Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan UPSR dan PSRA abang Irfan sudah keluar dan ini tanda sessi persekolah 2015 akan melabuhkan tirai. Abang Irfan akan melangkah ke sekolah menengah jadi menjadi tugas berat untuk kami memilih sekolah yang sesuai. Peperiksaan SPM kakak Sahira pula akan berakhir akhir November bermakna kakak akan berehat lama menunggu keputusan SPM. Bermula percutian sekolah yang panjang.
Dalam tazkirah di Surau Al-Ikhlas Bukit Belimbing baru-baru ini ustaz pesan supaya ibu bapa merancang percutian anak-anak dengan teratur. Buat pengisian dan jadual supaya cuti sekolah tidak berlalu begitu sahaja. Paling merisaukan apabila anak-anak dibiar begitu sahaja menghabiskan masa menonton tv, bermain game dan bersosial media keterlaluan sehingga menjadi budaya hidup.
Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ustaz adalah :
- Membaca Al Quran setiap hari selepas solat suboh dan maghrib. Paling bagus bagi target jumlah juzuk yang perlu di baca setiap hari.
- Baca kitab dengan tajuk berbeza setiap hari bersama sehari sekali. Buat giliran untuk membaca kitab dan pastikan keluarga akan tetap membaca walaupun ayah atau ibu tiada di rumah.
- Bawa anak-anak ke majlis ilmu di masjid atau surau kalau tidak setiap hari paling tidak sekali dua seminggu.
- Balik kampung ziarah atok dan nenek.
- Bawa anak-anak ziarah keluarga dekat dan keluarga jauh untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang semakin terhakis.
Kalau ibu bapa terlalu sibuk hantar anak-anak ke kem Al Quran atau kem motivasi yg terdekat. Jangan lupa kenali kawan anak-anak dan jangan biarkan anak berkawan dengan sesiapa saja yang kita tak kenal. Mengenali kawan-kawan anak bukan sampai mengongkong persahabatan mereka tetapi amil tahu supaya tidak tersilap langkah.
Kepada yang ada bajet lebih boleh juga bawa anak-anak melancong dalam negeri seperti di tempat menarik di Kuala Lumpur, tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Terengganu. Dengan perancangan yang awal dan betul insyaa Allah percutian tidak akan jadi terlalu mahal. Nak sewa hotel dengan diskaun sehingga 60% boleh klik sini booking hotel murah. Kepada nak bawa anak-anak merasai susah senang hidup saudara Islam kita di Kemboja boleh minta eQurban.com uruskan.
Terima kasih ustaz ingatkan kami.
355 Comments
jom balik kampung cuti nie….mesti atuk dan nenek suka.Boleh jalan-jalan kat tasik kenyir…
Curahan rasa huda @ ..Tips Tambah Susu
Pada minggu lepas saya dan keluarga dah balik kampung kerana bapa mertua dah meninggsl dunia. Semoga Allah cucuri rahmatnya terhadap rohnya dan tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sedekah Al-Fatihah untuk Arwah. Insha Allah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Huda: Memang itulah cadangannya. Insyallah Minggu depan nak balik ni.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Wah seronok dapat pergi tasik kenyir cuti sekolah macam sekarang ni. Ada macam-macam sana sekarang ni .
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
dulu cuti sekolah… lumbanlah, main konda kondi, bola sepak. ting-ting… macam-macamlah… belum zaman gadget lagi…
Curahan rasa zik @ ..Mesin buat karipap
Jangan biarkan anak-anak terdedah pada gadget setiap masa, cuba mengajak mereka sama-sama membaca Al-Quran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Zik: Sekarang ni zaman gajet, anak-anak mungkin kenal angry bird dari kondi-kondi atau galah panjang.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Sekarang zaman moden sikit. anak-anak sekolah dok main tab aje. Tak main guli dah .
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
Ya.
Ada masa nih, bawalah anak-anak melancong.
Biar anak tu tahu, ada pantai, ada gunung, ada tasik, ada padang bola.
Kalau tak, bukit dengan gunung pun tak tahu nak dibezakan..
Curahan rasa titan @ ..21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT
Elok sangatlah tu Encik Titan, bolehlah bawa anak-anak pergi melancong, banyak tempat-tempat menarik di Malaysia ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Dapat melancong dalam Malaysia dah cukup bagus dengan anak-anak. Jalan-jalan cari makan kata orang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
Diorang pun kena tahu juga bagaimana rupa gajah, harimau dan singa Supaya tak terkejut nanti kalau jumpa di tengah jalan.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Betul tu. Kena bawa anak-anak berjalan. Nanti mereka tak kenal semua benda tu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
Bukannya tidak mau ajak berlibur, tapi di Indonesia sekarang sedang peak season. Semua harga tiket mahal. Nantilah tunggu awal tahun 2016. 😀
Curahan rasa Brad @ ..Xiaomi Luncurkan Mi Pad 2
Itu masalahnya bila pergi melancong ke luar negara. Harga tiket kapal terbang mahal, kena booking awal-awal sebelum tibanya cuti sekolah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Brad nak tunggu masa tiket murah tu yang susahnya. Disini pun sama, bila cuti sekolah harga tiket dan penginapan hotel pun mahal.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Masa sesak memang kena tunggu. Tapi jika tempah awal insyallah dapat aje pergi bercuti Mas.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
pada masa sekarang sudah banyak kem – kem atau program yang bermanfaat dianjurkan oleh pihak tertentu bagi membantu pelajar mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang sihat. Mungkin ibu bapa boleh menghantar anak – anak mereka menyertai program ini.
