Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri kembara sebelum ini “kembara Afika Selatan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Krabi Thailand.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bulan Mei setiap tahun sejak 2012 Abang sering mengembara keluar negara untuk melihat keindahan alam ciptaan ALLAH, boleh baca di Kembara Denaihati. Tahun ini rakan kembara tidak dapat bersama kerana simpan cuti untuk menjadi tetamu ALLAH, mengerjakan ibadah haji bersama isteri. Kebetulan anak yang belajar di Madrasah An Nur sedang bercuti panjang jadi Abang ambil keputusan mengembara bersama isteri dan anak tahun ini. Destinasi kali adalah kembara ke Krabi Thailand dekat tapi belum pernah dijejaki.
Abang buat persiapan pembelian tiket pesawat dan tempahan bilik hotel di saat terakhir kerana kebetulan sehari sebelum terbang ada tetamu dari Indonesia datang ziarah. Terbang dengan Airasia sebab lambat buat tempahan dapat harga agak mahal RM800 pergi balik. Menggunakan Agoda tempah bilik di hotel Pelican Residence & Suite di pantai Klong Muang sebelum terbang ke Krabi, memilih sedikit jenis bilik sebab kami pergi bertiga. Harga tertera dalam website Agoda USD1038 tapi sebab ahli dapat harga istimewa USD138, ada kolam renang peribadi. Kalau kawan nak booking hotel murah macam Abang sila klik sini Hotel Agoda.
Abang memang tak boleh nak bayangkan Krabi ini macam mana sebab tak sempat nak buat kajian. Sementara menunggu terbang baca beberapa blog review tentang Krabi. Menurut review ini majoriti pelancong yang datang ke Krabi akan menetap di Pantai Ao Nang.
Alhamdulillah penerbang ikut jadual dan proses imigresen pun tiada masalah. Perkara pertama yang Abang buat tanya pada kaunter pelancongan berapa jauh Pantai Klong Muang dari airport, berapa jauh dari bandar dan bagaimana nak dapatkan makanan halal di Krabi. Setelah mendapat semua informasi, Abang ambil keputusan untuk menyewa kereta. Abang sewa kereta Toyota Altis dari syarikat sewa Sixt pada kadar RM110 sehari. Dokumen yang perlu untuk menyewa hanya pasport dan lesen memandu. Oleh kerana Thailand negara Asean jadi tidak perlukan lesen memandu antarabangsa seperti pengalaman memandu di Eropah.
Suasana kiri kanan memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ke Pantai Klong Muang hampir sama seperti memandu di Malaysia cuma bahasa di papan tanda sahaja berbeza. Jaraknya lebih kurang 30 KM. Waze bantu menunjuk arah sehingga sampai ke hotel.
Sesampai di Hotel Pelican kami disambut dengan ramah. Salah seorang krew wanita, Diana begitu teruja apabila berjumpa isteri rupanya dia Islam, siap peluk-peluk lagi. Hotel Pelican terletak di hujung pekan kecil di Pantai Klong Muang. Lokasi hotel dengan pantai hanya di pisahkan dengan jalanraya sahaja. Memang tenang dan ramai pelancung dari Eropah menentap di sini. Betul bilik kami ada kolam peribadi yang agak besar, konsep apartment dua bilik yang luas dan selesa. Berbaloi sangat bayar USD138 semalam.
Lewat petang perut pun dah berbunyi. Apa lagi masa mencari seefood Krabi yang segar. Diana maklumkan pada kami antara seefood halal yang besar di Krabi adalah Restoran Paknam Seafood. Guna waze Abang pun memandu menuju ke Restoran Paknam di daerah Sai Thai, Mueang, lebih kurang 20 km daripada Hotel. Memang berbaloi memandu sejauh itu sebab makanannya memang sedap dan suasan di tepi sungai menambah sedap makan.
