Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri kembara sebelum ini “kembara Afika Selatan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Krabi Thailand.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bulan Mei setiap tahun sejak 2012 Abang sering mengembara keluar negara untuk melihat keindahan alam ciptaan ALLAH, boleh baca di Kembara Denaihati. Tahun ini rakan kembara tidak dapat bersama kerana simpan cuti untuk menjadi tetamu ALLAH, mengerjakan ibadah haji bersama isteri. Kebetulan anak yang belajar di Madrasah An Nur sedang bercuti panjang jadi Abang ambil keputusan mengembara bersama isteri dan anak tahun ini. Destinasi kali adalah kembara ke Krabi Thailand dekat tapi belum pernah dijejaki.
Abang buat persiapan pembelian tiket pesawat dan tempahan bilik hotel di saat terakhir kerana kebetulan sehari sebelum terbang ada tetamu dari Indonesia datang ziarah. Terbang dengan Airasia sebab lambat buat tempahan dapat harga agak mahal RM800 pergi balik. Menggunakan Agoda tempah bilik di hotel Pelican Residence & Suite di pantai Klong Muang sebelum terbang ke Krabi, memilih sedikit jenis bilik sebab kami pergi bertiga. Harga tertera dalam website Agoda USD1038 tapi sebab ahli dapat harga istimewa USD138, ada kolam renang peribadi. Kalau kawan nak booking hotel murah macam Abang sila klik sini Hotel Agoda.
Abang memang tak boleh nak bayangkan Krabi ini macam mana sebab tak sempat nak buat kajian. Sementara menunggu terbang baca beberapa blog review tentang Krabi. Menurut review ini majoriti pelancong yang datang ke Krabi akan menetap di Pantai Ao Nang.
Alhamdulillah penerbang ikut jadual dan proses imigresen pun tiada masalah. Perkara pertama yang Abang buat tanya pada kaunter pelancongan berapa jauh Pantai Klong Muang dari airport, berapa jauh dari bandar dan bagaimana nak dapatkan makanan halal di Krabi. Setelah mendapat semua informasi, Abang ambil keputusan untuk menyewa kereta. Abang sewa kereta Toyota Altis dari syarikat sewa Sixt pada kadar RM110 sehari. Dokumen yang perlu untuk menyewa hanya pasport dan lesen memandu. Oleh kerana Thailand negara Asean jadi tidak perlukan lesen memandu antarabangsa seperti pengalaman memandu di Eropah.
Suasana kiri kanan memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ke Pantai Klong Muang hampir sama seperti memandu di Malaysia cuma bahasa di papan tanda sahaja berbeza. Jaraknya lebih kurang 30 KM. Waze bantu menunjuk arah sehingga sampai ke hotel.
Sesampai di Hotel Pelican kami disambut dengan ramah. Salah seorang krew wanita, Diana begitu teruja apabila berjumpa isteri rupanya dia Islam, siap peluk-peluk lagi. Hotel Pelican terletak di hujung pekan kecil di Pantai Klong Muang. Lokasi hotel dengan pantai hanya di pisahkan dengan jalanraya sahaja. Memang tenang dan ramai pelancung dari Eropah menentap di sini. Betul bilik kami ada kolam peribadi yang agak besar, konsep apartment dua bilik yang luas dan selesa. Berbaloi sangat bayar USD138 semalam.
Lewat petang perut pun dah berbunyi. Apa lagi masa mencari seefood Krabi yang segar. Diana maklumkan pada kami antara seefood halal yang besar di Krabi adalah Restoran Paknam Seafood. Guna waze Abang pun memandu menuju ke Restoran Paknam di daerah Sai Thai, Mueang, lebih kurang 20 km daripada Hotel. Memang berbaloi memandu sejauh itu sebab makanannya memang sedap dan suasan di tepi sungai menambah sedap makan.
