Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang tak menyesal publish entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” tulisan Ariffshah kerana telah menjadi ruang diskusi yang terbaik untuk contest SEO samada kepada penganjur dan juga peserta. Walaupun ada nada protes dalam jawaban Titan tetapi ianya sangat positif untuk mencerahkan minda semua Rakan Blogger. Kepada yang belum baca semua komen-komen yang panjang lebar dan bernas rasanya wajib baca. Sesekali perlu ada diskusi seperti supaya bertambah ilmu untuk meningkatkan kualiti menulis dan berblogging.
Aku pernah menganjurkan dua kali contest SEO iaitu “Hidup Berani Untuk Gagal” dan “Hidup Seorang Blogger“. Untuk kedua-dua contest aku telah menetapkan syarat-syarat penyertaan dari awal untuk memastikan contest mudah diuruskan dan tidak tersasar daripada matlamat menganjurkan contest.
Kenapa aku buat contest SEO? Tujuan contest SEO yang pertama “Hidup Berani Untuk Gagal” adalah untuk mempromosi blog kerana ketika itu blog Denaihati memanglah tidak terkenal dan hasilnya blog Denaihati memang jadi terkenal kerana lebih daripada seratus blog menyertai contest tersebut. Tujuan contest SEO yang kedua “Hidup Seorang Blogger” adalah untuk meningkatkan kualiti blog Denaihati kerana itu antara syarat ketika itu adalah hanya blog PR2 ke atas sahaja yang boleh ikut serta dan hasilnya memang sangat positif.
Apa yang aku nak bagi tahu di sini setiap kali aku menganjurkan contest SEO, matlamat paling utama adalah faedahnya kepada blog penganjur bukan kepada peserta. Peserta yang bertuah sudah pasti akan mendapat hadiah yang telah ditetapkan tetapi yang paling penting apa faedahnya kepada blog penganjur. Seandainya blog penganjur masih ditahap yang sama setelah mengeluarkan modal yang banyak untuk hadiah contest SEO pasti tidak berbaloi. Alhamdulillah setelah dua kali menganjurkan contest SEO blog Denaihati semakin terkenal, pagerank meningkat ke PR4, trafik meningkat dan lebih penting mesra Google.
Seandainya aku ingin menganjurkan contest SEO ketiga pasti semua komen-komen di entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” akan aku ambil kira tetapi pasti aku akan tetapkan syarat hanya blog yang ada kualiti sahaja boleh menyertai. Syarat blog PR2 pasti akan dikekalkan. Kenapa?
1. Supaya blog Denaihati mendapat backlinks yang berkualiti untuk mengekalkan kedudukan mesra Google.
2. Mendapat marketing yang lebih luas kerana setiap blog PR2 ke atas sudah mempunyai pengikut mereka sendiri. Kalau blog baru yang dibuat hanya untuk contest pasti tak ada pengikut tegar jadi matlamat promosi tak akan berlaku.
3. Memberi backlinks yang berkualiti kepada penaja yang dah keluarkan budget. Kesiankan penaja keluar duit tapi tak dapat apa-apa faedah.
4. Mengalakkan Rakan Blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing.
5. Memberi peluang Rakan Blogger memahami ilmu SEO yang tidak pernah ada noktah.
Kesimpulan terpulanglah kepada penganjur untuk menetapkan syarat berdasarkan matlamat menganjurkan contest SEO cuma sayang kalau contest hanya sekadar contest tanpa dimanafaatkan sebaiknya untuk blog penganjur.
197 Comments
kalau syaratnya PR2, boleh duduk diam2 selidik taktik dan teknik peserta je la sebab lepas pernah hampir sebulan tak aktif terus jatuh jadi PR1.. 🙂
Curahan rasa pipoq @ ..Tiga bulan
Saya ni masih PR0 huhu…
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
terhebat!!!! sememagnya win-win situation yg berkualiti! semua mendapat faedahnya!
Curahan rasa Joel Leslie @ ..REZEKI | One Of My Biggest Win Yet – Worth RM1000!
kalau PR 2 setakat ni layak lagi. kalau kurang dari tu memang tengok je r. hehe. kritikan secara berhemah dan professional pasti dihargai.
