Denaihati berubah wajah .. ok ke?

Spread the love

Salam 1Malaysia, kalau Penjara Pudu roboh menyembah bumi untuk diubah menjadi pusat komersial yang bernilai tinggi. Denaihati juga berubah untuk menepati kehendak semasa bagi menambah nilai. Komen yang sering diterima adalah Denaihati ambil masa yang lama untuk loading terutama ketika line broadband tengah merapu. Tapi komen paling merisaukan adalah daripada Alexa.

Bila periksa speed di Blog/website speed test macam ok je. Walauapapun aku tak boleh syook sendiri. Komen dan feedback daripada visitors mesti aku dengar dan ambil tindakan kalau tidak pasti diaorang cabut lari pergi blog lain yang lebih pantas. Jadi ingat kawan-kawan jangan lupa check speed blog tu ya.

Banyak sungguh jasa Grunge Style Themes yang menjadi permulaan dunia wordpress untuk Denaihati.com.

Setelah survey lebih daripada 2 minggu akhirnya aku berubah angin menggunakan Woothemes kalau tak silap sama dengan yang AzmanIshak.com gunakan.

Semuga Denaihati yang berubah wajah dengan themes baru ini dapat menyelesaikan masalah dasar yang berlaku di Denaihati.com. Komen dan cadangan dari teman-teman sangat dialu-alukan untuk menambah baik Denaihati.com.


Spread the love

361 Comments

  1. entahlah, susah juga nak cakap hal-hal blog ni sebab aku tak arif sangat tentangnya; aku main hentam keromo saja. akhirnya aku terpaksa bertawakal penuh dengan script yang entah dari mana aku cedok entah

  2. ok lah theme ni..kalau nak laju n cepat load guna theme ni..kalau nak menarik, yang dulu lagi menarik..hehe :mrgreen:
    masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..

    1. Baru prasan gravatar bro dah berubah juga ni. Theme lama pun menarik juga, nampak professional tapi agak lambat nak load. Mungkin banyak image.

  3. template ni mmg ok sbb agak simple dan lebih laju loading drp template yg dulu..
    satu lagi cadangan aku, kalau boleh break komen utk 30-40 sahaja dalam satu page (setting di dashboard -> discussion).. yang tu pun bole tambah kelajuan loading.. (Slow sites may be penalized by search engines)

    1. lagi satu bro, yg reply tu double… kalau sebelum ni guna plugin wp threaded comment, disable/inactive-kan plugin tu sbb theme ni dah ada sedia threaded comment.. tu berdasarkan pengalaman aku sblm ni sbb akupun guna woothemes juga

      p/s: banyak plk komen aku.. melebih-lebih 😀

  4. @Steward John saya baru2 je hangout kat kat cnie…i’m new blogger…sblm neh blogwalker jer…

  5. salam… sejuk mata memandang…cantekk!! tpinky pun dah berubah wajah.. look pinky gitu

      1. @mieran, heeeeeeeeeeee tu la pasal…dapat jer template tu…trs tukar… pas tu tgk denaihati pun ada post psl tukar wajah…ermmm ok juga kan tukar2.. bru rasa semangat nak update blog

      1. @Steward John, blog yang background putih lagi senang nak baca..

        a’ah ni logo baru, untuk ganti lama..logo yang lama punya tak berapa jelas dan menarik ar..oh perasan ek logo baru ni..thanks 🙂

  6. Saya suka theme ni..
    kemas but too plain 🙁
    Mungkin boleh hiasi dengan sidebar berwarna warni..
    pedapat saye je..jgn marah 🙂
    BTW theme ni nampak very professional 😀
    Sesuai dengan denaihati yang boleh dikira sebagai blogger pro 😛

    1. @Azfarul, bagi mieran theme yang plain mcm ni nampak pro sikit..blogger pro.hehe..sebabnya mieran pun guna thme plain gak..haha

  7. Salam Bro, aduihhh tinggalkan sekejap komentar di sini dah cecap 300+ hehe.

    Bagi Rizal, tak pasti la samada Blog akan hilang atau tidak, tapi yang pasti, Blog dan FB dan twitter ada fungsinya sendiri.

    1.Rizal gunakan FB untuk bersosial

    2.Twitter juga untuk bersosial dan juga capaian maklumat melalui perkongsian pautan oleh ahli twitterer yang lain.

    3.Blog bagi Rizal, membaca sesuatu ilmu tahap permulaan, ni kira bersifat “Appetizer” la kalau makanan.

    Kalau nak “Main Course” Makanannya,Rizal percaya, buku jugalah akhirnya.

    Akhirnya, FB tidak sama dengan blog sebab FB sesuai untuk bersosial, perkongsian ilmu itu kurang Rizal lihat berlaku di sana, lebih kepada “Generate Buzz” sahaja.

    Blog menariknya, memberi Rizal peluang untuk membaca pandangan orang lain tentang sesuatu perkara, dan rasanya blog itu lebih fokus tentang sesuatu perkara, banding dengan FB, yang berkecamuk dengan mainan, kuiz dan perkara serius.

    Twitter? di tengah2 – bersosial dan berkongsi ilmu… jambatan bagi keduanya. heheee..

    Ntahlah, Rizal ikut turutan blog 1. twitter 2. FB 3. sebabnya, dunia2 kreatif banyak boleh dipelajari melalui blog dari FB (FB ni selalu suka upload gambar tapi deskripsi sesuatu tu kurang.. hehehe)

    Pendapat saya sahaja

    1. @Incik RestNrilekS, lama x nampak bro datang komen disini..kalau x, boleh la mieran mintak info2 drp bro..huhu

          1. @Bang Iwan, Saya percaya semua sahabat di Malaysia sihat hari ni yah.. Saya pasti ramai yang akan menghabiskan masa dengan keluarga sendiri.

        1. @Incik RestNrilekS, bro salam Jumaat. Di mana pun tak kisah kerana setiap komen dari bro ada value untuk difikirkan. Santai je blogging ni bila ada mood on bila tidak fokus yg lain yang penting jangan hilang lansung..kan kan kan!!!

  8. Salam Bro,

    Lama sungguh tak singgah ke sini. Terus Terang, tanya Rizal, Rizal memang suka layout yang ni. Nampak kemas dan bersih. Nampak juga ada ciri-ciri professional dan sesuai dengan isi kandungan DenaiHati.

    Maaf bro, lama tak mengomen, sempat singgah2 macam tu lihat dunia blogging sana-sini. Datang penyakit M, hehe.

    RestNrilekS sedang beransur-ansur kurangkan masa di dunia online.

    Salam Khamis 😉

  9. Pingback: IMCurtain.com
  10. mudah-mudahan persahabatan kita yang jauh ni..bisa tetap terjalin..salam hangat dari pekanbaru…salam bertuah…

    1. @Tukiran, oo bro dari indonesia ke..mieran ingat bro asal malaysia..selamat berkenalan gak dari mieran 🙂

    2. @Tukiran, Insyallah denaihati akan menjadi gelanggan berbagai negara untuk bertukar idea dan memanjangkan persahabatan. Pekanbaru ke? Di mana?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!