Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan UPSR dan PSRA abang Irfan sudah keluar dan ini tanda sessi persekolah 2015 akan melabuhkan tirai. Abang Irfan akan melangkah ke sekolah menengah jadi menjadi tugas berat untuk kami memilih sekolah yang sesuai. Peperiksaan SPM kakak Sahira pula akan berakhir akhir November bermakna kakak akan berehat lama menunggu keputusan SPM. Bermula percutian sekolah yang panjang.
Dalam tazkirah di Surau Al-Ikhlas Bukit Belimbing baru-baru ini ustaz pesan supaya ibu bapa merancang percutian anak-anak dengan teratur. Buat pengisian dan jadual supaya cuti sekolah tidak berlalu begitu sahaja. Paling merisaukan apabila anak-anak dibiar begitu sahaja menghabiskan masa menonton tv, bermain game dan bersosial media keterlaluan sehingga menjadi budaya hidup.
Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ustaz adalah :
- Membaca Al Quran setiap hari selepas solat suboh dan maghrib. Paling bagus bagi target jumlah juzuk yang perlu di baca setiap hari.
- Baca kitab dengan tajuk berbeza setiap hari bersama sehari sekali. Buat giliran untuk membaca kitab dan pastikan keluarga akan tetap membaca walaupun ayah atau ibu tiada di rumah.
- Bawa anak-anak ke majlis ilmu di masjid atau surau kalau tidak setiap hari paling tidak sekali dua seminggu.
- Balik kampung ziarah atok dan nenek.
- Bawa anak-anak ziarah keluarga dekat dan keluarga jauh untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang semakin terhakis.
Kalau ibu bapa terlalu sibuk hantar anak-anak ke kem Al Quran atau kem motivasi yg terdekat. Jangan lupa kenali kawan anak-anak dan jangan biarkan anak berkawan dengan sesiapa saja yang kita tak kenal. Mengenali kawan-kawan anak bukan sampai mengongkong persahabatan mereka tetapi amil tahu supaya tidak tersilap langkah.
Kepada yang ada bajet lebih boleh juga bawa anak-anak melancong dalam negeri seperti di tempat menarik di Kuala Lumpur, tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Terengganu. Dengan perancangan yang awal dan betul insyaa Allah percutian tidak akan jadi terlalu mahal. Nak sewa hotel dengan diskaun sehingga 60% boleh klik sini booking hotel murah. Kepada nak bawa anak-anak merasai susah senang hidup saudara Islam kita di Kemboja boleh minta eQurban.com uruskan.
Terima kasih ustaz ingatkan kami.
355 Comments
Banyak perkara yang bermanfaat boleh dibuta masa cuti sekolah. Yang best bawa keluarga bercuti bersama.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Ya betul… Tapi saya biasa bawa anak-anak cuti dalam Malaysia jer… In Shaa Allah esok pergi ke Gold Cost Morib…
Curahan rasa Anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
sekarang sudah musim sekolah dan nampaknya peluang terbaik untuk membawa anak-anak bersiar-siar..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Aktiviti Blog Bulan Disember 2015
Betul tu. kena ambil cuti bagi ibu bapa yang bekerja. bawa anak-anak jalan-jalan makan angin.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Sekejap je masa berlalu dan sudah hampir ke cuti sekolah , kena buat perancangan yang baik untuk mengisi cuti anak-anak kerana maa inilah kita dapat luangkan masa yang berharga dengan keluarga tercinta terutama cuti ni .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Jom Pekena Kuey Teow Goreng
Betul tu. Kena manfaatkan sebaiknya masa cuti sekolah anak-anak. Setahun sekali bagi mereka rehat panjang tetepi kena pantau buat perkara yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Mencari2 juga kursus untuk anak2..tapi tak semua tempat ada buat kursus dalam cuti..kena jugalah ke bandar2 besar..jauhnye.
Betul tu. Kadang-kadang di masjid kawasan kita ada buat aktiviti untuk anak-anak cuti seklah. Boleh cuba tengok tuan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Cadangan yang sangat baik tentang aktiviti semasa cuti sekolah nanti. Terima kasih dan selamat bercuti DH dan keluarga
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..KERAP KENA ULSER? ANDA PATUT AMBIL VITAMIN C SEMULAJADI INI
Cadang mudah yang boleh para ibu bapa buat untuk pengisian cuti anak-anak sekolah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
setuju..kena rancang agar tidak terbazir begitu sahaja.
at least di hujung cuti sekolah, ada sesuatu yang dicapai.