Curahan rasa Izwanyusof @ ..Merisik Eyriqazz vs Denaihati
saya belum berkesempatan menyertai mana-mana kontest seo setakat ni..
banyak yang perlu dipelajari
Curahan rasa Mus @ ..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49
Wah kalo dari luar Malaysia boleh kah ikut kontes seo ni ?
Curahan rasa Share With Irfan @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
Sepertinya kontes SEO ada yang hanya terbatas untuk blogger malaysia
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kementerian Hukum HAM RI 2012
Ada juga yang Blogger Indonesia diperkenankan untuk ikut
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kementerian Hukum HAM RI 2012
Biasanya ada keterangannya untuk syarat menjadi peserta kontesnya di pengumumannya sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kementerian Hukum HAM RI 2012
bila pula nak ada contest SEO ni.. walaupun PR2 tapi tak la banyak pengikut.. 🙁
Curahan rasa CMRatu @ ..Diari Ramadhan 1433H | Hari #2
Kalau syaratnya PR2 ke atas, saya bisa ikutan dong
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
memang saya belum pernah ikut kontes SEO apalagi jadi penganjur, namun dalam sebuah kontes menurut saya, syarat mutlak dari penganjur harus ditetapkan dari kontes bermula…
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
karena jika tidak demikian, maka akan terjadi kesimpangsiuran…
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
situasi menang-menang…kedua belah pihak mendapat faedah bersama
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Tak Tahan Terpaksa Berbuka Puasa
Hmm..memang sukar. But rules are made to be broken. Setuju dgn titan. Hak penganjur.
Curahan rasa halif @ ..Pendispensan Ubat: Farmasis atau Doktor?
hmm….. bernas dan matang cara berfikirnya… elok teruskan
3 tahun berblog…masih belajar lagi SEO…tak pandai2 lagi huhu….
Curahan rasa Norizwan @ ..Ebook Percuma "Panduan Mengurangkan Kegemukan"
Berarti sama Mas Dadan, saya juga boleh ikutan untuk PR2 ke atas
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kementerian Hukum HAM RI 2012
Saya malaha baru memulai ngeblog beberapa bulan yang lalu Sahabat Norizwan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kementerian Hukum HAM RI 2012
Dah lama tu..takkan masih 0 bab seo ni hehe..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
Kalau tentang Kontes SEO… saya masih harus belajar banyak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Uji Kompetensi Guru 2012
Dengan mengikuti kontes seo kita bisa mengukur kualitas optimasi pada blog terutama artikel yang kita perlombakan, sehingga kita bisa mengukur kualitas SEO blog kita,dengan mengikuti kita bisa mengasah/melatih kemampuan teknik optimasi yang kita miliki,disamping itu kita akan mendapat hadiah apabila teknik optimasi tersebut bisa bertahan pada peringkat pertama di hasil pencarian pada waktu yang mereka tentukan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Uji Kompetensi Guru 2012
Kaspar Szymanski (Hunting web spam in Google Search results and spearheading Google’s webmaster outreach efforts) sendiri juga pernah menyoroti tentang even Kontes SEO yang sering diadakan di Indonesia yang menurutnya “terlarang”.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Uji Kompetensi Guru 2012
Itulah sebabnya bayakteman blogger dari Indonesia yang tidak lagi berminat mengikuti Kontes SEO
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Uji Kompetensi Guru 2012
Apalagi banyak yang menggunakan cata Black SEO.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Uji Kompetensi Guru 2012
owh…begitu ya Bang, saya baru tahu tentang kontes SEO di Indonesia
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
lalu kenapa terlarang Bang?
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
Tambah Ilmu lagi tentang SEO dari bang Iwan nih
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kementerian Hukum HAM RI 2012
Bila contest yang dianjurkan berjaya, pasti pulangannya menguntungkan untuk blog tersebut 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
setiap penganjuran contest ada tujuan/matlamat yang ingin dicapai. maka tnc yang dikeluarkan adalah selari dengan tujuan penganjuran. barulah matlamat boleh tercapai. 😀
dah lama tak join contest2 ni. huhu… pencen muda dah ni.
Curahan rasa Sya Isya @ ..BUFFET RAMADHAN DI JOHOR BAHRU
Comments are closed.