Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan UPSR dan PSRA abang Irfan sudah keluar dan ini tanda sessi persekolah 2015 akan melabuhkan tirai. Abang Irfan akan melangkah ke sekolah menengah jadi menjadi tugas berat untuk kami memilih sekolah yang sesuai. Peperiksaan SPM kakak Sahira pula akan berakhir akhir November bermakna kakak akan berehat lama menunggu keputusan SPM. Bermula percutian sekolah yang panjang.
Dalam tazkirah di Surau Al-Ikhlas Bukit Belimbing baru-baru ini ustaz pesan supaya ibu bapa merancang percutian anak-anak dengan teratur. Buat pengisian dan jadual supaya cuti sekolah tidak berlalu begitu sahaja. Paling merisaukan apabila anak-anak dibiar begitu sahaja menghabiskan masa menonton tv, bermain game dan bersosial media keterlaluan sehingga menjadi budaya hidup.
Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ustaz adalah :
- Membaca Al Quran setiap hari selepas solat suboh dan maghrib. Paling bagus bagi target jumlah juzuk yang perlu di baca setiap hari.
- Baca kitab dengan tajuk berbeza setiap hari bersama sehari sekali. Buat giliran untuk membaca kitab dan pastikan keluarga akan tetap membaca walaupun ayah atau ibu tiada di rumah.
- Bawa anak-anak ke majlis ilmu di masjid atau surau kalau tidak setiap hari paling tidak sekali dua seminggu.
- Balik kampung ziarah atok dan nenek.
- Bawa anak-anak ziarah keluarga dekat dan keluarga jauh untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang semakin terhakis.
Kalau ibu bapa terlalu sibuk hantar anak-anak ke kem Al Quran atau kem motivasi yg terdekat. Jangan lupa kenali kawan anak-anak dan jangan biarkan anak berkawan dengan sesiapa saja yang kita tak kenal. Mengenali kawan-kawan anak bukan sampai mengongkong persahabatan mereka tetapi amil tahu supaya tidak tersilap langkah.
Kepada yang ada bajet lebih boleh juga bawa anak-anak melancong dalam negeri seperti di tempat menarik di Kuala Lumpur, tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Terengganu. Dengan perancangan yang awal dan betul insyaa Allah percutian tidak akan jadi terlalu mahal. Nak sewa hotel dengan diskaun sehingga 60% boleh klik sini booking hotel murah. Kepada nak bawa anak-anak merasai susah senang hidup saudara Islam kita di Kemboja boleh minta eQurban.com uruskan.
Terima kasih ustaz ingatkan kami.
355 Comments
Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat anak-anak. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada anak-anak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bagi anak-anak yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan ibubapa menghantar anak mereka mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kem Ibadah untuk anak-anak yang selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kalau hari hujan, bersenam bersama anak-anak di rumah, ajar mereka bersilat (silat gayung, silat cekak, silat lincah dsb), ajar tai chi dan macam-macam teknik untuk mengeluarkan peluh dan menghabiskan tenaga anak-anak ini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Carilah taman berdekatan rumah kita dan lakukanlah aktiviti bersama. Bermain bola, berbasikal, berlari, memanjat, mendaki, berjalan, bersenam, bermain layang-layang, bermain paintball, bersilat, karate-do, taekwondo, capieora, aikido, berkebun, berjimnastik, berenang dan banyak lagi.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bermain dan bersantai banyak maksud tersirat. Aktiviti pembelajaran boleh dibuat sambil bermain. Menolong kerja-kerja rumah juga boleh dibuat sambil bersantai. Contohnya anak-anak pastinya sukakan aktiviti memasak, dalam masa yang sama menolong ibu memasak sebenarnya. Sekali-sekala minta anak-anak tolong mengemas dapur. Pada hemat saya, anak-anak pasti sukakan aktiviti baru yang jarang-jarang diperbuat sebelum ini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Jadual sepanjang percutian ini amat penting untuk disediakan bagi mengisi aktiviti anak-anak. Cukup dengan jadual yang ringkas dan difahami anak-anak, tidak perlulah terlalu rigid, ianya penting bagi membezakan disiplin ketika waktu sekolah dan disiplin ketika bercuti.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bagi ibu bapa yang bekerja pula, cuba korbankan masa kita di sebelah malam untuk beraktiviti bersama anak-anak kerana pastinya anak-anak telah cukup rehat sepanjang siangnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bagi yang berkemampuan, sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak ke kem-kem bina syakhsiah, pemantapan solat, motivasi, pemantapan akademik dan sebagainya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Dengan pengisian masa yang terancang dan pengisian aktiviti berfaedah akan memberikan kebaikan yang banyak kepada kita seperti dapat menambah ilmu pengetahuan, merapatkan hubungan kekeluargaan serta sekali gus dapat membimbing mereka menjadi manusia yang pandai menghargai masa.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Terdapat bermacam-macam aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan seperti melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di perpustakaan, aktiviti-aktivit masjid, melakukan riadah ataupun meluangkan masa melawat tempat-tempat bersejarah atau tempat menarik yang terdapat di negara kita ini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sebenarnya pengawalan dan pemerhatian dari ibu bapa adalah amat penting. Jangan dibiarkan anak-anak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah yang mana merugikan masa.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kalau di musim persekolahan sudah tentu ramai anak-anak yang sibuk dengan pelajaran mereka, sibuk menghadiri kelas-kelas tambahan dan sebagainya terutama kepada mereka yang hendak menghadapi peperiksaan bersijil, maka dengan meluangkan masa bersama anak-anak di musim cuti inilah merupakan kesempatan yang baik untuk bermesra dengan anak-anak serta mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Comments are closed.