GOLONGAN obesiti dan perokok dikenal pasti satu lagi kumpulan yang berdepan risiko kematian sekiranya dijangkiti Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan ini didapati bukan sahaja akan mendapat radang paru-paru, tetapi kepekatan darah juga akan meningkat.
“Virus itu juga boleh merosakkan dinding saluran darah yang halus, jadi jika saluran ini rosak dinding akan berlaku thrombosis, iaitu pembekuan darah dalam pembuluh atau jantung. Bagi pesakit obesiti pula, pengaliran darah lebih perlahan,” katanya pada sidang media harian Putrajaya.
Beliau berkata demikian menjelaskan antara hasil siasatan Jawatankuasa Khas Audit Kematian Covid-19 yang ditubuhkan sejak akhir Mac lalu.
“Individu yang disahkan positif Covid-19 dan mempunyai rekod penyakit tidak berjangkit (NCD) berdepan risiko komplikasi kesihatan yang lebih dahsyat malah membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin,” katanya.
- Bagaimana Nak Meraikan Majlis/Kenduri Semasa Suasana Wabak COVID19
- Perisai bagi petugas kesihatan apabila menghadapi Covid-19
- Datuk Dr. Noor Hisham tersenarai antara tiga doktor terbaik dunia tangani krisis COVID-19
- Koronavirus menyerang Asia dan Amerika Syarikat
- Biodata Dato’ Dr. Noor Hisham bin Abdullah
One Comment
Rokok ini macam magnet penarik penyakit. Perokok bila terkena penyakit memang susah sikit hendak baik. Kalau terkena penyakit berat, memang berisiko kepada nyawa.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Makanan Dan Delivery Dari Rumah
Comments are closed.