Denaihati Rewards Loyalty Program

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sepanjang bulan Julai dan Ogos pasti Rakan Blogger telah melihat butang Rewards yang terpasang di kiri bawah blog Denaihati. Butang Denaihati Rewards dipasang setelah mendapat inspirasi dari Amanz Rewards yang disediakan oleh blog Amanz.my. Mencontohi yang baik untuk memberi extra kepada Rakan Denaihati Network pasti tidak ada salahnya.

Denaihati Rewards Loyalty Program adalah merupakan salah satu cara blog Denaihati memberi ganjaran kepada Rakan Blogger, disamping pada masa yang sama menarik lebih ramai lagi para pembaca baru ke blog Denaihati.

Untuk mendapat ganjaran dan hadiah di Denaihati Rewards, Rakan Blogger mesti mempunyai akaun Facebook. Rakan Blogger boleh mengumpulkan mata ganjaran setiap hari dengan beberapa cara, termasuk mengunjungi blog Denaihati setiap hari, meninggalkan komen pada entri baru dan lama, menekan butang Like, Retweet dan juga menekan butang Google+1. Pastikan rakan-rakan telah menghubungkan akaun anda bersama-sama butang Rewards tersebut untuk mendapat mata ganjaran.

Untuk melihat jumlah points yang perlu dikumpulkan dan hadiah yang disediakan boleh klik Butang Denaihati Rewards dan klik Catalog. Jumlah points dan hadiah akan berubah dari masa kesemasa mengikut kesesuain.

Kepada yang sudah layak sila ikut cara claim rewards :

1. Klik button untuk claim rewards

2. Kirimkan nama, no hp (pre paid), jenis telco (Celcom/Maxis/Digi), jumlah prepaid dan jumlah points yang di claim ke email saya [at] denaihati [dot] com.

3. Hadiah akan dikirimkan kepada yang telah membuat claim dengan betul dalam tempoh 30 hari.

Kepada yang sudi untuk sponsor ganjaran dan hadiah untuk Denaihati Rewards Loyalty Program sila berhubung terus di email saya [at] denaihati [dot] com. Hidupkan Untuk Memberi.

Nota : Soaljawab Denaihati Rewards @ FAQ.


Spread the love

399 Comments

  1. Rewards untuk bulan March 12, saya dah dapat claim untuk digi prepaid rm50…..terima kasih DH, sekarang mahu try claim rm100 tunai pula, baru je htr, harap2 dapat juga….

  2. dah redem bulan mac 2012 tapi belum terima. cuma dpt email dari DH confirm dah claim tunggu 7 hari.akan beri info tapi sampai skrg tak ada news pun. Email kat DH pun x de jawapan.

  3. saya dah claim reward tapi belum dapat. bila baca ni baru tau kena hantar nama, no tel dan jenis prepaid yg nak di gunakan. ok sekejap lagi saya email kan semua data2 tersebut.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!