Selesai mengisi perut dengan berbagai menu seafood kami bergerak ke Pantai Ao Nang. Memang meriah Ao Nang ini ada beratus hotel memewah, sederhana mewah dan homestay. Memang meriah di sini ada macam jenis kedai, kelab malam, pusat urut Thai, restoran dan banyak juga kedai-kedai makan halal. Nampak juga masjid besar tersergam tepi jalan dalam pekan Ao Nang. Betul lah majoriti pelancong tertumpu di sini. Kami hanya lalu sebab nak terus pulang, esok ada aktiviti laut lebih lapan jam. Jarak Pantai Ao Nang dengan Pantai Klong Muang lebih kurang 10 KM.
Awal pagi jam 8 am, hari kedua kami sudah bersedia di lobi hotel untuk ke Pulau Phi Phi. Bayaran untuk ke Phi Phi Island adalah 1800 baht seorang tapi Diana bagi harga istimewa 1500 baht dan tambahan 400 baht untuk yuran antarabangsa. Selain daripada pakej Pulau Phi Phi ada lagi 3 pakej iaitu pakej 4 island, snorkeling dan hot spring. Semua pakej harga berbeza-beza. Kami di bawa ke jeti di Pantai Ao Nang, berkumpul bersama-sama pelancung daripada hotel-hotel lain.
Jam 9 am, bot laju yang diisi 35 pelancung dari berbagai negara dengan enjin berkuasa kuda 750 mula membelah laut menuju beberapa destinasi. Sungguh indah pemandangan laut Krabi dengan dihiasi pulau-pulau kecil dan air laut hijau kebiru-biruan, sangat jernih. Lokasi pertama yang kami singgah selama 45 minit adalah Pantai Bamboo. Sangat cantik dan pasirnya sangat halus.
Kemudian kami dibawa ke sebuah kawasan yang dipenuhi pulau-pulau batu kapur. Subhanallah memang sangat cantik, tak mahu tulis banyak tengok gambar dan tonton video kembara Krabi dari kami. Kami di bawa ke gua batu kapur, pantai Maya dan sempat juga snorkeling untuk pertama kali dalam hidup. Di Pantai Maya kami dibenarkan mandi manda, memang seronok. Selepas Pantai Maya kami singgah kejap di Monkey Beach dan terus ke Pulau Phi Phi.
Abang pernah sampai di Pulau Phi Phi pada tahun 1992, tapi sekarang setelah Tsunami banyak sudah berubah, lebih cantik. Di sini kami diberi makan tengahari secara buffet. Di Pulai Phi Phi majoriti penduduk adalah Islam jadi semua buffet yang disediakan adalah halal dan ada logo halal terpampang besar. Surau pun tidak jauh dari jeti dan sangat bersih, ada telekong, ada kain pelekat dan juga jubah. Kami berehat di sini dan buat aktiviti bebas lebih kurang satu jam.
Kami bergerak dari Pulau Phi Phi pada jam 3.30 pm dan sampai di jeti Pantai Ao Nang pada jam 4,30 pm. Sepanjang perjalanan pergi dan balik untuk pakej Phi Phi Island terasa berada di Syurga dunia, begitu cantik alam ciptaan ALLAH. Sampai bilik apa lagi terjun kolam untuk buang segala pasir dan garam laut yang melekat di badan.
Sebelum Maghrib teman madam urut kali di sebuah pusat urut di Pantai Klong Muang sambil layan sunset yang sangat indah. Tepi pantai ini ada berpuluh gerai dengan berbagai juadah yang sesuai untuk pelancung bukan Islam. Memang meriah. Sebelah malam kami memandu ke Pekan Ao Nang untuk mencuba seafood halal Krabi di Restoran Bamboo yang terletak di Muslim Street Ao Nang, berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Ada berpuluh restoran halal di kawasan ini boleh semak di Makanan Halal di Krabi. Kali ini kami cuba menu lobster segar dan ikan bakar.