Selesai mengisi perut dengan berbagai menu seafood kami bergerak ke Pantai Ao Nang. Memang meriah Ao Nang ini ada beratus hotel memewah, sederhana mewah dan homestay. Memang meriah di sini ada macam jenis kedai, kelab malam, pusat urut Thai, restoran dan banyak juga kedai-kedai makan halal. Nampak juga masjid besar tersergam tepi jalan dalam pekan Ao Nang. Betul lah majoriti pelancong tertumpu di sini. Kami hanya lalu sebab nak terus pulang, esok ada aktiviti laut lebih lapan jam. Jarak Pantai Ao Nang dengan Pantai Klong Muang lebih kurang 10 KM.
Awal pagi jam 8 am, hari kedua kami sudah bersedia di lobi hotel untuk ke Pulau Phi Phi. Bayaran untuk ke Phi Phi Island adalah 1800 baht seorang tapi Diana bagi harga istimewa 1500 baht dan tambahan 400 baht untuk yuran antarabangsa. Selain daripada pakej Pulau Phi Phi ada lagi 3 pakej iaitu pakej 4 island, snorkeling dan hot spring. Semua pakej harga berbeza-beza. Kami di bawa ke jeti di Pantai Ao Nang, berkumpul bersama-sama pelancung daripada hotel-hotel lain.
Jam 9 am, bot laju yang diisi 35 pelancung dari berbagai negara dengan enjin berkuasa kuda 750 mula membelah laut menuju beberapa destinasi. Sungguh indah pemandangan laut Krabi dengan dihiasi pulau-pulau kecil dan air laut hijau kebiru-biruan, sangat jernih. Lokasi pertama yang kami singgah selama 45 minit adalah Pantai Bamboo. Sangat cantik dan pasirnya sangat halus.
Kemudian kami dibawa ke sebuah kawasan yang dipenuhi pulau-pulau batu kapur. Subhanallah memang sangat cantik, tak mahu tulis banyak tengok gambar dan tonton video kembara Krabi dari kami. Kami di bawa ke gua batu kapur, pantai Maya dan sempat juga snorkeling untuk pertama kali dalam hidup. Di Pantai Maya kami dibenarkan mandi manda, memang seronok. Selepas Pantai Maya kami singgah kejap di Monkey Beach dan terus ke Pulau Phi Phi.
Abang pernah sampai di Pulau Phi Phi pada tahun 1992, tapi sekarang setelah Tsunami banyak sudah berubah, lebih cantik. Di sini kami diberi makan tengahari secara buffet. Di Pulai Phi Phi majoriti penduduk adalah Islam jadi semua buffet yang disediakan adalah halal dan ada logo halal terpampang besar. Surau pun tidak jauh dari jeti dan sangat bersih, ada telekong, ada kain pelekat dan juga jubah. Kami berehat di sini dan buat aktiviti bebas lebih kurang satu jam.
Kami bergerak dari Pulau Phi Phi pada jam 3.30 pm dan sampai di jeti Pantai Ao Nang pada jam 4,30 pm. Sepanjang perjalanan pergi dan balik untuk pakej Phi Phi Island terasa berada di Syurga dunia, begitu cantik alam ciptaan ALLAH. Sampai bilik apa lagi terjun kolam untuk buang segala pasir dan garam laut yang melekat di badan.
Sebelum Maghrib teman madam urut kali di sebuah pusat urut di Pantai Klong Muang sambil layan sunset yang sangat indah. Tepi pantai ini ada berpuluh gerai dengan berbagai juadah yang sesuai untuk pelancung bukan Islam. Memang meriah. Sebelah malam kami memandu ke Pekan Ao Nang untuk mencuba seafood halal Krabi di Restoran Bamboo yang terletak di Muslim Street Ao Nang, berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Ada berpuluh restoran halal di kawasan ini boleh semak di Makanan Halal di Krabi. Kali ini kami cuba menu lobster segar dan ikan bakar.
Hari ketiga sebelum balik kami berjalan-jalan di Pantai Klong Muang tengok nelayan turunkan ikan. Madam layan urut badan di tempat semalam, katanya urutannya sedap dan harga murah. Kami keluar dari hotel agak awal sebab nak singgah solat zuhur di Masjid Ao Nang. Selesai solat kami dipelawa oleh seorang jemaah untuk ke Restoran halalnya iaitu Restoran Seefood A Hud yang tidak jauh daripada masjid. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Lapangan terbang, sempat singgah setengah jam di Krabi Outlet Village kira-kira 5 KM dari airport.
