Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang tak menyesal publish entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” tulisan Ariffshah kerana telah menjadi ruang diskusi yang terbaik untuk contest SEO samada kepada penganjur dan juga peserta. Walaupun ada nada protes dalam jawaban Titan tetapi ianya sangat positif untuk mencerahkan minda semua Rakan Blogger. Kepada yang belum baca semua komen-komen yang panjang lebar dan bernas rasanya wajib baca. Sesekali perlu ada diskusi seperti supaya bertambah ilmu untuk meningkatkan kualiti menulis dan berblogging.
Aku pernah menganjurkan dua kali contest SEO iaitu “Hidup Berani Untuk Gagal” dan “Hidup Seorang Blogger“. Untuk kedua-dua contest aku telah menetapkan syarat-syarat penyertaan dari awal untuk memastikan contest mudah diuruskan dan tidak tersasar daripada matlamat menganjurkan contest.
Kenapa aku buat contest SEO? Tujuan contest SEO yang pertama “Hidup Berani Untuk Gagal” adalah untuk mempromosi blog kerana ketika itu blog Denaihati memanglah tidak terkenal dan hasilnya blog Denaihati memang jadi terkenal kerana lebih daripada seratus blog menyertai contest tersebut. Tujuan contest SEO yang kedua “Hidup Seorang Blogger” adalah untuk meningkatkan kualiti blog Denaihati kerana itu antara syarat ketika itu adalah hanya blog PR2 ke atas sahaja yang boleh ikut serta dan hasilnya memang sangat positif.
Apa yang aku nak bagi tahu di sini setiap kali aku menganjurkan contest SEO, matlamat paling utama adalah faedahnya kepada blog penganjur bukan kepada peserta. Peserta yang bertuah sudah pasti akan mendapat hadiah yang telah ditetapkan tetapi yang paling penting apa faedahnya kepada blog penganjur. Seandainya blog penganjur masih ditahap yang sama setelah mengeluarkan modal yang banyak untuk hadiah contest SEO pasti tidak berbaloi. Alhamdulillah setelah dua kali menganjurkan contest SEO blog Denaihati semakin terkenal, pagerank meningkat ke PR4, trafik meningkat dan lebih penting mesra Google.
Seandainya aku ingin menganjurkan contest SEO ketiga pasti semua komen-komen di entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” akan aku ambil kira tetapi pasti aku akan tetapkan syarat hanya blog yang ada kualiti sahaja boleh menyertai. Syarat blog PR2 pasti akan dikekalkan. Kenapa?
1. Supaya blog Denaihati mendapat backlinks yang berkualiti untuk mengekalkan kedudukan mesra Google.
2. Mendapat marketing yang lebih luas kerana setiap blog PR2 ke atas sudah mempunyai pengikut mereka sendiri. Kalau blog baru yang dibuat hanya untuk contest pasti tak ada pengikut tegar jadi matlamat promosi tak akan berlaku.
3. Memberi backlinks yang berkualiti kepada penaja yang dah keluarkan budget. Kesiankan penaja keluar duit tapi tak dapat apa-apa faedah.
4. Mengalakkan Rakan Blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing.
5. Memberi peluang Rakan Blogger memahami ilmu SEO yang tidak pernah ada noktah.
Kesimpulan terpulanglah kepada penganjur untuk menetapkan syarat berdasarkan matlamat menganjurkan contest SEO cuma sayang kalau contest hanya sekadar contest tanpa dimanafaatkan sebaiknya untuk blog penganjur.
197 Comments
Diadakan byk contest akan meningkatkan lagi kualiti sesebuah blog, sbb mereka akan sentiasa mengkaji, mencari, mencungkil, mentelaah semua rahsia bagaimana nak berjaya/menang dlm contest tersebut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?
Penganjur dan peserta sama2 dapt manfaatnya, jika tahu syarat2 masing2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?
