Covid-19: 17 daerah di Sabah zon merah

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KOTA KINABALU: Daripada 26 buah daerah di Sabah, 17 daripadanya kini berada dalam zon merah.

Baca: The Little Wuhan, luahan seorang frontliner di Sabah

Berbanding sebelum ini daerah Tongod yang kekal di zon hijau sejak tiga minggu lalu telah dikategorikan dalam zon kuning bersama lapan daerah lain susulan satu kes positif direkodkan pada Khamis.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, jumlah kes positif COVID-19 menyaksikan pertambahan kes baharu melibatkan daerah di zon kuning.

Kredit: The Star

“Hari ini daerah Tongod mencatatkan 1 kes dan bertukar ke zon kuning.

“Secara keseluruhan jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 466 kes dan 3 kes kematian dicatatkan.

Melibatkan 1 warganegara (kes ke 247) dan 2 bukan warganegara.

“Pada hari ini, seramai 491 pesakit telah sembuh dari hospital dan menjadikan jumlah sembuh ialah seramai 20,248 orang.

“Setakat ini bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi ICU ialah seramai 90 orang manakala 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kredit: Codeblue

Masidi turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu iaitu di dua daerah Lahad Datu dan Kota Belud.

Kluster Sakti di daerah Lahad Datu sebanyak tujuh kes yang merupakan kluster di kilang sawit manakala Kluster Tuguson di daerah Kota Belud sebanyak empat kes yang berpunca daripada Majlis Serah Tugas.

Tambahnya kerajaan juga telah menambah kapasiti katil sebanyak 622 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di PKRC adalah sebanyak 622 katil menjadikan jumlah keseluruhan katil di negeri ini sebanyak 7,859 katil.

“Penambahan ini merangkumi Penjara Tawau 500 katil, PKRC Pusat Kebudayaan Penampang 93 katil dan rumah Rehat Kudat 29 katil,” katanya.

Sehingga hari ini, terdapat penambahan pesakit sedang menerima rawatan di seluruh negeri Sabah. Allahuakbar! Semoga Allah mudahkan urusan mereka semua di sana dan juga frontliners.

Sumber: Awani


Spread the love

2 Comments

  1. Separuh daripada daerah di Sabah kini berada dalam zon merah. Namun barisan hadapan terus gigih membantu tanpa mengenal erti penat lelah. Mudah-mudahan pandemik COVID-19 ini akan berkurangan dan teruskan menjaga kebersihan serta patuhi arahan SOP.

  2. kesian juga dengan negeri Sabah.

    namun sekarang ini sudah berkurang dan tidak seperti dulu lagi.

    ini merupakan perkembangan positif buat kita semua

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!