Video Kembara Denaihati di Krabi
Amir Denaihati (follow FB sebab banyak lagi kisah kembara yang menarik)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
62 Comments
Kapan ya saya dan keluarga bisa jalan-jalan seperti Bang Amir, Insya Allah… Btw, kisah perjalanan ke krabi Thailandnya cukup seru.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..XL Break The Box, Ikuti Live Streaming Game Pertama di Indonesia
Krabi memang tempat yang menarik..
dapat pergi memang beruntung la..
untung sakan dapat jalan-jalan ambil ambik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
Ramai kawan kawan kita dah pergi krabi untuk percuti
Maznee sekeluarga belum rasa teringin nak pergi lagi
Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Krim Malam Shaklee Untuk Kulit Yang Cantik & Awet Muda!
sekarang paling senang nak pergi..
booking online..kapal terbang,hotel dan restoren..semua online..
sangat mudah untuk melancong tak kira ke Krabi atau ke mana sahaja..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
Cantik sangat pantai di Krabi. Terus terasa nak berkembara ke sana. Tapi kena kumpul duit dulu maklumlah duit kita sekarang jatuh teruk berbanding Baht.
saya suka tengok air laut di pantai Krabi…
jernih sekali dan nampak bersih…
rasa nak pergi juga ke sana..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
memukau sungguh pemandangannya. entah bila lah boleh jejakkan kaki di sana.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tips Kejayaan Pasukan Catur
tahun depan la kita boleh pergi ke Krabi..
tahun ini buat duit banyak-banyak dulu..
dah banyak duit kita melancong..
plan begitu sangat mudah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
Alangkah bestnya kalau pantai dekat Port Dickson macam ni. Fuh.
pantai Port Dickson ada keunikan yang tersendiri..
namun kemudahan pelancongan negara kita dah semakin baik..
Begitu juga Krabi ada keunikan yang tersendiri
Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
krabi ni dah la cantik, makanan semua sedap. kena dengan taste
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix
SubhanAllah, cantiknya pemandangan..
Terasa seperti berada di sana waluapun
hanya membaca catatan di blog denaihati huhu
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Cantiknya pantai krabi ni ya
Air dia jernih je
Memang memukau
Curahan rasa Ibu zaid @ ..Kawal Diabetes Ibu Mengandung Dengan Cara Ini
Bestnya dapat jalan2 ke sana.. 🙂
Mudah-mudahan Aya ada rezeki juga ke sana. Amin
Curahan rasa Aya @ ..WooXpress: 7 Fakta Yang Perlu Anda Tahu!
aamiin ada rezeki tu lagi pun pakej Krabi kalau urus sendiri dan booking awal boleh tahan murah je.
Curahan rasa denaihati @ ..Beza usahawan Multi Level yang berjaya
wah asyik nih, nice review, yang baca jadi serasa ikut berpetualang
Selepas penat bekerja, kenalah bagi fizikal dan fikiran rehat sikit. Bercuti dengan berjalan-jalan melihat pemandangan adalah hadiah kepada diri selepas penat bekerja.
Jalan-jalan atas muka bumi melihat ciptaan Allah dan ambil pengajaran darinya adalah tuntutann agama. Ada suruhannya dalam alQuran.
Subhanallah.. cantiknya… ciptaan Allah. Sambil baca sambil khusyuk tengok gambar2 yg hj amir rakam. Paling best dapat pergi dengan family. Inshaa Allah saya pun nak juga ke Krabi nanti. Hehehee..
Curahan rasa Cahaya Diana @ ..8 Sebab anda patut hadir majlis Sepetang Bersama Blogger 2017
Krabi sangat cantik..
Syurga untuk orang yang suka melancong..
Tak terkata hebatnya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Panduan Terbaik Guna Grup Whatsapp
Setuju… Kalau ada rezeki, In Shaa Allah akan sampai juga ke sini satu hari nanti…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
krabi destinasi impian semua traveler kapan bisa jalan-jalan lagi ke luar negeri ya jadi termimpi nanti setelah lihat postingan ini
Curahan rasa newbie blogger @ ..Aston Madiun Hotel and Conference Center
Comments are closed.