Curahan rasa Nurul Syuhaida @ ..Keratan rentas tulang anda
Inilah masa paling sesuai nak bawa anak pergi jalan-jalan… Saya pun ambil kesempatan ini esok dan lusa…. Sebelum sesi pengajian di tempat saya bekerja bermula pada minggu depan…
Curahan rasa Anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Betul tu. Pengisian yang bermanfaat. akan mendatangkan kesan yang baik kepada anak-anak.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Alhamdulillah anak-anak memang suka balik kampung bila musim cuti sekolah tapi kena mengaji pula, musim cuti sekolah tiada cuti mengaji.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Say No To Monday Blues
Anak-anak saya pun macam tu juga… Suka balik kampung masa cuti sekolah…. Atuk dan nenek siap offer tinggal dengan mereka masa cuti ni.. Cuma mama dia orang jer yang tak benarkan mereka tinggal dengan atuk dan nenek… sebab tak biasa lagi buat macam tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Memang anak-anak suka bila balik kampung. Seronok di kampung tak sama dengan seronok di bandar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
itulah, cadangnya nak rancang jugalah cuti anak-anak kali ni supaya tidak terbazir begitu saja
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kebaikan Gum Arabic Dalam Vita C Shaklee
Eloklah kita buat perancangan cuti ni… Supaya anak-anak ni tak asyik main jer 24 jam….
Curahan rasa Anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Betul tu. Buat rancanagn yang sesuai dengan mereka. Insyallah akan beroleh kebaikan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Betul tu. tak ada nanti ada anak-anak yang Tab 24 jam di tangan. Ajak mereka buat aktiviti lain juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Wah menarik tentabg equrban tu. Tak pernah dengar pulak. Thanks for sharing info!
Curahan rasa Putri @ ..8 Cara Dapatkan Kehamilan Menyeronokkan Sampai Tak Sabar Nak Pregnant Lagi
Best join Equrban ni… Setakat ni saya cuma tolong promosikan link affiliate laman web Equrban sahaja…
Curahan rasa Anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Nanti boleh tengok. banyak kebaikan yang boleh diperolehi buat saudara kita di kemboja.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Nanti boleh cuba juga equrban. Banyak membantu orang lain juga. Terbaik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Assalamualaikum. Anak sy perempuan bru lepas UPSR 3A 2B, PSRA mumtaz.
Sek agama di selangor yg mana yg baik dan layak utknya.
Tahniah untuk anak puan… Sekolah agama terbaik untuk satu Selangor saya tak tahu… Cuma kalau dekat tempat saya Sekolah Agama Batu 38 dan Sekolah Intergrasi…
Curahan rasa Anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Tersangat rugi kalau biarkan masa berlalu begitu saja.. masa itu ibarat emas yang terlampau berharga….
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Tonton Dan Download Memori Cinta Suraya Episod 71
Betul tu… Saya setuju sangat…. Kena berikan pengisian untuk anak-anak kita… Supaya mereka tidak leka bermain sepanjang musim cuti sekolah..
Curahan rasa Anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Alhamdulilah, dah rancang percutian untuk anak-anak. *walaupun mereka kecil lagi*. InsyaAllah, jika anak-anak di didik dari kecil, mudah nanti nak bentuk mereka. InsyaAllah.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Semua orang pun akan cakap benda yang sama!
Tahniah Bro.. Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga… Semoga ikatan kekeluargaan semakin erat bila dapat meluangkan banyak waktu bersama…
Curahan rasa Anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Saya dan isteri ada juga bercadang nak bawa anak2 pergi bercuti… tapi tak boleh jauh2 sebab isteti sedang sarat mengandung 7 bulan..
Curahan rasa anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Sememangnya kena rancang aktiviti anak2 betul2 masa cuti persekolahan nih… kena isikan dengan perkara2 yang dapat memneri banyak manafaat kepada anak2…
Ya betul tu… walaupun anak2 saya masih lagi kecil, tetapi perlu juga ada perancangan cuti sekolah untuk mereka…
Curahan rasa anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
saya pula sedang menghitung hari untuk hantar anak kesekolah tadika tahun depan. Berdebar juga kali pertama nak hantar anak ke sekolah.
Curahan rasa lekatlekit @ ..SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018
Tentu excited shopping pakaian sekolah untuk anak time cuti sekolah ni…
Curahan rasa anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Comments are closed.