru beg Bonia dah kecoh hastag bagai, bagitahu satu Malaya ..

    1. Tak terjangkau dek akl orang biasa dengan kekayaan mereka ni. Kdg kdg terfikir, macam mana nak buat duit sebanyak yang mereka buat

      1. Hanya mereka yang berusah keras utk capai kejayaan je tahu macam mana nak harga duit juta juta yang mereka ada..

    1. heheh.. dapat lak yang paling mahal tu. Uish memang la. Tapi kalu saya tak kot buang duit di hangbag ni. Baik gi travel

    1. haha menggendong banglo ke sana ye..bagus perumpamaan tu bro. Agak agak resell value ni sebagus sebiji rumah tak?

  2. Salam Tuan..
    Saya bacanya terkulat-kulat tengok harga. Macam pelik ya, harga semahal tu hanya BAG, boleh dapat sebijik kereta yang bole naik ramai orang. Saya ni kalau beli yang 100/200 ratus pun, kawan kata mahal, sendiri nak beli pun fikir dua tiga kali. Tapi syukur juga ada kawan-kawan menegur sebegitu harga bag, setidaknya saya tau, golongan macam mana kawan sekeliling saya, tidak perlu nak nampak mewah, janji seadaanya..kalau memang jutawan, apa salahnya..

    1. tu la bestnya ada kawan kawan yang berfikiran begitu di keliling ni. Sebab rakan rakn kuat pengaruhnya dlm hidup kan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!