Hari ketiga sebelum balik kami berjalan-jalan di Pantai Klong Muang tengok nelayan turunkan ikan. Madam layan urut badan di tempat semalam, katanya urutannya sedap dan harga murah. Kami keluar dari hotel agak awal sebab nak singgah solat zuhur di Masjid Ao Nang. Selesai solat kami dipelawa oleh seorang jemaah untuk ke Restoran halalnya iaitu Restoran Seefood A Hud yang tidak jauh daripada masjid. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Lapangan terbang, sempat singgah setengah jam di Krabi Outlet Village kira-kira 5 KM dari airport.
Video Kembara Denaihati di Krabi
Amir Denaihati (follow FB sebab banyak lagi kisah kembara yang menarik)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
62 Comments
🙂
Saya jual shaklee malaysia tapi tinggal di jepun.
Jemput la travel ke jepun, banyak tempat2 menarik 🙂
Curahan rasa Nik Afiza @ ..Persediaan Ramadhan 2017
In Shaa Allah.. Kalau ada rezeki kami pun teringin nak melancong ke Jepun satu hari nanti… Doakan yer…
Curahan rasa Anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Pernah jejak kaki di Tokyo, ada buat entri. Insyaa Allah next trip ke sana saya roger. Memang best travel ke Jepun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hidup ikut kemampuan jangan terlebih gaya
Bestnya Krabi. Selalu tengok kawan post gambar cantik2 dari Krabi. Orang jepun kata chouu kireii (sangat cantik) 🙂
Tu lah kan… 3 orang adik ipar saya, memilih destinasi berbulan madu ke Krabi… Bila mereka post dekat FB gambar-gambar masa cuti dekat sana, rasa macam nak pergi jer…
Curahan rasa Anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Masa kami honeymoon dulu dekat Kota Kinabalu jer… Isteri saya anak sulung, saya pula anak kedua.. Jadi dalam keluarga kami kahwin awal…. Masa tu tak terfikir pula nak honeymoon ke Krabi..
Curahan rasa Anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
kalau nak pergi masa sekarang ni rasa leceh sikit… Sebab anak-anak semua kecil-kecil lagi… In Shaa Allah, tunggu anak-anak dah besar sikit nanti bolehlah pergi…
Curahan rasa Anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Saya tak sampai lagi. Bila tengok gambar dalam ni memang cantik. Air jernih sungguh. Patutlah anak lelaki ajak pergi sini. Insyaallah ada rezeki sampailah. Tapi harga hotel tu banyak betul bezanya.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Apa Kelebihan Sarung Tangan Musim Sejuk Touch Screen
Tu lah… Kalau ada peluang memang kena pergi ni… Hehehe..
Rugi pulak tak pergi melancong ke Krabi ni… Kalau nak diikutkan bukannya jauh pun antara negara Malaysia dengan Thailand ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
subhanAllah, cantik-cantik pemandangan di Krabi. InshaAllah ada rezeki boleh melancong untuk cuci2 mata kan.
Semoga kita sama-sama ada rezeki untuk mengikut jejak langkah Tuan Denaihati menjejaki tempat-tempat percutian yang menarik termasuk Pulau Krabi…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Nak sampai ke tahap tu kita kena bekerja dengan lebih keras… Supaya kita dapat keluar daripada hidup “Rat Race” satu hari nanti..
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Wah-wah-wah.. Memang seronok ni.. Tempatnya pun cantik-cantik.. Memang tak rugi kalau ke sini…
Curahan rasa Hafizul @ ..Kopi Kaw Tanpa Gula
jika tidak terikat dengan kerja harian..atau lahir dalam keluarga berada..mmg ada keinginan jadi mat saleh yang sering backpacking ke sana ke mari haha..itu maknan kehidupan sebenar haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kontroversi Ibrahim ‘Ujang’ Anon & Majalah Komik Upin Ipin Luahan Di Sebalik Kisah Sebenar
Yang back packing tu bukan semuanya orang berada. ramai je blogger Malaysia yang biasa-biasa jadi back packer malahan dengan kisah kembara mereka boleh jana income.
