Perisai bagi petugas kesihatan apabila menghadapi Covid-19

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

‘PERISAI’ BUAT FRONTLINERS

2 minggu lepas, saya post di facebook bertanyakan jika ada supplier PPE yang boleh bekalkan PPE dalam masa terdekat. Ketika itu saya baru dapat arahan unutk bersedia membuka stesen kuarantin. Sebagai ketua penyelaras stesen saya perlu memperlengkapkan team saya dengan pelbagai kemungkinan . PPE pada ketika itu adalah sangat kritikal.

Berdasarkan post saya di fb tu, ramai juga yang inbox saya menawarkan bekalan PPE. Cumanya, mereka tidak dapat membekalkannya dalam waktu terdekat yang saya perlukan.

PPE ni ada pelbagai spesifikasi. Tapi isunya sama iaitu penghantaran mengambil masa yang agak lama kerana semua PPE datang daripada negara China. Mujur juga China pada masa itu hampir pulih daripada Covid-19, jadi mereka bolehlah buat mass production dan hantar PPE ke seluruh dunia.

PPE ni adalah Personal Protection Equipment. Ia ibarat perisai bagi petugas kesihatan. Bila buat rawatan atau berhadapan dengan pesakit, petugas perubatan akan memakai variasi PPE bergantung kepada tahap kesihatan pesakit.

Penggunaan PPE oleh petugas perubatan ini amat penting untuk melindungi diri. Jika tidak diengkapkaan dengan PPE atau tiada langkah-langkah pencegahan yang lain, dikhuatiri virus akan terjangkit kepada mereka. Jika mereka terjangkit dan kena kuarantin, maka adalah menjadi kehilangan yang besar kepada pasukan frontliners.

PPE yang digunakan oleh pekerja kesihatan ini terhad penggunaannya. Maknanya mereka tak pakai PPE tu daripada pagi sampai ke petang. Sebab itu, jumlah penggunaan PPE ini sangat banyak digunakan oleh setiap pekerja kesihatan. Sebab itu, adalah tidak menghairankan penggunaan PPE di Hospital Sungai Buloh adalah ribuan PPE sehari.

Baca: Kemuliaan Tugas Frontliner Dipandang Tinggi Di Sisi Islam

Nak tau apa isu dalam mendapatkan PPE ini? Begini ceritanya:

  1. Kerajaan melalui KKM mempunyai peruntukan yang besar unutk membeli PPE ini. Isunya adalah supply. Kekurangan bekalan di pasaran kerana majoriti PPER ini dihasilkan di China. Kalau order, memang ambil masa untuk dihantar ke Malaysia.
  2. Disebabkan itu, PPE ini dihasilkan di Malaysia oleh beberapa pihak. Isu pihak ini pula adalah mereka mempunyai kepakaran menjahit PPE, tapi kekurangan pula bekalan material untuk menghasilkannya iaitu non-wooven fabric.
  3. Non-wooven fabric ini pula bukan semua kilang yang menghasilkannya pada masa PKP ni. Yang nak beroperasi perlu dapat kelulusan MITI. Bila syarikat ini beroperasi hasilkan material ini, barulah tailor boleh menarik nafas lega untuk menjahit material ini. Ini adalah kerana tailors ini mendapat terlalu banyak tempahan untuk menghasilkan PPE ini .
  4. Isu di pihak kilang pula adalah mereka lebih mendahulukan pihak yang membuat block booking untuk market antarabangsa yang lebih besar. Pihak yang menghasilkan PPE dengan skala yang lebih kecil berada di 2nd priority.

Jangan tak tahu, ada pihak yang sedang buat untung dengan menjual PPE ini kepada USA dan Itali kerana pandemic COVID-19 di sana adalah sangat parah.

Berbalik kepada kisah asal saya mencari PPE di facebook, tanpa saya sedar, rupanya tak sampai 5 km daripada rumah saya, ada satu ‘kilang’ yang menghasilkan PPE rupa-rupanya. Dekat sungguh…hehe

Penghasilan PPE oleh mereka adalah dijangkakan sebanyak 100,000 unit PPE dan telah Berjaya menyiapkan sebanyak 15,000 unit PPE setakat ini. Tenaga kerja ini adalah terdiri daripada mereka yang bernaung di bawah Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Tidak ramai yang tahu kisah ini namun ramai yang buka mata selepas beberapa akhbar utama membuat news coverage terhadap usaha mereka, antaranya Sinar Harian, Harian Metro, NST, The Star, FMT dan TV3.

PPE yang dihasilkan oleh RPWP ini ada yang diberikan secara sumbangan kepada pihak hospital. Ini dinamakan Projek Pelangi. Satu lagi, mereka menerima tempahan daripada individu atau syarikat yang memerlukan PPE bagi pihak sendiri atau untuk tujuan penajaan kepada pihak-pihak yang pihak penaja mahu sumbangkan. Ramai juga VIP dan selebriti yang menempah PPE dengan RPWP ini untuk tujuan sumbangan.

Hari ini, saya melawat ke ‘kilang’ mereka. Melihat sendiri material yang digunakan, serta melawat unit yang memotong material, unit yang menjahit dan unit yang membuat pembungkusan akhir PPE. Kalau dilihat daripada ketebalan material yang digunakan oleh RPWP, nampaknya ia lebih tebal daripada PPE yang biasa saya lihat. Bila saya snap gambar PPE dan hantar kepada doktor di bawah kendalian saya, berkenan sungguh dia dengan material tu.

Okey, dah jumpa tempat ni agak lega hati. Kotlah ada shortage PPE di stesen kuarantin, boleh terus order kat RPWP ni nanti.

Baca: Pengalaman Pegawai Daerah kena Kuarantin Covid-19

Tuan/puan,

Walaupun anda bukan frontliners, anda masih boleh menyumbang kepada negara untuk menghadapi pandemic COVID-19 ni.

Apa yang anda boleh buat, adalah dengan menyertai Projek Pelangi dengan memberi sumbangan kewangan kepada RPWP. Dengan wang tersebut, mereka akan membeli material PPE ini. Mereka akan menjahit PPE ini dan bila siap, mereka akan menyumbang kepada hospital-hospital yang memerlukan.

No akaun RPWP adalah seperti berikut :
– Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
– Bank Rakyat : 11-080-100156-8

Bersama-samalah kita menyediakan perisai untuk semua frontliners kita.

Kredit: Tuan Jusni Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat

4 Comments

  1. PPE di Malaysia masih ada penyumbang, di luar negara mereka kebanyakannya tak dapat buat sendiri, salah satu sebabnya kerana kekurangan bekalan bahan mentah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!