Semoga DH, lebih bykkan entri ttg SEO, supaya ramai lebih mengerti apa itu SEO, bagaimana nak dpt SEO, bagaimana nak kekal SEO, bagaimana nak meninggikan lagi SEO kita???
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?
Moga diadaka lagi cobtest SEO seterusnya, tapi kita kena PR2 ke atas la, tapi saya baru PR1, aduh…………???
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?
Mula2 berjinak dgn dgn blog, tak tahupun apa itu SEO, setelah lama berkunjung ke blog DH, makin lama makin lebih mengetahui apa itu SEO, tahniah DH.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?
cuma mengikuti perkembangan denaihati dari jauh.. masih lagi dalam proses menimba ilmu
Curahan rasa Mujahid @ ..Hukum Tabur Bunga Dan Siram Air Di Atas Kubur
Dulu memang tak tahu satu apa pun apsal seo ni,sejak turut serta beberapa contest dari blog denaihati ,alhamdulillah bertambah juga ilmu seo
Curahan rasa wazy @ ..Selamat Menyambut Ramadhan 2012 1433 Hijrah
nanti nak baca semua komen entri kontrolbesi itu 😉
sy xberani lg nk anjur contest SEO… join pun segan :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Mereka suka melukis
pada sy pula kalah menang tidak mengapa..ttp sbb nk menang mesti peserta buat kajian sendiri..diorg akan dpt sesuatu lebih dari hadiah kemenangan.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Kurang Pahala Puasa
Sudah pasti ada manfaatnya dengan mengajurkan dan menyertai contest SEO samada cara langsung dan tidak langsung. Ia membantu meningkat kualiti blog dan dikenali.
Curahan rasa akubiomed @ ..Komen cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
bagi aku simple aje..kalau buat contest seo..mestiada benefit untuk penganjur, penaja dan juga peserta. dan of course, penganjur akan terima benefit paling banyak sekali. kalau penganjur tak dapat apa-apa atau dapat benefit paling sikit..baik toksah buat contest..
tapi kalau korang perasan, contest seo lelaki kacak..aku takdelah untung sangat. nampak lebih kepada rugi adalah. korang tak nampak, tapi siapa yang pernah jadi penganjur, diorang tahulah. haha..nak handle penaja dan peserta bukan mudah maa..lom lagi nak decide siapa yang menang..siapa yang main tipu dan memacam lagi..
pendek kata..ada give and take la..
Curahan rasa titan @ ..Rezeki Awal Ramadhan.
Oh ni tujuannya… rasanye kena cari sponsor bebanyak pastu anjurkan contest ah! 😀
Curahan rasa Man2 @ ..Tarikh Peperiksaan Akauntan Gred W41
Kalau syarat pr2 keatas, memang tengok saja la.. heheeh..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
Betul…tu.. saya cuma PR1 saja, rasanya kena buat entri berkualiti, sering berkunjung ke blog rakan2 serta komen di situ, sama2 berkunjung, sama2 terjah blog masing2, masuk contest yg dianjur oleg blogger otai/lebih PR dan keyword yang sesuai/terpilih utk terus kekal dan lebih meningkat. Kalau tak betul tolong!!!! ……betulkan atau tambahkan…???:-D
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?
Berbaloi untuk penganjur.. PR saya maih 0 hukhuk.
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
Ada tips tak untuk dapat PR..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
TAKPAHAM!!
Okay goodnite!
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Mahkamah Syariah Ipoh – Kes Eddah, Mutaah dan Nafkah Anak
Dibaca perlahan nanti akan sedikit memahaminya sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kemendag 2012
Karena pada intinya adalah memberikan informasi mengenai faedah manfaat antara peserta kontes SEO dan juga yang menyelenggarakan kontes SEO tersebut
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kemendag 2012
Kedua pihak sama-sama memperoleh keuntuingan serta manfaat dari kontes SEO yang diadakan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kemendag 2012
Comments are closed.