Curahan rasa Denaihati @ ..Sistem Celcom mengecewakan ramai pengguna
Subhanallah cantik betul pemandangan di krabi ni. Ada rezeki in shaa allah teringin juga nak jejakkan kaki ke sana 😉 sejuk mata memandang. Hilang sekejap tekanan yang ada kan bila pergi bercuti ni.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Peluang Bisnes Dari Rumah Untuk Suri Rumah
Jauh berjalan tuan. Kalau Mama nak pegi pantai belah sabah pun jadi
.
Sebab dengarnya Mabul tu lawa
.
Tak kalah Krabi
Curahan rasa Mama Hakim @ ..5 Cara Mencegah Penyakit Kencing Manis
Pantai dekat Sabah pun tak kurang hebatnnya…
Ada pulau Mabul dan Sipadan… Kalau nak dekat dengan bandar Kota Kinabalu boleh pergi 3 pulau Gaya, manukan, dan Sapi…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
weih keren neh abang jalan2 ke thailand, semoga sukses selalu ya Bang dan sehat sehat selalu yaaaa…
Curahan rasa ali afif @ ..Kumpulan Cerita Romantis Terbaik IST
Sekali sekala dapat keluar daripada rutin harian, dah cukup seronok..
cantik pantai nya.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Tips Luka Kencing Manis Cepat Sembuh, Elakkan Risiko Kaki Dipotong
ya betul tu… Kena pula dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T yang cukup mempersonakan… Subhan Allah..
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
dah lama juga tak pegi krabi.
lama gila.
teringin nak pi lagi kalau ada masa terluang nanti.
Curahan rasa titan @ ..Panduan Kerja di Singapura
Setakat ni belum pernah lagi sampai ke Krabi..
Cuma pernah tengok gambar-gambar adik ipar saya yang oernah bercuti di sana..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Ada 3 orang adik ipar saya memilih Krabi sebagai destinasI honeymoon mereka.. ketiga-tiganya kata best..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Teringin juga nak ke sana satu hari nanti… tapi belum berkesempatan lagi..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Subhan Allah.. cantiknya pemandangan pantai-pantai di sana.. Airnya jernih.. sungguh indah alam ciptaan Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Saya belum pernah sampai Thai, ada pun sampai Padang Besar je.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kenapa Kami Perlu Pilih Anda Untuk Jawatan Ini
Samalah kita hehehe… Hari tu kelab kebajikan di tempat kerja saya ada buat Trip konvoi (naik kereta) ke beberapa bandar di Thailand…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Tapi tak dapat nak join sebab baru dapat baby masa tu..
Nak tinggalkan anak-anak rasa tak sampai hati pulak…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
bagi saya dan isteri kalau nak bercuti ke mana sekali pun mesti dengan anak-anak… Nikmat percutian tak dapat dirasai tanpa anak-anak di sisi..
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
In Shaa Allah, kalau anak-anak dah besar nanti… Boleh jer kalau nak join mana-mana trip percutian yang dianjurkan oleh rakan-rakan sekerja..
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Tengok gambar dan baca pengalaman DH nie memang buat rasa nak ke Krabi. Dulu pernah pergi masa anak masih kecil. Memang cantik tempatnya, makanan halal pun banyak dan sedap-sedap belaka. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pilih Rawatan Resdung Betul-Betul, Jangan Sampai Tertipu!
Sis Oja Samid ada kongsikan tak pengalaman tu dalam blog?
Kalau tak ada sempat lagi nak kongsikan…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Bagi saya blog ni merupakan satu jurnal atau diari maya… Kita boleh share apa sahaja kenangan personal atau kenangan bersama keluarga untuk diabadikan dalam blog kita..
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Satu hari nanti kita boleh baca balik kisah-kisah hidup kita dan juga ada kemungkinan anak cucu kita akan membaca kisah-kisah tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Comments are closed.