Curahan rasa kimmie @ ..Bookcafe – Year End Sale
Betul tu Kimmie….. banyak pihak-pihak tertentu seperti pihak sekolah buat kem motivasi dan kem solat dan sebagainya. Bolehlah hantar anak-anak ke mana-mana aktiviti ysng berfaedah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Bagi ibu bapa yang berkemampuan memang ia menjadi pilihan, cuma kita kena pastikan kem-kem yang dipilih itu akan memberi manafaat dan kesan yang baik kepada anak-anak kita.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Ini juga cara yang bagus. Tapi kena cari awal-awal. Takut dah penuh jika lambat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
Sekaolah dah cuti, inilah masanya untuk membawa keluarga melawat ke tempat-tempat menarik di Malaysia. Jauh berjalan luas pandangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Luas pandangan bertambah pengetahuan. Itulah yang sebaik baiknya. Tapi musim hujan ni kena rancang dengan betul tempat yang dituju.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Yalah Sani. Nasa saya balik kampung di Kelantan, hujan tak henti-henti sepanjang perjalanan, lebih lagi ketika balik kembali ke Kuala Lumpur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Harap harap semuanya selamat pergi dan pulang ya tuan Kamil.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
syioknya cuti sekolah. nak plak tahun ni cuti bersalin bersekali dengan cuti pantang.
Curahan rasa sharmien @ ..Review Bersalin di HUKM
Bagi yang ada bajet lebih, bolehlah cuti-cuti Malaysia di negeri yang ada tempat-tempat menarik boleh dikunjungi supaya anak-anak dan isteri boleh kenal nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Memang cantik sangat timing tu Sharmein, inilah masa untuk dapatkan rehat yang cukup.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Bolahlah munta cuti boleh seminggu dengan majikan dan bawa anak-anak melancong ke tempat menarik di dalam Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Boleh sangat tu tuan Kamil, tambahan kalau beban kerja yang berkurang menjelang hujung tahun ni.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Zaman kecik dulu, cuti sekolah pun mak ayah kerja. Huhu, memang betul la buat aktiviti sendiri. Cuti sekolah habis macam tu je.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean
Macam tu lah keadaan, bila ibubapa sibuk. Macam mana pun, kena juga peruntukkan masa untuk bersama sama mereka.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Masa bukan halangan untuk kita bersama isteri dan anak-anak. Cari waktu yang seduia untuk mencari kaedah terbaik bagaimana nak isi waktu cuti sekolah ini?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Sama sama kena rancang supaya dapat cuti dan rehat bersama anak anak.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Tip yang tuan Denaihati sarankan amat menarik dan seharusnya jangan biarkan cuti sekolah itu berlalu begitu saja. Anak-anak perlu dipantau agar tidak sis-sia cuti mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Ibu bapa yang selalu sibuk mesti ambil perhatian tentang benda ini. Kalau tidak habis aje cuti tu berlalu pergi tanpa memberi manafaat yang berguna buat mereka.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Zaman kecil dahulu pun kita suka main-main juga tetapi bukan bermain games dan bersosial di media. Jika tidak dikawal, anak-anak akan terus lena dengan dunia mereka dengan aktiviti yang tidak sihat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Kau di biarkan berlebihan ia menjadi mudarat pula, bukan dapat manafaat. Mereka akan jadi tidak suka bersosial dan melibatkan aktiviti kekeluargaan atau bermasyarakat.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Rugi jika dibiarkan cuti sekolah habis begitu sahaja..Pengisian yang sewajarnya perlu supaya cuti anak2 dapat dimanfaatkan dgn baik..
Curahan rasa jida @ ..Pertumbuhan dan Perkembangan Bayi Yang Sihat di Bulan-Bulan Awal Kelahiran
Jida, kalau dapat berikan masa yang berkualiti, itulah yang sebaik baiknya.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Memang rugi jika cuti sekolah dibiarkan berlalu begitu saja, banyak perkara manfaat boleh kita lakukan seperi membaca Al-Quran yang sememangnya patut dilakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Membaca Al Quran itu memang seharusnya dilakukan setiap hari, supaya amalan itu lekat sampai mereka dewasa. Mungkin boleh buat hafalan surah untuk anak anak.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
ibubapa memang kena pantau aktiviti seharian anak-anak semasa bercuti panjang ni. semoga masa anak-anak dimanfaatkan sepenuhnya.
Curahan rasa Siti Badariah Baharin @ ..Dapatkan Planner Printables (2016) Secara PERCUMA di Sini!
