Covid-19: 260 kes baharu, jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kementerian Kesihatan mengesahkan pertambahan 260 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Khamis sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 11,484 kes.

Berikut adalah antara tumpuan sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1) Terdapat pertambahan 260 kes baharu positif COVID-19 pada Khamis, ini merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sehingga kini.

2) Daripada 260 kes baharu yang dicatatkan, 259 kes melibatkan penularan tempatan dan satu kes import melibatkan bukan warganegara

3) Jumlah kes positif COVID-19 di negara ini kini 11,484 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 1,334 kes

4) Terdapat empat kluster baharu direkodkan, masing-masing satu di Selangor, Sabah, Putrajaya dan Kedah

5) 20 kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada pertambahan kematian direkodkan pada Khamis.

“COVID19 telah berada dalam komuniti kita. Sila duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu berada di luar, pastikan anda patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM. Ramai antara kita yang ambil mudah dan leka hingga menganggap kita telah bebas daripada wabak ini” – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Akhir kata jaga kesihatan diri ya guys. Jika ada urusan penting je baru keluar rumah. Kalau takde lebih baik duduk rumah sahaja. Semoga Allah SWT lindungi kita semua rakyat Malaysia daripada wabak yang melanda. Aamiin.

Sumber: Awani


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!