Cuti sekolah jangan biar berlalu begitu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan UPSR dan PSRA abang Irfan sudah keluar dan ini tanda sessi persekolah 2015 akan melabuhkan tirai. Abang Irfan akan melangkah ke sekolah menengah jadi menjadi tugas berat untuk kami memilih sekolah yang sesuai. Peperiksaan SPM kakak Sahira pula akan berakhir akhir November bermakna kakak akan berehat lama menunggu keputusan SPM. Bermula percutian sekolah yang panjang.

keluarga Denaihati 2014

Dalam tazkirah di Surau Al-Ikhlas Bukit Belimbing baru-baru ini ustaz pesan supaya ibu bapa merancang percutian anak-anak dengan teratur. Buat pengisian dan jadual supaya cuti sekolah tidak berlalu begitu sahaja. Paling merisaukan apabila anak-anak dibiar begitu sahaja menghabiskan masa menonton tv, bermain game dan bersosial media keterlaluan sehingga menjadi budaya hidup.

Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ustaz adalah :

  1. Membaca Al Quran setiap hari selepas solat suboh dan maghrib. Paling bagus bagi target jumlah juzuk yang perlu di baca setiap hari.
  2. Baca kitab dengan tajuk berbeza setiap hari bersama sehari sekali. Buat giliran untuk membaca kitab dan pastikan keluarga akan tetap membaca walaupun ayah atau ibu tiada di rumah.
  3. Bawa anak-anak ke majlis ilmu di masjid atau surau kalau tidak setiap hari paling tidak sekali dua seminggu.
  4. Balik kampung ziarah atok dan nenek.
  5. Bawa anak-anak ziarah keluarga dekat dan keluarga jauh untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang semakin terhakis.

Kalau ibu bapa terlalu sibuk hantar anak-anak ke kem Al Quran atau kem motivasi yg terdekat. Jangan lupa kenali kawan anak-anak dan jangan biarkan anak berkawan dengan sesiapa saja yang kita tak kenal. Mengenali kawan-kawan anak bukan sampai mengongkong persahabatan mereka tetapi amil tahu supaya tidak tersilap langkah.

lokasi-menarik-di-kuala-lumpur

Kepada yang ada bajet lebih boleh juga bawa anak-anak melancong dalam negeri seperti di tempat menarik di Kuala Lumpur, tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Terengganu. Dengan perancangan yang awal dan betul insyaa Allah percutian tidak akan jadi terlalu mahal. Nak sewa hotel dengan diskaun sehingga 60% boleh klik sini booking hotel murah. Kepada nak bawa anak-anak merasai susah senang hidup saudara Islam kita di Kemboja boleh minta  eQurban.com uruskan.

Terima kasih ustaz ingatkan kami.


Spread the love

355 Comments

  1. Bercuti bersama keluarga ,sama ada di dalam mahu pun diluar negara. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, ia juga dapat meninggalkan kenangan yang indah untuk anak-anak selain dari merasai suasana dan pengalaman baru
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  2. Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  3. Kem Ibadah juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman.
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

      1. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti

  4. Bagi anak-anak yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah. Pilih lah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya mereka dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik. Buku ilmiah seperti ensiklopedia juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya anak-anak akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.
    Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang PremiumMy Profile

  5. Membantu atuk dan nenek di kampung adalah aktiviti menyeronokkan yang lebih bersifat kekeluargaan, namun ada banyak kebaikan dan manfaatnya. Bagi yang masih mempunyai datuk dan nenek di kampung, ini adalah masa terbaik bagi membolehkan mereka mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Cara hidup dan didikan di kampung dah tentu jauh beza dengan kehidupan bersama ibubapa di bandar. Banyak yang akan diperolehi, terutamanya hal-hal dalam melayani orang tua.
    Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang PremiumMy Profile

  6. Bagi mereka yang dari keluarga berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda anak-anak. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. Antara pilihan yang baik untuk melancong adalah tempat-tempat bersejarah, tempat menarik, taman tema, pusat pelancongan dan tempat yang belum dilawati.
    Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang PremiumMy Profile

  7. Bagi anak perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika yang tinggal di asrama. Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat, teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?
    Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang PremiumMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!