Kalau dijadikan sahaja, jawabnya mereka akan memang game sahaja. Memang kena pantai tu.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Betul tu Sani….cuti sekolah yang panjang begini, sudah tentu anak-anak ada masa yang panjang di rumah. Apa kata kita hantar mereka di seminar atau kursus yang menguntungkan seperti kem solat, kem jati diri, kem motivasi dan sebagainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Kem kem tu memang sesuai sangat, sebagai persediaan untuk mereka ke alam persekolahan yang lebih mencabar.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
pantaulah anak-anak agar tidak terpesong landasan ke arah kemusnahan. Perlu bijak untuk kita menasihati agar tidak terlampau terdedah dengan games, Facebook dan whatsapp kerana vhating sekarang banyak yang mengarut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Sekarang pun sudah ada program untuk ibubapa yang suka gajet, cara mengawal anak anak supaya tidak ketagih dengan benda benda macam ni.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
ya salah satu aktiviti yang patut digalakan ialah membaca sepotong hadis secara bergiliran selepas solat maghrib .
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Dah lama tak buat aktiviti ni.. dulu pernah juga buat….. Adakalanya disebabkan terlalu banyak kerja nak dibuat, sampai tak menang tangan kita dibuatnya..
Curahan rasa Anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Boleh juga buat hafalan surah, supaya mereka lebih bersedia. Amalan fardu ain mereka juga akan lebih baik.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Itulah yang sebaik-baiknya, membaca Al-Quran atau membaca tafsirn hadis-hadis agar apa yang dilakukan oleh Rasullullah suatu ketika dahulu boleh kita ikuti seperti sunah nabi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Membaza Al-Wuran atau cari hadis-hadis yang sahih dan baca serta baca tafsiran yang ada agar kita tahu perjalanan hidup Rasullah dan amalan yang baginda lakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Memang wajar diterapkan kepada anak-anak supaya mereka sentiasa rasa cinta kepada Allah swt dan rasullullah. saw.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
kalau habiskan masa dengan main tablet je mmg rugi.. parents yg kena rancang sebenarnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Renew Kad Pengenalan Denda RM10
Betul tu saya setuju… Tapi itulah realiti kehidupan anak-anak zaman sekarang….. Kita sebagai emak ayah perlu berusaha mencegah mereka daripada terus menerus begitu..
Curahan rasa Anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Memang betul tu Anuar, ibubapa perlu bijak membahagi masa untuk anak-anak dengan aktiviti yang sihat, jika tidak mereka akan lalai dengan permainan yang tidak berfaedah di laptop atau smartphone.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Sebenarnya inilah cara paling mudah dan mungkin ramai yang buat. Boleh memang boleh tetapi kena dikawal.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Kalau tidak dikawal dan dipantau aktiviti harian anak-anak, mereka akan terus lalai dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain games, tengok youtube atau bersosial di Facebook tanpa had.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Jika dibiarkan anak–anak bebas, tskut nanti kita juga yang susah kemudian hari. Masa mereka masih budak-budak, cuba cari sesuatu aktiviti yang boleh mereka tumpukan seperti membaca Al-Wuran dan sebagainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Tuan kamil masa mereka kecil lagi ni lah kita nak bentuk mereka. Bak kata pepatah kalau melebur buluh biarlah dari rebungnya
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Jangan selalu bagi peluang kepada mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain game di smartphone atau laptop. Kalau tidak sis-sia saja cuti mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Patut memang kena hargai masa dan peluang yang ada ni bersama dengan orang orang yang tersayang dengan melakukan aktiviti bersama-sama.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
biasanya musim cuti sekolah mcm ni budak2 gayakan rambut pelik2. time ni je la boleh stylekan rambut
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my
Masa ni lah nak buat rambut panjang. Orang kata style rock kapak..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Tak usah anakA-anak kita menyimpan rambut yang panjang, takut banti bila rambut dah panjang, mereka senang nak stailjan rambut mereka dengan meniru artis datipada luar terutama stail penyanyi rock.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Cara yang mudah untuk para ibu bapa dan anak-anak ikut. Boleh buat masa cuti sekolah ni bagi manfaat anak dan juga para ibu bapa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Masa cuti sekolah beginilah, peluang untuk kita bersama keluarga. Bolehlah merancang sesuatu yang berfaedah untuk mereka seperti pergi melancong atau pergi seminar atau hadir ke kuliah untuk mendengar apa ustaz ucapkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Hujung minggu ni dah ramai ibubapa mula pulang ke kampung untuk menghantar anak mereka supaya tinggal dikampung buat sementara waktu.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Musim libur sekolah tiba,,tentunya harus diisi dengan refresing terutama bagi para guru dan siswa yang selama ini selalu dihadapkan dengan pelajaran sekolah.
Curahan rasa Sepatu Kets Wanita Model Terbaru 2016 @ ..Sepatu Kets Wanita Model Terbaru 2016 SH 5103
Walaupun cuti sekolah panjang dah berjalan, oleh itu suruh mereka jangan lupa untuk membaca buku teks yang pihak sekolah berikan. Bolehlah guna buku-buku tersebut sebagai bahan bacaan untuk sesi sekolah pada tanun 2016 nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Refering yang menarik ni. Ibubapa boleh sama-sama melakukanya bersama anak anak mereka.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Comments are closed.